»

28 January 2014

Kuda Muncul Di Langit..Apa Tandanya??





Pagi kelmarin, seorang jurugambar, Jimmy Omar yang sedang berada di puncak Bukit Padang berdekatan Gunung Kinabalu menyaksikan suatu objek unik diatas langit. Objek itu menyerupai seekor kuda yang sedang berlari di dada langit berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Gambar itu telah dirakamkan Jimmy dalam facebooknya:


 











 Jimmy menyatakan gambar kuda yang sedang berlari di langit yang diambilnya itu adalah gambar asli. Dia tidak menggunakan sebarang applikasi komputer seperti photoshop atau sebarang kesan khas yang lain.

Beberapa hari lagi kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Kebetulan tahun ini adalah tahun kuda mengikut kalendar Cina.

Bagi JR objek menyerupai kuda di atas langit Kinabalu itu tiada kaitan dengan kedatangan tahun kuda yang akan tiba beberapa hari lagi. Ia cuma kebetulan. Memang kadang-kadang awan membentuk objek-objek aneh menyerupai binatang, manusia, raksaksa dan pokok, JR sendiri pernah menyaksikannya.

Maha suci Tuhan yang mencipta alam dengan segala keajaiban, keunikan dan keindahan bagi menunjukkan kebesaran kuasaNya kepada manusia....
 

10 comments:

  1. saya hanya mengidentifikasikannya sebagai sebuah formasi awan dan cahaya matahari...tanda kebesaran YANG MAHA ESA

    ReplyDelete
  2. macam kepala naga pon ada..tp itu hanya biasan cahaya & awan..Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  3. mmg btk awan tuh blh menyerupai byk objek2..setuju ngan JR..lgpun agama budha bukan dtg dr Allah..n Allah takkan membantu sst yg batil tuh

    ReplyDelete
  4. Mata kita melihat, apa yang yang kita nampak, dan mahu percaya :)

    ReplyDelete
  5. takde la rupa kuda sangat. tp boleh la skit2. baru saya perasan yg skrg sy dah jarang tgk awan. dulu selalu menatap awan.

    ReplyDelete
  6. macam kuda sedang berlari..

    ReplyDelete
  7. salam singgah. tanda kekuasaan Allah! :)

    Cantik Sihat Semulajadi www.cantiksihatsemulajadi.com

    ReplyDelete
  8. Bukan pelik sangat pun sebab saya sendiri pernah terlihat awan berbentuk seperti ketam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....