Sebenarnya sejak minggu lepas JR nak tulis perkara ni. Tapi asyik bertangguh dari hari ke hari, minggu ke minggu...
Tapi sekali ni tak tangguh lagi..
JR nak tulis mengenai Sue. Siapa Sue?
Entahlah, JR sendiri tak tau siapa Sue. JR baru mengenali nama Sue kira-kira sebulan lepas. Walaupun tak tau siapa Sue, yang pasti Sue sangat peramah, kerana setiap
kali JR keluarkan entri post, pasti Sue akan memberi komen.
Kalau blogger lain yang sering komen di blog JR, semuanya JR kenal berdasarkan profil mereka. Sekurang-kurangnya JR tau jantina mereka, tempat tinggal dan sebahagiannya pekerjaan mereka juga JR tau.
Tapi Sue yang komen hampir setiap entri post JR, JR tak tau latarbelakangnya. Malah jantinanya juga JR tak pasti, walaupun nama Sue itu sinonim dengan nama perempuan. Ini kerana setiap kali memberi komen, Sue tidak meninggalkan link untuk JR jejaki alamatnya. Kalau dia tinggalkan link, kalau dia ada blog, JR pasti akan komen balik setiap entrinya.
Kepada Sue, ribuan terima kasih kerana sering mengunjungi blog JR. Komen membina Sue, seperti juga komen sahabat-sahabat blogger yang lain sangat JR hargai.
JR tak memaksa Sue memperkenalkan dirinya, tapi jika dia sudi memperkenalkan dirinya apa salahnya...
stalker ni kekasih lama kot or org sekeliling yg " berminat " . oklah kalau x beri komen yang ' seram ' . anggap jer sebagai pembaca setia .
ReplyDeleteWah.. Ada peminat misteri bernama Sue ye JR. Hehe
ReplyDeletesecret admirer kot..haha..
ReplyDeleteSy pun ade jugak pengomen yg mcm tuh...link pun takder..ade gak yg hantar gifts wpun kita tak kenal dia...
ReplyDeleteselamat berkenalan Sue! jemput ke blog saya jugak ..hehehee
ReplyDeleteSue, ooo suee... mana sue senyap je. Ntah2 wife JR kot. Heheh.. Kalo sue terbaca komen ni, meh la singgah blog akak jugeks...
ReplyDeleteTq JR. Sue hanyalah silent readers jek....saya sangat berminat dgn entry dari blog JR sebab lain dari yg lain.....
ReplyDeleteTq JR saya hanyalah seorg silent readers .....saya sangat berminat membaca entry dari blog JR . Blog JR lain dari yg lain.
ReplyDeleteTerima kasih, malam ini pasti tidur saya sangat nyenyak kerana ada yg memuji saya setinggi itu, (jangan tak terjaga waktu Subuh dah le) hehehe...
Deletehahaha..tu Sue dah jawab tu JR....
ReplyDeleteTapi saya setuju 100% dgn Sue...entry dari JR, mmg lain dari yg lain...walaupun tanpa gambar kadangkala,saya suka baca...:)
Sy pun silent reader juga..cuma tak prnh tinggal kan komen
ReplyDeleteOwh....hahaha....
ReplyDelete