»

08 November 2013

Tips Mengelakkan Kasut Hilang


Korang pernah mengalami kes kasut atau selipar hilang lepas menghadiri sesuatu majlis? Biasanya kes ini berlaku ketika hadir kenduri atau solat di surau dan masjid. Ketika itu kasut/selipar berlambak di luar rumah/ surau/masjid. Mungkin kehilangan kasut/selipar kita secara tak disengajakan, ada orang terambil. Tapi ada juga kes pencuri profesional yang melakukan operasi  mencuri kasut ketika orang bersolat, terutama solat Jumaat. JR pernah melihat sendiri pada suatu petang Jumaat ramai jemaah berkaki ayam kerana menjadi mangsa pencuri kasut yang melakukan 'operasi sapu habis' pada hari itu.

Sebentar tadi selepas solat Jumaat di Masjid al-Bukhary, Alor Setar JR lihat seorang pak cik mencari-cari kasut/seliparnya. Akhirnya dia berjalan kaki ayam meningglkan masjid sambil merungut, "Buta ka hapa ka...selipar bughuk oghang pun dia nak kebaih" ("Buta ke apa ke...selipar buruk orang pun dia nak kebas").

Mungkin kes pak cik ni kes orang tertukar selipar dengannya. Mungkin la...

Tapi bagaimana nak mengelakkan kasut dari kena curi atau terambil orang? Ada tips? 

JR ada beberapa tips untuk dikongsi:

Pertama, kalau nak ke tempat umum yang memerlukan kita membuka kasut/selipar, janganlah pakai kasut/selipar baru dan berjenama. Cukuplah pakai kasut atau selipar cabuk yang orang tak minat nak ambil. Kalau orang dah terambil juga, kira nasiblah, jika rugi pun tak sebanyak mana dengan kasut atau selipar cabuk kita tu...

Kedua, letakkan kasut/selipar di tempat yang agak tersorok dan sukar dicapai orang. Biasanya semua orang akan ingat tempat dia meletakkan kasut/seliparnya. Jika letak di tempat tersorok pun masih juga hilang, bermakna kasut itu bukan terambil orang tapi sengaja diambil dengan niat tak baik. Biarlah orang itu menjawabnya di akhirat kelak...

Ketiga, (tips ini selalu JR praktikkan jika memakai kasut/selipar baru), jangan letak kasut sebelah kiri dan kanan berdekatan sebelah menyebelah. Pisahkan kedua-dua belah kasut itu dalam jarak agak jauh. Misalnya kalau nak masuk masjid, letak kasut sebelah kiri di hujung pintu masuk sebelah kanan, manakala kasut sebelah kanan pula di hujung pintu masuk sebelah kiri  masjid. Biasanya semahal mana pun sesuatu kasut, walau jenama yang paling terkenal pun, jika cuma sebelah saja yang ada, tak ada sesiapa yang berminat mengambilnya. 

Itulah tiga tips yang selalu JR praktikkan. Kalau korang ada tips lain, boleh kongsi bersama....


11 comments:

  1. anak kpd adik ipar saya (adik suami saya) berusia 6 th...kalau saya kerumahnya...mesti hilang kasut,kalau nasib tak bak hilang dua2 belah..
    dia bkn amik dan pakai..tp pi buang mana hala ntah la...sampai saya dan anak2 serik nak kerumahnya..

    ReplyDelete
  2. hihih..kasut hlg di masjid xpernah la.. kalau hlg di kenduri sll gak laa...takkan nak balik kaki ayam...dah pakai comel comel kan...rembat je mana mana kasut...balik sampai rmh dl...kang soh laa sapa sapa p hantaq balik kasut tu kat rmh kenduri..hihihi...bkn curi tapi pinjam...

    ReplyDelete
  3. Yang pakai selipar jepun buruk tuh agak praktikal jugak..biasa suami sy buat camtuhlah..tp kat sini bkn ramai pun jemaah kat masjid..hehe..
    mungkin boleh jugak kunci kot selipar tuh dengan rantai..hehe

    ReplyDelete
  4. Alahai. Kesian pakcik tu. Tak pun tu mesti kes kasut org lain kena curi, org yg kasut dicuri tu pi pakai kasut pakcik tu plak. Hihihi. Saya pun slalu guna tips no 3 kalau tak sangka nk singgah masjid time berjalan2. kalau mmg nak ke masjid, dr rumah pakai slipa buruk2 je. hehe

    ReplyDelete
  5. yg ketiga tu saya suka . klu blh dlm keta ada kasut xtra . klu setakat dok dekat pi balik masjid , kasut hilang x pe lah ... heheheee

    ReplyDelete
  6. Tips yang ketiga tu memang terbaik JR. Cuma kena rajin skit la nak pegi belah kanan dan kiri. Tapi terpaksa rajin la kalo tanak seliper ilang kan.

    ReplyDelete
  7. Sy plak kalau pi manapun pakai kasut tumit tinggi..pi suaraupun sama...org x amik punya...hehe...

    Sy ada tips kalau tknak pakaian dlm hilang ms dok asrama zmn sekola dulu,ada la sor kwn ni,selaulu hilang pakaian dlm...sebenarnya org lainpun hilang juga...kwn ni dgn selambanya umumkan dia ada panau dan kurap...sejak tu tak hilang dah...hehehe.....

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan entri ni. Dua commonplace kes-kes kehilangan selipar atau kasut sering berlaku adalah di rumah kenduri kahwin dan di masjid time solat jumaat. Pernah sekali saya terpaksa pulang berkaki ayam akibat selipar saya dirembat.

    ReplyDelete
  9. yeah! bagus juga cara ni JR.. boleh deno gtau abang ipar deno yg dah 2 kali seliparnya hilang semasa solat jumaat

    ReplyDelete
  10. masa kecik2 dulu kalau ikut opah pegi kenduri kahwin selalu opah siap bawak plastik nak isi kasut ... pastu letak kat tempat tersorok sikit...Alhamdulillah selamat kasut...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....