Pagi tadi ketika berjoging di Taman Rimba, Alor Setar, JR mengekori seorang wanita usia kira-kira awal 30an bertrack suit dan berbaju pink yang sedang berjalan agak laju bersama dua orang anaknya - seorang perempuan dan seorang lagi lelaki berusia kira-kira 10 dan 12 tahun.
"Ibu ni pelan sangatlah, lajulah sikit bu..." kata si-anak perempuan yang berada kira-kira 2 meter di hadapan ibu sambil berpaling ke belakang.
"Ibu tak boleh laju, ibu muatan berat..." kata si-ibu sambil ketawa kecil.
JR yang berada di belakang si-ibu juga tersenyum dalam hati. Ungkapan "muatan berat" oleh wanita itu mencuit hati JR.
"Muatan berat?", bunyi macam lori aje!! Pada hal wanita itu badannya tak lah sebesar lori, cuma sedikit berisi. Biasalah dilema wanita lepas kawin, suami bagi makan cukup, badan berisilah sikit....
Bila JR melintas wanita yang mengaku dirinya "muatan berat" itu, ekor mata JR menjeling wanita itu. Ooooiii...patutlah dia kata muatan berat, bila JR terjeling perutnya:
Agaknya wanita tu sedang mengandung baby berusia 6-7 bulan, agak JR lah...Beriadah ketika mengandung memang bagus, nanti mudah lahirkan anak.
Semoga anak yang dilahirkan ibu itu kelak akan pandai jaga kesihatan, seperti ibunya yang ketika sarat mengandung pun masih bersenam. Tidak seperti 75% rakyat Malaysia yang mengikut Menteri Kesihatan malas bersenam...
Bagus kan pompuan tuh..ngandung pun masih bersenam..biasanya pompuan ngandung nie tak larat nak bwbadan..:)
ReplyDeleteLain org lain ragam...
DeleteBagus nya ibu tadi...semoga mudah masa bersalin nanti..aamiin
ReplyDeleteAmin...
DeleteHahaha..sy termasuk dlm 75% tu JR...sekarang ni tk selamat jogging kat luar,kat sini bangla,nepal begitu ramai..ekor mata diorg tu buat rasa takut je,yg kena rompakpun ada bila letak wallet n hp kat tmpt simpan barang yg berkunci di motorpun blh hilang...jd senaman kt dlm rm je la..kayuh basikal tak bergerak ke..angkat kaki ke.....turun naik tangga...itu je yg blh buat...
ReplyDeleteDi luar atau di dlm rumah, yg penting mesti usahakan untuk beriadah, skrg penyakit terlampau banyak...
DeleteHaha, muatan berat pun masih rajin berjoging. Saya pun dah lama tak bersenam. Dulu setiap petang rajin jugak jog round kampus. Bila duk rumah dah malas
ReplyDeleteSaya hampir setiap hari joging, kecuali Jumaat dan Sabtu rehat kaki...
Deleteheh heh..tersengih je la bila baca..lame giler dah tak buat aktiviti gitu..malu kat yg ada muatan berat tu..hehe
ReplyDeleteSaya hampir setiap hari joging, kecuali Jumaat dan Sabtu rehat kaki...
Deletemacam dah tak ingat bila kali terakhir berjogging. pergi taman pun biasanya duduk je tengok orang, sambil makan jajan :P
ReplyDeleteKalau dah hari2 joging, bila tak pergi sehari rasa mcm kehilangan sesuatu..
DeleteYelah....mujur tak bertemu dgn ibu tu.....kalau tak mmg memalukan sbb ai yg tak muata
ReplyDeleten berat pun malas dah.....
Muatan berat kalu sedar diri x apa..ni yg muatan biasa pon malas dan x ingat nak bersenam jaga kesihatan.
ReplyDeleteibu kepada anak-anak IM ini memang culas bersenam. Sebab itu sekarang ini, muatannya benar-benar berat...
ReplyDeletekalau yg double muatan berat spt wanita itu pun masih mampu lakukan riadah...
ReplyDeletemalulah bagi yg muatan berat biasa ni yg malas utk beriadah...kannn...
Saya ni berat kaki..tu payah nak jogging. :D
ReplyDelete