Entri JR tengahari ni dah jadi macam filem blockbuster la pulak. Filem biasanya kalau jadi box-office, lepas itu akan menyusul chapter 2. Biasanya lepas setahun baru chapter 2 akan berada di panggung.
Begitu juga dengan entri JR tengahari ini. Chapter 1 mengenai perubatan Islam (entrinya di sini) keluar pada 2 Disember 2012. Hari ini lepas setahun baru nak keluar chapter 2.
Sebenarnya JR tergerak di hati nak tulis mengenai perubatan Islam ini selepas membaca tajuk yang sama dalam blog seorang sahabat.
Dalam chapter 1 dulu, JR dah ceritakan mengenai seorang jiran JR yang mengalami sakit yang agak pelik. Kakinya seperti lumpuh, dia boleh menggerakkan semua jari-jari kaki, boleh melipat betis,
bila dipegang dia akan merasainya, bila dipicit kuat dia akan mengadoi
sakit, tapi kalau suruh bangun dia memang tak upaya. Kedua-dua lututnya
seperti tak upaya menampung kaki.
Dia telah dimasukkan ke wad hospital kerajaan selama seminggu, tapi doktor tidak dapat mengenalpasti sakit sebenarnya. Kemudian dia berubat dengan satu klinik yang menggelarkan diri sebagai pusat rawatan Islam. Mula-mula ustaz yang merawatnya di pusat rawatan Islam itu minta dia bayar RM100 untuk scan penyakitnya (scan bukan guna mesin, tapi guna tangan ustaz yang merawatnya). Lepas itu dia diminta untuk membayar RM9,000 pula untuk membuang jin yang dikatakan menghuni saraf tunjang jiran JR itu.
RM9,000 beb, bukan 9,000 rupiah!!! Kalau 9,000 rupiah (RM2.40) OK juga, tapi RM9,000....kena pikir panjang!! Lagi pun ustaz tu bukan berani jamin dia boleh berjalan semula, semuanya kata ustaz bergantung kepada kuasa Allah, tapi RM9,000 kena bayar dulu...
Chapter 1 yang keluar dalam entri JR dulu ceritanya setakat ini saja. JR terlupa untuk bercerita perkembangan selanjutnya jiran JR itu.
Ini chapter 2 baru JR nak sambung cerita:
Dipendekkan cerita, atas nasihat beberapa rakan (termasuk JR), jiran itu dirujuk sekali lagi ke hospital (Hospital Sultanah Bahiyah). Sekali lagi dia ditahan di wad kali ini di bawah pengawasan pakar neurologi. Selepas menjalani beberapa ujian (termasuk imbasan MRI), rawatan terapi dan pengambilan ubat, alhamdulilah jiran JR pulih semula.
Kini jiran JR dapat berjalan semula, dapat memandu dan dapat membuat banyak perkara tidak seperti ketika mula-mula diserang penyakit itu di mana dia cuma terlantar di rumah.
Memandangkan isterinya seorang staff hospital kerajaan, dia menerima rawatan percuma di hospital itu. Tak perlu menghabiskan RM9,000 lagi untuk menghalau jin yang menghuni di saraf tunjangnya. Cukup dengan terapi dan pengambilan ubat dan satu lagi yang sangat-sangat penting berdoa....dan dengan izin Allah s.w.t, kini dia kembali kepada kehidupan normal.
JR bukan nak timbulkan keraguan terhadap perubatan Islam. Memang ada sakit-sakit tertentu yang berkaitan dengan gangguan jin yang lebih sesuai dirujuk kepada ustaz yang lebih pakar. Tapi setahu JR, ustaz yang ikhlas merawat biasanya tak menetapkan bayaran tertentu, ia terpulang kepada keikhlasan pesakitnya...
Islam itu indah, Islam bukan untuk menyusah...
Islam itu ikhlas, Islam bukan minta dibalas...
terinagt cerita daddy ziyyad (doktor)..betapa mudahnya 'didiagnosis' ada benda dlm badan tanpa perlu jumpa doc..
ReplyDeleteSlip Disk ? abah bolat skrang pun ada msalah ni skrang dgn saraf tunjang . Duduk takboleh tpi kene baring ja . hm
ReplyDeleteHmm cakap pasal halau jin nie ramai jugak yg claim pandai dan ade ilmu...pernah jgk mintak tlg ubatkan anak jiran tp tak berkesan pun ilmu dia tuh..buat malu jer....
ReplyDeleteMemang sinonim perubatan islam nie dengan jin didalam badan tidakdinafikan akan keberkesannnya apabila ramai yg berjaya sembuh tetapi disebaliknya pelbagai kisah negatif tentang pusat rawatan islam.....yg memang mahal...banyaknya seperti menangguk diair keruh...
ReplyDeletekonon rawatan berunsur islam....berdasarkan kisah benar.....
Penyakit yg melibatkan sistem saraf, mmg kebanyakkan nya sukar di buat diagnosis pada peringkat awal...waimadi bawa ke hospital & di buat extensive test sekalipun. Ini kerana,ianya memerlukan pemerhatian pakar saraf( neurologist) yang berpengalaman...antara penyakit saraf yg biasa ( tapi tak biasa di kalangan masyarakat kita...dan terus di salahkan jin) ialah motor neuron disease, muscular dystrophy....to name a few... Arwah Mokhtar Dahari dulu pun kalau tak silap saya mengalami masalah saraf sebegini.
ReplyDeletemenurut Islam , rawatan yang menggunakan ayat2 al - Quran tidak boleh dikenakan bayaran . sbb tu ustaz2 perubatan Islam hanya meminta bayaran seikhlas hati . Tapi kalau buang jin , memang ada byrn . klu nk citer apa sbb , panjang lak komen saya nanti ... heeee
ReplyDeleteSaya sebenarnya kurang percaya sikit dengan rawatan Islam yang kena bayar ni. Lagi-lagi yang kemain mahal. Tapi kebanyakannya ramai ustaz yang minta bayaran ikut ikhlas hati kita.
ReplyDeletebila dah start mintak bayar tu pun dah tau, ni mesti auta punya orang. kalau kat kampung stailnya lain pulak kan. takde jumlah tertentu, bayaran ikut seikhlas hati. tak bagi pun takpe. sebab niatnya memang untuk membantu, bukan nak cari makan...
ReplyDeletepernah berurusan dengan sorang bidan, cuma berikan dia rm20 dengan sekampit gula. sebab tengah emergency...
pengalaman sy yg menemani seorg rakan.. berubat di pusat rawatan islam.. kenakan bayaran Rm 400. sembuh mmg sembuh.. tp selepas itu dihantui oleh khadam ustaz tu pulak.. berterusan lah kena berubat pastu..
ReplyDeleteCerita2 yg mcm ni lah yg menjatuhkan imej Islam. Tak apa buka pusat rawatan, tapi janganlah dikaitkan dgn nama Islam kerana Islam adalah suci dan indah...
DeleteAlhamdulillah..dah sembuh jiran JR tu...tu la,tekejut baca bab 1 entri nih...nampak beno nipunye...kite bakor jer......
ReplyDeleteAmbik kesempatan betul. Sedihnya sebab mereka menggunakan nama Islam untuk berniaga dengan cara yang tidak telus.
ReplyDelete