Mengapa JR sebut winter wind dan bukan angin musim sejuk?
Mengapa JR sebut de Perlis, bukan di Perlis?
Jawapannya tak ada apa-apa. Bukan maksud nak merogol merosak Bahasa Melayu. Bukan.
Sebenarnya JR guna Bahasa Inggeris untuk winter wind, kerana kalau ke Perlis, orang Perlis sendiri pun sebut winter wind. Itu pengalaman masa JR kerja di Perlis dulu, dari ofis boy hingga big boss semua panggil musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac setiap tahun itu sebagai winter wind. Kalau sebut angin musim sejuk atau bayu musim dingin terkebil-kebillah seketika mata orang Perlis untuk memahaminya..
Mengapa JR sebut de Perlis bukan di Perlis? Tak ada apa-apa. Saja nak berlagak menggunakan Bahasa Perancis, lepas anak JR yang ambil kursus Bahasa Perancis pernah mengajar beberapa perkataan Perancis yang mudah termasuk de. De dalam Bahasa Perancis bermakna of dalam Bahasa Inggeris seperti kita pakai Tour de Langkawi dan bukannya Tour of Langkawi..
Mengapa tiba-tiba JR tergerak nak buat entri tentang winter wind di Perlis?
Sebenarnya bila JR bangun pagi tadi sekitar pukul 5.15 pagi untuk bersahur (setiap Isnin JR berpuasa sunat), terdengar bunyi desiran angin yang agak kuat menampar-nampar pintu rumah. Bila JR buka pintu, wauuuuu...angin yang begitu sejuk membelai lembut pipi gebu JR. Beberapa minit juga JR berada di luar rumah menikmati hembusan angin yang begitu nyaman dan damai sebelum cepat-cepat masuk rumah untuk makan tiga keping roti wholemeal sebagai bekalan tenaga ketika berpuasa.
Sebenarnya winter wind ialah angin tropika monsun timur laut yang bertiup di Perlis pada Disember hingga Mac setiap tahun. Perlis adalah negeri paling utara di Semenanjung yang terletak paling hampir dengan Garisan Jadi (garis lintang
yang menandakan kedudukan matahari tegak yang paling jauh ke selatan) dan kerana itu ia menerima tempias winter wind yang tak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Winter wind ini cuma berlaku hanya sekali dalam
tempoh setahun ketika hemisfera selatan bumi paling condong ke arah matahari.
Biasanya bacaan suhu ketika winter wind ini ialah sekitar 20 darjah celcius pada waktu tengah malam dan awal pagi, tapi bila tengahari ia akan mencatatkan bacaan suhu yang tinggi lebih 32 darjah celcius. Cuaca paling sejuk ialah pada bulan Februari di mana langit sentiasa membiru, ketika malam cahaya bintang begitu terang menaburi angkasa, di tambah bayu lembut tak henti-henti membelai mesra, ia sesuatu yang sangat indah ketika berada di Perlis di musim winter wind ini...
Ketika di puncak winter wind ini pokok-pokok kelihatan botak gondol, seperti musim luruh di Eropah. Kata orang Perlis masa 20-30 tahun dulu lagi sejuk dari sekarang hingga minyak kelapa pun akan beku di waktu pagi!
Kerana cuaca di Perlis begitulah menyebabkan mempelam harumanis cuma subur di negeri itu, kerana agaknya mempelam harumanis cuma suka hidup di negeri berhawa dingin. Begitu juga anggur agak menjadi di Perlis, sedang di negeri lain boleh tanam anggur yang hidup cuma pokok tapi buahnya tak begitu menjadi.
Hmmmm....banyaknya JR promote Perlis hari ini. Maklumlah tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat pernah mencari rezeki selama tiga tahun...
Teringin nak p Perlis, InsyaAllah..akan tiba..hehe
ReplyDeletePergilah musim winter, tapi kalau pergi bulan April-Mei mempelam harumanis sedang berbuah...
DeleteIndahnya alam ciptaan tuhan...seronoknya bgn pagi sambil menikmati udara segar,dlm hati pasti mensyukuri nikmatNya....nak juga rasa winter wind de perlis tu..hehehe..ini baru tau tentangnya...
ReplyDeleteMkn roti utk bersahur elok tu,kalau blh jdkan tamar sebagai amalan sepanjang thn,bkn di bulan tamadhan je.....
Cukuplah dengan roti, makan berat2 sangat siang akan jadi mengantuk....
Deleteperkataan pahit tp disebut 'pittt'..itu dialek org perlis jugak ke?
ReplyDeleteBunyinya yg betul 'paitttt'...hehehehe...
Deletesalam kenal
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih kerana melawat...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebelum pernah ke perlis.. teringin jugak pergi...^^
ReplyDeletebolat selalu pi perlis ni tapi takpernah tau pasai winter wind ni . ekeekeke
ReplyDeletejauh benor nk rasa angin perlis..
ReplyDeletekt tganu sekarang ni pun tengah berangin jugak..tengkujuh dah masuk..umah pun dah bnjir..huhuhuh
Oh baru tahu org perlis panggil winter wind. Tapi kat melaka hari ni sehari suntuk hujan. Dari pagi pergi kerja sampai balik kerja hujan tak stop. Nasib baik sy kerja kalau duk uma gerenti dah sedap tidur. Hehehe
ReplyDeleteSejuknye pagi ni.. Xtahan sakit kaki kesejukan
ReplyDelete