»

31 January 2014

Kalau Dah Namanya Cina....


Pagi ini ketika berjoging di Taman Rimba, Alor Setar, nampak orang Cina tak begitu ramai berjoging seperti biasa. Hari-hari biasa mereka kelihatan mendominasi Taman Rimba, tak kira pagi atau petang. Walaupun pagi ini orang Cina tak ramai, tapi jumlahnya rasa-rasanya hampir sama ramai juga dengan orang Melayu.

Begitulah orang Cina, walaupun hari ini Tahun Baru Cina, tapi joging tetap joging. Tahun-tahun sebelum ini pun seperti itu juga, mereka tak peduli sangat tentang Raya, joging tetap joging. 

Beberapa tahun dulu JR pernah tanya seorang kawan Cina yang berjoging, "Raya pun joging juga ka...?".

Jawapan kawan Cina itu, "Apa guna Raya jika kita sakit, apa guna Raya jika kita mati?". Jadi itulah sebabnya mereka tetap berjoging walaupun hari Raya, kerana mereka mementingkan kesihatan. Bagi mereka apa guna duit banyak, apa guna kekayaan jika tak sihat?

Sebab itulah juga agaknya jika berada atas jalan raya lepas solat Subuh, nampak beberapa kumpulan orang-orang Cina warga emas berjalan di tepi jalan. Sesetengahnya nampak dah berusia macam 80an, dah bongkok, tapi tetap beriadah. Mereka tak mampu berjoging, mereka beridah dengan cara sendiri - berjalan perlahan-lahan.

Orang Melayu pula (bukan semua) jika hari tak kerja lepas solat Subuh ada yang tarik selimut semula untuk menyambung mimpi semalam yang belum selesai....

Xin Nian Kuai Le   (新年快乐) - (Selamat Tahun Baru)!!

8 comments:

  1. pemikiran kita dan mereka sangat berbeza.....

    ReplyDelete
  2. pg tadi pun saya berjoging di tasik kulim...ramai apek2 dan amoi...

    ReplyDelete
  3. Depa kerja kuat, ..jaga kesihatan pon kuat juga. Kita patutnya melihat perbezaan yg baik utk diambil contoh utk perbaiki apa yg kurang dlm diri...

    ReplyDelete
  4. Haha..absolutely true..susah nk ajak org melayu bkn semua utk exercise :(

    ReplyDelete
  5. masa bujang dulunrajin join futsal.... sejak kawen ni rasa masa dah bersara.

    ReplyDelete
  6. Betul lah orang cina yang dah warga emas pun setiap hari pagi or petang akan buat tai chi atau berjalan kaki .....segan pulak sebab diri sendiri pun tak semampu itu nak jaga kesihatan....

    ReplyDelete
  7. orang melayu semua nyer malas nak bergerak..hahahaha....
    lebih suke simpan lemak

    ReplyDelete
  8. orang cina ni walaupun dah tua memang rajin beriadah...tak pergi jauh pun depan halaman pun boleh jadi...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....