Bila JR kata: hodohnya bila perempuan mencarut, bukan bermakna lelaki mencarut itu comel. Tak! Tak sama sekali!
Sapa mencarut pun tetap hodoh, tak kira perempuan atau lelaki. Tapi bila perempuan mencarut, apa lagi perempuan Melayu yang selalu dibangga-banggakan terkenal dengan sopan santun dan lemah lembut itu, ia jadi terlebih-lebih hodoh.
Tak kiralah apa isunya, tapi perbuatan mencarut tetap hodoh, hodoh dan hodoh. Apa lagi bila mencarut dalam media sosial yang semua orang boleh nampak. Dalam kes ini wanita ini dikatakan mempunyai 53,000 pengikut...bayangkan berapa ramai yang telah membaca komennya:
Jika ditakdirkan anak-anaknya telah membaca komennya, apa nak dijelaskannya kepada mereka yang mungkin bertanya, "Mama...kapla b***h tu apa benda, kalau buat kari sedap macam kapla ikan ke..?"
Nota: Mengikut Mazidul dalam blognya (mamat ni pun celuparnya boleh tahan..) Fidah Nizam adalah ibu kepada 3 orang anak dan dia bekerja di Maybank. Suaminya seorang pegawai TNB.
Dia mencarut mungkin kerana tersinggung dengan tulisan Mazidul dalam blognya mengenai kenaikan tarif letrik mulai bulan depan yang seperti menyindir TNB..
Alahai.......
ReplyDeleteno komen lah ni
ReplyDeleteAnak bangsaku memang serbaboleh
ReplyDeletemalunya saya yg membaca nih. . .apa yg kita lahirkan di bibir dtg dr hati. . .
ReplyDelete