»

03 December 2013

Panduan Beli TV


Dua hari lepas jiran JR kata dia nak beli TV baru bagi menggantikan TV LCD Sharp 32" di rumahnya. Masa dia beli TV tu lebih 3 tahun dulu harganya kira-kira RM1,300. 

Dia kata nak beli TV yang bersaiz lebih besar, kalau boleh bersaiz 42" seperti di rumah JR. Katanya dia tak kisah apa jenamanya, dia juga tak kisah sama ada LCD atau LED atau sama ada smart TV atau 3D TV. Yang penting saiznya mesti 42" atau lebih besar baru puas menonton, katanya..

Lalu JR berikan dia panduan ringkas sebelum nak beli TV. Ewah..ewah, macamlah JR ni pandai sangat bab-bab TV, padahal sebenarnya JR pun bukan pandai sangat pun. Tapi kerana jiran JR tu tak berapa pandai tentang TV, maka JR yang masih dalam kategori  tak pandai tentang TV, tapi pandai la sikit kot dari dia, maka JR berilah dia beberapa panduan sebelum beli TV:
 
- Sebelum beli TV, paling penting tanya hati berapa bajet untuk beli TV. Bajet besar boleh beli TV besar (TV 84" pun ada), TV 3D pun boleh..
- Apa jenis TV nak dibeli (plasma, LCD, LED atau 3D).
- Kena faham tentang perbezaan TV plasma, LCD, LED atau 3D: 

i) PLASMA:mengunakan konsep gas dan panelnya dari kaca, sebab itulah TV plasma lebih berat 20 hingga 25% daripada TV LCD. Penerimaan siaran TV plasma tidak setepat  TV LCD. Ia slim TV paling murah di pasaran tapi ada kedai dah tak mau jual sebab permintaannya kurang.

ii) LCD: mengunakan konsep cecair mengeluarkan gambar yang lebih terang dan tepat dari TV plasma.

iii)LED:Seperti LCD, LED juga mengunakan konsep cecair. Tapi warna dan gambarnya lebih tepat (sharp) berbanding LCD.

- Jika nak beli TV LED, pastikan sama ada nak beli full HD atau standard resolution. Full HD lebih mahal sebab kemampuannya yang lebih tinggi dan serbaguna.

- Juga pastikan nak beli LED yang dilengkapi dengan smart TV dan 3D atau cuma LED biasa. Smart TV boleh berfungsi seperti komputer, ada wifi dan boleh melayari internet.  Jika komputer rosak, boleh gantikan TV sebagai komputer. Nak layan movie, youtube, dengar lagu, main game pun mudah..Tapi jika di rumah tidak ada streamyx atau unifi, atau jika wifi di rumah jenis tak boleh berkongsi, tak payahlah beli smart TV. Cukuplah beli TV LED biasa.

- Juga pastikan mahu TV yang mempunyai hard panel atau soft panel. Hard panel lebih tahan lama, kalau menonton dari sudut tepi gambarnya masih sama tak berubah, sedangkan soft panel warnanya akan berubah jika dilihat dari sudut tepi.

Sesiapa yang nak beli TV baru, harga TV sekarang dah semakin murah. Jika pada Disember tahun lepas smart TV 42" LG model 5700 seperti yang ada di rumah JR berharga RM2,200 (JR beruntung dapat harga special RM1,880), tapi sekarang JR tengok harganya sekitar lebih kurang RM1,600 saja...Kalau TV plasma 42" mungkin harganya sekitar RM1.000 ke atas saja..

18 comments:

  1. IM masih guna tv lama SHARP yang besar dan gabai itu. Speaker pun sebelah dah tak bunyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu pakai TV samsung 29" yg gabai tu. Tapi bila dah 2 kali rosak dan tak boleh dibaiki lagi, dan kebetulan isteri yg nak beli guna duit bonosnya, JR setuju sajalah beli TV 42"..

      Delete
  2. Smart tv tu keypadnya kat mana JR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keypad ada di dalam skrin TV, seperti juga smart fon keypad ada di dalam skrin fon. Cuma untuk TV keypad tak boleh disentuh seperti smart fon. Kalau nak taip guna remote control....

      Delete
    2. Ooo..remote control...bestnya dok bygkankan berblog guna smart tv 42inci.....

      Delete
  3. Kami kat ade tv kat umah tp simpan dlm stor ..tak tengok pun.agar nanti inshaallah memudahkan anak2 tuk hafal quran & tak terikat pd tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan suka sangat tengok TV, tapi anak2 memang suka tengok cinema yg mereka download dlm TV. Kalau TV lama dulu tak boleh download cinema dlm TV....

      Delete
  4. hehe..rumah saya tv besa ja..tu pun jarang yg tgk..masing2 dgn segala gadet kat tgn..saya dan suami tgk berita ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun jarang tengok TV. Berita pun saya tak suka tengok, kecuali di hujung2 siaran ketika berita sukan. Yang suka tengok TV ialah anak2, mereka download semua cinema termasuk cerita org putih yg belum tayang di Malaysia. Jadi TV kami lebih berfungsi sebagai panggung wayang dan bukan utk tengok siaran TV sangat...Dulu JR pun pakai TV besar, tapi ia tak ada fungsi seperti smart TV, tak boleh download cinema di dalamnya, kecuali kena guna video yang disambung dengan TV....

      Delete
  5. salam blogging jr , owh jr ni mmg pkar dalm membeli TV , bro pun last Abee pun last beli 2 tahun lepas he3 .. done klik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pandai sangat bab2 TV ni, tapi bila nak beli TV baru dulu buatlah reseach sikit2....

      Delete
  6. terima kasih beri penerangan..mmg dok cdg nak beli tv gak..nasib baik baca entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli TV baru saya cadangkan cari maklumat dlm blog ini:

      http://nizamyunus.uitm.edu.my/blog/?p=73

      Saya dulu pun sebelum beli TV baru minta nasihat dari blog tersebut...

      Delete
  7. Saya nak tv yang boleh guna internet lah...

    Pss..skrg ni mcm susah nak komen kat blog JR, gajet jadi hang. Taktau kenapa. Ni pun tak tau lepas ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin blog saya berat sikit kot??? Kalau berat nanti saya kena kurangkan sikit lemak2 di dalamnya, hehehe...

      Delete
  8. pakar tv plak jr ari ni. bila tgk tv led, mmg puas hati la. gmbr memang sharp, warna mmg terbaik la kan jr. tapi umah saya tv lcd je.

    ReplyDelete
  9. Nak tanya skit bro JR mcm mn nk dwnload movie ke tv

    ReplyDelete
  10. Terbaik lh utk prkongsian mengenai tv trsebut.slma ni pn kurang fhm mengenai perbezaan tersebut.thankz.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....