Semalam hujan turun hampir seharian di lokasi JR tinggal. Tapi cuaca di Alor Setar tidak seburuk di Kuantan, Kemaman, Kuala Kerai dan Segamat yang kini sedang dilanda banjir besar.
Hari ini cuaca semakin baik di Alor Setar, walaupun pagi tadi masih ada rintik-rintik hujan seketika.
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga dari mara bahaya. Dan semoga kita tabah menghadapi ujian Allah ini.
Tahukah korang ada doa-doa tertentu yang boleh kita baca ketika menghadapi musim banjir ini?
Mengikut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
"Dari Anas bin Malik menyatakan, “Demi Allah, (pernah satu masa) kami tidak melihat matahari selama 6
hari (kerana hari-hari hujan). Kemudian pada hari Jumaat, ketika Rasulullah s.a.w berdiri
menyampaikan khutbah tiba-tiba muncul seorang lelaki dari pintu masjid. Lelaki itu mengadap Nabi s.a.w
sambil berdiri. Dia berkata, ‘Ya Rasulullah, banyak ternak yang mati
dan jalan terputus (kerana banjir). Kerana itu, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan
hujan.’
Kemudian Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya dan berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ
عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ
وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL
JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI
(“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas
kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pegunungan, dataran
tinggi, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pepohonan.”
Tiba-tiba (lepas doa dibacakan Nabi) hujan
langsung berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari."
Doa di atas boleh kita baca bagi menghadapi musim banjir yang sedang berlaku sekarang. Maksud doa itu adalah untuk memohon Allah menurunkan hujan sebagai rahmat di tempat yang subur dan
bermanfaat bagi tanaman dan bukan sebagai azab yang merosakkan kehidupan manusia.
Jika doa di atas terlalu panjang, kita boleh membaca di bahagian depan doa itu:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا
ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA
(Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami).
Maksudnya kita memohon hujan tidak turun di tempat kita, tapi di tempat lain untuk manfaat manusia dan tumbuh-tumbuhan di tempat itu.
Kita dianjurkan membaca doa ini berulang kali. Jika boleh khatib juga dianjurkan membacanya dalam solat Jumaat seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.
(sumber info: islamdiaries)
dengarnya di kuantan dah keluar matahari. masa hujan ari tu, 5 hari gak tak nampak matahari.
ReplyDeleteSemlm pegi kuala kangsar rmh besan mak,kebetulan kakak besan mak ada di sana ms tu,dia cerita rmnya dimasuki air sampai hampir bumbung parasnya semasa dia berada di perak ni,kebetulan suami dia tak pergi,anggota keluarga semua di sini termasuk anak cucu,harta benda musna tak mengapa,janji anak cucu selamat kata makcik tu...
ReplyDeleteTak pernah hafal doa ni....blh cari dlm buku doa harian nanti..maybe ada...