»

12 December 2013

Bahaya Pasangan Kahwin Di Musim Hujan!!


Alhamdulillah, banjir besar yang berlaku di beberapa negeri sekarang semakin reda. Ramai penghuni rumah sudah pulang ke kediaman masing-masing. 

Cuma bulan Disember hujan masih banyak turun di banyak tempat. Petang semalam juga hujan lebat turun kira-kira sejam di kawasan perumahan JR tinggal. Mujur juga tak berlaku banjir kilat.

Selain dari musim hujan, bulan Disember adalah bulan yang paling banyak menerima jemputan kahwin. Kata sesetengah orang Disember adalah musim mengawan. Hujung tahun depan pula musim beranak selepas proses persenyawaan giat dijalankan oleh pasangan yang mengawan di bulan ini....

Tapi ada di sesetengah tempat pula, pasangan tak dibenarkan berkahwin di musim hujan seperti sekarang :

Di daerah kecil Amarasi Selatan, Kupang, Indonesia, sepanjang empat bulan mulai November hingga Februari setiap tahun, iaitu musim hujan di daerah itu, penduduknya tak dibenarkan berkahwin.

Ini kerana keputusan kepimpinan masyarakat tempatan yang melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda, tudiaaa...strictnya mereka!!
 

"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan,” kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen seperti yang dipetik oleh berita Bernama.

Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan yang melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.
 
Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac bila musim kemarau mula melanda daerah itu.


Tapi di Malaysia, bulan Disember bulan paling ramai orang kahwin sempena cuti panjang sekolah. Sabtu dan Ahad adalah hari paling banyak jemputan kahwin, sehingga JR selalu rasa simpati dengan perut yang dipaksa makan bagi mengambil hati tuan rumah....

 

5 comments:

  1. hehe..pelik punya peraturan...bkn turun keladang pun waktu malam..

    ReplyDelete
  2. Sb perkahwinan zaman skrg sgt renyah. Klu ikut Nabi mesti serba mudah. Tak delah berhari hari nk nguruskan majlis jer

    ReplyDelete
  3. Ada ke macam tu pulak...demi pertanian..haha...kalau pendaftaran perkawinan tk dilayan dn tak berlaku perkahwinan pd bulan tersebut bermakna jodoh itu di tgn siapa...?hehe

    ReplyDelete
  4. dah tu kalau tak tahan cemana? hahaha.

    ReplyDelete
  5. Se ptutnye mudah jek tpi org yg wt bg ssah kan......

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....