05 December 2013

Cerita Malam Jumaat: Cara Mudah Tengok Hantu


Semalam JR tertonton siri Seekers di TV7. Dah lama tak tengok siri mengenai kumpulan pemburu hantu itu, tiba-tiba malam tadi diberitahu pengacara bahawa ia episod terakhir Seekers musim kesembilan. 

Ada satu perkara mengenai siri Seekers ini yang masih sama seperti dulu: ada sukarelawan yang nak mencari pengalaman bertemu hantu tapi akhirnya mereka kena rasuk.

Bagi JR kerja memburu hantu ni kerja sia-sia saja. Entah di mana seronoknya melihat dan mengalami pengalaman berdating dengan hantu tu? Berdasarkan pengalaman JR yang banyak kali juga terserempak dengan entiti yang tak diketahui apa namanya (ada sebahagiannya JR pernah ceritakan dalam blog), melihat hantu atau terlihat hantu bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan. Banyak lagi benda yang boleh kita tengok di dunia ini, mengapa nak tengok hantu??

Tapi yang heran sungguh ada sukarelawan dalam Seekers yang begitu teruja  nak menempah pengalaman bertemu hantu. Tapi akhirnya bukan saja bertemu hantu, ramai pula yang kena rasuk hantu. Sesuatu yang sukarelawan-sukarelawan ni tak sedar ialah bila sekali tubuh seseorang dimasuki hantu (sebenarnya jin), mungkin jin yang sama atau jin lain akan memasuki tubuhnya sekali lagi.

Masa JR kerja di KL dulu, seorang kawan yang bekerja sebagai jurutera di sebuah tapak projek di Sungai Buluh bertanya JR sama ada JR nak tengok jin ke tak? (Tak payahlah JR cerita apa nama projek tu, sebab projek itu sekarang dah siap, takut pula nanti ada penghuninya yang takut..)

JR jawab tak nak tengok, banyak lagi benda lain kita boleh tengok, misalnya tengok muka bini lagi bagus, nanti malam dapat upahnya...

Tapi lepas kawan JR itu begitu beriya-riya memujuk, termasuk janji nak belanja makan di restoran makanan Arab yang paling top di KL ketika itu, akhirnya kerana terliur nak makan masakan Arab kasihan kepadanya, JR terima pelawaannya.

Kata kawan JR dia pernah tengok hantu di projek Sungai Buluh tu. Kata kawan itu tapak projek itu 'sangat keras', maklumlah kawasan itu dulunya hutan dan  merupakan bekas kawasan perkuburan Orang Asli. Dari cerita pekerja-pekerja yang menjalankan projek tu banyak kejadian misteri pernah berlaku dan mereka sendiri pernah melihat bermacam objek yang ganjil-ganjil di situ.

Memandangkan banyak sangat kejadian menyeramkan di situ,  dan ramai pekerja tak sanggup tinggal lama di tapak projek, pihak kontraktor telah memanggil seorang ustaz yang agak terkenal juga bergelar Datuk untuk 'memindahkan' jin-jin yang berkeliaran di situ ke tempat lain. Ketika bersembang dengan ustaz tu sebelum acara memindahkan jin-jin itu, ustaz tu secara berseloroh bertanya kawan JR yang menjadi jurutera itu sama ada dia nak melihat alam jin?

Kawan JR menjawab dia memang nak tengok, sebab seumur hidupnya tak pernah melihat jin.

Pada hari yang ditetapkan, ustaz itu meminta kawan JR memasuki kereta mewah miliknya. Ustaz berpesan kepada kawan JR, dalam keadaan apa pun, tolong jangan keluar dari keretanya. Di dalam kereta, ustaz membaca beberapa ayat dan kemudian meminta rakan JR menyapu air itu ke mukanya. Bila saja melihat ke depan kawan JR melihat pelbagai rupa objek aneh di depannya. Semua objek-objek aneh itu dalam pelbagai aksi - ada yang berjalan, ada juga yang duduk dan berdiri. Rupa mereka macam-macam: ada yang menyerupai rupa pahlawan Melayu zaman dahulu, ada yang bertopi, ada yang bertanduk dan ada yang menyerupai binatang. Sebahagiannya kelihatan seperti lelaki, sebahagian lagi perempuan. Dan yang perempuan ada yang kelihatan sangat cantik.

Kata ustaz tapak projek itu adalah perkampungan jin dan yang kelihatan itu adalah jin-jin yang tinggal di situ. Ustaz akan cuba memujuk mereka meninggalkan kawasan itu untuk dilepaskan ke tempat lain.

Pada hari yang ditetapkan ustaz mengadakan acara memindahkan mereka ke tempat lain (kalau tak silap dipindahkan ke Janda Baik, Pahang). Tapi lepas acara itu habis, masih ada gangguan yang berlaku kepada pekerja-pekerja di situ.

Apabila dipanggil, ustaz memberitahu masih ada beberapa ekor jin jenis hardcore yang tidak mahu pindah. Tapi dia akan cuba memujuk mereka untuk berpindah. Sekali lagi ustaz bertanya kawan JR sama ada dia nak tengok rupa jin-jin hardcore itu?

Sebab itulah rakan JR menjemput JR untuk bersamanya melihat jin-jin hardcore tersebut. Dia kata masa pertama kali melihat dulu ada juga jin yang rupanya hensem dan cantik, tapi jin-jin jenis hardcore ni mungkin rupanya menggerunkan sikit.

Tapi pada hari yang sepatutnya JR pergi bersama kawan JR itu, tiba-tiba boss tempat JR bekerja mengarahkan JR out station ke Sabah. Lalu terlepaslah peluang untuk melihat rupa jin-jin hardcore itu.

Sampai sekarang JR tak pernah rasa menyesal kerana tak berpeluang ke Sungai Buluh untuk melihat rupa jin. Kalau tengok pun apa faedahnya? Cuma JR agak kesal kerana terlepas peluang makan dengan kawan itu di restoran Arab yang kononnya sangat sedap dan bagus layanannya....

9 comments:

  1. haaa... rasa macam tau je kat mana projek tu... ni mesti projek H....... kannnn?... hikhikhikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah tempat kejadian itu berlaku tinggal teka teki...

      Delete
  2. PRojek hospital

    ReplyDelete
  3. mcm adventurelah kot tgk makhluk2 lain nie tuh psl yg depa mniat sgt...hehe

    ReplyDelete
  4. kalau cun2,hensem2...syok jugak tgk...:)

    ReplyDelete
  5. diorg minat menda2 camni..tu y sanggup nak tengok..

    ReplyDelete
  6. alaa... potong la jr ni. tak dapat tgk rupa2nya. yang jin dgn rupa yang cun dan hensem tu dalam keadaan asal atau dah berupa dlm bentuk manusia. tapi kenapa mereka duduk berkumpul je. sebab ustaz tu panggil mereka berkumpul ke. saya teringin gak nak tgk jin, tapi harap2 tak dpt tgk. takut menyesal. pastu yg seekers tu adalah pekerjaan yang sgt sia2. sorry kalau ada yg tak setuju. sebab drpd berjaga malam cari hantu, lebih baik berjaga malam mencari redha Allah.

    ReplyDelete
  7. Pernah dgr juga ustaz bergelar dato ni pindahkan jin2 dr tapak projek ke tmpt lain...sy kalau org bg seribupun sy tk mau tgk..kalau nak bg lebi dr itu...sy akn fikirkan...kalau perlu up lagi,sy up le....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa KLIA belum siap, ada kawan dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam) bercerita Datuk yg sama memindahkan jin2 itu ke hutan Pahang dgn menaiki bas....

      Delete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....