25 November 2013

Rahsia Kesedapan Ajinomoto


Kelmarin jiran sebelah rumah JR mengupah peracun rumput untuk meracun rumput di luar pagar rumahnya. Sementara menunggu isteri bersiap untuk  ke sesuatu tempat, sempat juga JR bersembang dengan orang itu.

"Guna racun apa, berkesan betul, tiga hari rumput dah layu.." kata JR kepadanya.

Memang dari pemerhatian JR sebelum ini, biasanya dua hari lepas peracun  rumput itu sembur racun, rumput tu dah bertukar warna jadi kuning, efisyen betul..

"Guna racun biasa saja. Pasal apa tanya pasal racun?" soal peracun rumput.

"Saya pun selalu racun rumput juga, tapi lebih kurang 10 hari baru rumput mati..." kata JR.

Memang JR tak pernah upah orang potong rumput di luar pagar rumah. JR buat sendiri. Tapi bukan dengan cara memotong, sebaliknya dengan cara meracun, kerana ia lebih mudah, lagi pun semua peralatan meracun memang dah ada di rumah.

"Racun tu ada campur apa-apa tak?" tanya peracun rumput.

"Ada....campur air.."

"Mesti la kena campur air...maksud saya ada campur dengan bahan-bahan lain tak?"

 "Selain air tak ada benda lain dicampur" jelas JR.

"Patutlah lambat...kalau nak rumput cepat mati kena campur racun dengan ajinomoto. Saya campur ajinomoto pada racun, sebab tu 2-3 hari saja rumput dah mati. Kalau tak campur ajinomoto biasanya antara 10 hingga 14 hari baru rumput mati..."

Oooo..begitu rupanya, campur ajinomoto rumput  cepat mati!!!

Sebenarnya mitos tentang kehebatan ajinomoto sebagai bahan peracun rumput rampai dah lama JR dengar. Masa duduk di kampung masa kecil-kecil dulu,  orang-orang kampung memang mencampurkan ajinomoto dengan racun ketika jalankan kerja meracun di ladang mereka.

Seorang kawan JR masa di kampus dulu pernah kata jika nak tau betapa hebatnya ajinomoto, cuba taburkan sebungkus besar ajinomoto atas rumput kemudian tengok kesannya lepas seminggu - rumput confirm mati, katanya.

Tapi JR tak pernah buat eksperimen tentang kehebatan ajinomoto itu.

Apa yang JR tau, kalau makan di luar, masakannya memang dicampur ajinomoto. Sup, sayur, kari, sambal, beehun sup, mi kari, mi rebus semuanya  dicampur ajinomoto bagi menambah kelazatannya..

Walaupun ramai orang percaya ainomoto atau MSG (monosodium glutamate) itu membahayakan kesihatan, boleh menyebabkan alahan teruk, merosakkan organ dalaman, boleh menyebabkan keguguran rambut, tapi setahu JR belum ada mana-mana kajian saintifik yang menyatakan ajinomoto aka MSG itu boleh menjejaskan kesihatan. Sebab itu kerajaan tak mengharamkan penggunaan ajinomoto dalam masakan...

Walaupun belum ada kajian yang menyebut ajinomoto tak baik untuk kesihatan, walaupun kerajaan tak haramkan penggunaan ajinomoto, tapi penggunaan serbuk perasa itu tetap diharamkan di dapur rumah kami.....

Tapi cuma di rumah makanan tak dicampur ajinomoto. Bila makan di luar rumah, tak kisah makanan dicampur ajinomoto ke tidak, bedal semuanya...

13 comments:

  1. masa kecik2 dulu,saya selalu dimomokkan ajinomoto dibuat dari lemak bab* hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tempat saya juga ada kepercayaan itu....

      Delete
  2. dah lama tak makan tok aji ni...semenjak arwah mak ayah sakit..tok aji ni memang di haram kan terus kat umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik2 mak saya panggil ajinomoto sebagai 'tok aji naik motor'...

      Delete
  3. Keluarga saya memang tak guna ajinomoto sebagai perasa dalam masakan. Bila termakan masakan yang mengandungi ajinomoto pasti kami akan sakit kepala. Tapi keluarga suami saya guna ajinimoto macam guna garam. Pada mereka tanpa ajinomoto makanan tak akan sedap. Tapi saya ajar suami saya supaya tidak menggunakan ajinomoto. Alhamdulillah dia terima. Tapi bila saya balik ke rumah keluarga suami, saya terpaksa akur dengan penggunaan ajinomoto dalam masakan mereka. Bila sakit kepala saya diam saja sebab nak jaga hati mak mertua. (Maaf terpanjang pula komen di sini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang salah satu kesan buruk ajinomoto ialah alergik yg teruk bagi sesetengah org. Tapi sesetengah org saja hadapi alergik, kebanyakannya OK pun....

      Delete
  4. wah .. boleh tahan hebat kesannya pak aji ni JR.
    mana yg dah tau buruk baik elok kita elakkan. cikda pun baru tahu kehebatannya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di rumah boleh elakkan penggunaan pak aji ni, tapi kalau makan di luar terpaksalah juga makan campuran pak aji...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Entahlah dr kecik lagi sudah terbiasa mak masak letak ajinomoto..skrang kalau masak letak jugak sikit2..tp org kat sini tak kenal ajinomoto..sbb depa mmg tak bubuh perasa tuh dlm makanan..

    ReplyDelete
  7. saya pun mcm ummuaidan. dah terbiasa letak msg dlm masakan. letak sikit je. harap2 organ dalaman saya tak jadi layu mcm rumput le huhu.

    ReplyDelete
  8. Sypun dh lama dgr ajinomoto tu blh buat racun rumput,kat rmh memang tak pernah ada pak aji tu..x pernah una,kalau mkn kat luar,ada pak aji mesti nak termuntah,blh terasa kalau berlebihan sgt,pernah sekali,sy masak di rmh mak,mak guna pak aji,abg yg makan masakan tu kata,kamu bubuh pak aji ye?bl terasa....munkin sbb kami x biasa jd mudah rasa lain bila makan....

    ReplyDelete
  9. paling bahaya makan kat luar. ntah ape la kesan pada air susu ibu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....