Bila pulang ke rumah melalui Jalan Mergong, Alor Setar, malam tadi melihat gerai di kiri kanan jalan dipenuhi orang. Dah tengah malam atau pagi-pagi buta macam tu pun masih ramai yang bernafsu untuk makan. Teringat pesanan pakar kesihatan, makanan yang diambil pada lewat malam tak baik untuk kesihatan.
Teringat kata-kata seorang doktor lelaki dari Mesir yang merawat JR di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 3 tahun lalu. Kata doktor itu Malaysia adalah SYURGA makanan, semua makanan - Melayu, Cina, India, Jepun, Arab dan Barat ada di negara ini. Gerai makanan pula hidup dari pagi hingga ke pagi esoknya. Sebab itu katanya ramai orang Malaysia menghadapi obesiti dan penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kencing manis, buah pinggang dan lain-lain. Semuanya berpunca dari perut mereka yang sentiasa minta diisi.
Kata doktor itu di negaranya (Mesir) juga ramai yang berbadan besar. Tapi mereka berbadan besar kerana genetik Arab yang kebanyakannya memang berbadan besar. Orang Malaysia pula katanya memiliki genetik tubuh badan yang kecil dan comel. Tapi kerana terlebih makan, ramai orang Malaysia sekarang menjadi besar, tembam dan boyot. Ia bukan kerana masalah genetik, tapi kerana di sini terletaknya syurga makanan, orang boleh makan dari pagi ini sampai pagi esok.
JR setuju sangat dengan kata-kata doktor Mesir itu. Tengoklah orang zaman dulu, tak ramai yang berbadan gempal seperti sekarang. Bukan nak puji, tapi JR tengok orang-orang kampung JR zaman dulu slim-slim belaka. Sekarang bila balik kampung tengok ramai budak-budak kampung seperti budak-budak kota juga comel dengan pipi dan perut menggelembung...
Semua orang mempunyai fantasi ingin memasuki syurga Allah. Tapi tinggal di negara syurga makanan seperti Malaysia ini bukan lagi fantasi tapi realiti. Jika tak pandai jaga nafsu memang sangat bahaya tinggal di negara syurga makanan seperti ini....
"Sumber penyakit datangnya dari perut. Perut adalah rumah penyakit dan berpuasa adalah ubatnya". (Hadis riwayat Muslim).
Nota: Hari ini JR berpuasa sunat Isnin. JR mulakan puasa sunat Isnin sejak Syawal lepas. Tapi kadang-kadang ponteng juga bila ada hal mustahak seperti kenduri dan traveling jarak jauh...
Di sesetengah negara..org mati sbb tak makan..namun di sini..salah satu penyebab kematian adalah makan...wallahualam..
ReplyDeletekat utara memang la makan mewah..sedap pulak tu...nasik kandaq bila2 masa mau, sy memang tak lepas peluang itu kalau balik kpg, memang 'syurgalah' . Kebanyakan orang Malaysia suka makan lewat malam mungkin juga sebab kerja kuat di sebelah siangnya...
ReplyDeleteYelah saya pun bersetuju dgn fidah shah...
ReplyDelete.dinegara kita terlalu makmur dgn makanan....example dibulan ramadhan...tetapi beringatlah ...kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan kan.
kuat makan dan malas bersenam..:)
ReplyDeletepernah dgr pepatah ni
ReplyDelete"eat whatever you want,and if anyone tries to letcure you about your weight,eat them too.." haha
Bersederhana dalam semua hal termasuk makan......:-)
ReplyDeletedulu, kaum cina je yang biasa dengan supper ni. la ni, orang melayu pun dok terikut...
ReplyDeletemmg betul malaysia syurga makanan ..drp masakan local hinggalah yg dr negara luar...byk2 yg halal plak tuh.senang nak carik plak tuh yg pentingnya ade ongkos jer...makan sedap sapa tak mau kan disyurga..:)
ReplyDeleteoo, syurga makanan rupanya. Tapi tk berapa syurga sangat la, sbb makanan kat sini kena beli. Huhuh.. Mahal dah skrg. *takde kaitan.
ReplyDeleteHairan bin ajaib. Barang naik tp kedai makan tetap penu h mcm biasa. Camna tu
ReplyDeleteSetengah orang mati sebab tak cukup makan ...
ReplyDeletetapi ada jugak yang mati sebab terlebih2 makan...lebih penyakitnya.... huhu