01 December 2013

Lagi-Lagi Cinta, Lagi-Lagi Cinta!!


Boringnya aku
buka radio lagu cinta
buka TV lagu cinta
buka drama thema cinta
tengok filem Melayu lagi-lagi cinta
cinta melulu lelaki perempuan
bukan cintaYang Maha Esa
bukan cinta ibu bapa
bukan cinta adik, abang, kakak
tapi cinta melulu lelaki perempuan
cinta bukan muhrim
cinta peluk, pegang-pegang tangan
cinta melulu lelaki perempuan
boringnya aku
lagi-lagi tentang cinta.

Sesekali aku mahu dengar
lagu tentang kereta mampos tengah jalan 
kerana minyak habis
kerana minyak naik harga.

Sesekali aku mahu dengar
lagu tentang Mak Timah, Pak Mat, Abang Lah
kadang-kadang makan nasi, kadang-kadang makan mimpi
seperti dicerita dalam "Bersamamu" di TV

Sesekali aku mahu dengar
lagu penoreh getah tak makan kerana hari-hari hujan
lagu penarik beca sepuluh anak hari-hari perut senak
lagu sengsara petani kerana padi tak jadi
lagu tentang nelayan hilang ditelan ombak untuk sebungkus nasi lemak
lagu tentang ketakutan pada angin, ribut dan petir
lagu ayah curi susu sepuluh ringgit masuk penjara dua tahun
lagu Tan Sri rasuah RM30 juta tapi tak kena denda apa-apa
macam-macam lagu kau boleh cipta 
tapi mengapa cuma lagu-lagu cinta??

Di sekeliling kamu ada burung, ada ayam, ada lembu, ada itik
ada pokok, ada awan, ada gunung, ada bukit
tapi lagi-lagi lagu cinta
sudah 50 tahun masih lagu-lagu cinta
sudah 50 tahun lagu-lagu itu juga
lagu cinta melulu lelaki perempuan
lagu pegang-pegang tangan bukan muhrim
lagu peluk-peluk belai-belai
boringnya aku lagi-lagi lagu cinta
boringnya aku lagi-lagi cerita cinta
otak berkarat ke apa??

Nota: Ini bukan sajak. Ini bukan seloka. Ini mesti bukan syair. Ini cuma catatan seorang JR. Ini catatan seorang pemerhati yang kerap melihat dunia dari sudut tepu dan beku..

14 comments:

  1. Lagu cinta je yg org minat nak dgr kot,drama@filem cinta je yg org nak tgk..majoritinya begitu jd tema cintalah yg laku..berapa kerat sgt insan yg prihatin dgn kisah duka dan susah org lain..?sedangkan kesusahan org terdekatpun kdg2 tak dipandang....

    Sy x dgr lagu cinta,x tonton drama n filem melayu juga..tak sesuai dgn jiwa.....maybe sy bkn melayu tulin kot...hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dlm kereta terpaksa dengar juga lagu di radio. Bila berada di ruang tamu, terpaksa tengok juga TV...

      Delete
    2. Betul juga tu...nak lari kat mana ye tak?sy kalau dlm kereta,asyik psg cd lagu ahmad jais,maklum le bw mak ayah,dh hafal byk lagu ahmad jais terutamanya lagu di ambang sore,memang sedap suaranya....

      Delete
  2. Tak pyh dgr radio dan tv. Tgk internet sudah cukup. Kita sendiri yg pilih apa yg kita mahu dgr dan lihat. Semudah ABC. Maklumat di hujung jari.

    ReplyDelete
  3. dah trend masa kini nak buat guane..layan je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya trend sejak zaman sebelum merdeka, masih tak berubah2 hingga kini..

      Delete
  4. Mutakhir ini kalau IM buka tv waktu petang, suka cari siaran filem Tamil. Paling suka Sivaji sebab dia hero orang bawahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sivaji the boss....

      Delete
    2. Apa lagi bang IM, angkat la chanel 951 asstro. Kalau yang free, chanel 202. Tolong promote ni.

      Delete
  5. Otak saya dipenuhi dengan drama cinta . tak larat hadam >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bagi org yg sdg bercinta dan masih mencari teori2 cinta...

      Delete
  6. Sedang menonton filem Madu Tiga. Cinta gila atau gila cinta, membuatkan lelaki gila nak berpoligami...

    ReplyDelete
  7. cinta itu buta,sbb tu remaja2 yg gila bercinta,asyik meraba2 pasangannya..

    ReplyDelete
  8. betul tuh..cinta yg dipaparkan adalha cinta yg dirasuk syetan..bkn cinta yg disuruh oleh agama..tp itulah jugak yg disukai n dicari oleh manusia atas muka bumi nie...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....