26 November 2013

Baik Buruk Pasang Grill Rumah


Petang kelmarin, jiran JR bercerita tentang kunci grill rumahnya yang hilang. Kalut jugalah dia dan keluarganya, masuk keluar kena guna pintu dapur.

Bayangkan kalau berlaku kecemasan di bahagian dapur, bila kunci hilang nak lari keluar rumah ikut lubang mana???

Bulan lepas JR ada baca dalam akhbar kisah dua orang kanak-kanak yang mati rentung dalam sebuah rumah ketika ibunya keluar sekejap untuk membeli kuih sarapan pagi. 

Ketika kebakaran berlaku, jiran-jiran cuba membantu. Malangnya grill besi yang berkunci tak dapat dipecahkan, kerana kunci dibawa oleh si-ibu. Paling tragis ialah apabila jiran-jiran cuma dapat melihat kedua-dua kanak-kanak tersebut menjerit meminta tolong tanpa dapat berbuat apa-apa.

Semuanya kerana grill berkunci....

Masa JR bekerja di KL dulu, JR pernah hadiri satu workshop mengenai keselamatan pejabat anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat. Salah satu kertas yang dibincangkan ialah mengenai baik buruk pemasangan grill di rumah.

Sebelum penceramah menyampaikan ceramahnya dia menayangkan video yang dirakamkan oleh bomba mengenai beberapa kejadian kebakaran rumah dan kemalangan kereta yang tersangat ngeri dan sadis yang berlaku di beberapa tempat di Malaysia. Kerana video itu tak disensor, ramai yang menitiskan air mata melihat mangsa-mangsa kemalangan dan kebakaran menghadapi saat-saat akhir sebelum kematian mereka....

Selepas video ditayangkan, pegawai bomba itu bertanya: nak pasang grill atau tidak?? Memang betul seperti kata penceramah, kebanyakan orang Malaysia lebih sayang harta benda dari sayangkan nyawa ahli keluarga mereka. Mereka sanggup memasang grill yang mahal terdiri dari besi yang sangat kuat bagi mengelakkan harta benda mereka diambil penyamun, tapi bila berlaku kebakaran bukan saja harta benda mereka itu tak dapat diselamatkan, anggota keluarga mereka juga sukar diselamatkan. Ini kerana kebakaran biasanya berlaku sangat cepat. Dalam keadaan kelam kabut untuk keluar menyelamatkan diri, biasanya nak cari kunci grill pun susah dan ketika itulah kemalangan yang tak diduga berlaku....

Dalam keadaan begitu biasanya jiran-jiran cuma dapat melihat. Sementara menanti kedatangan bomba, jiran-jiran cuma dapat melihat mangsa kebakaran meronta-meronta dalam rumah bersama tangisan tragis yang mendayu-dayu yang semakin lama semakin lemah dan akhirnya hilang ditelan gumpalan asap tebal....

Ketika JR mula-mula pindah dari KL ke Alor Setar, JR dah beritau isteri yang rumah baru kami yang dibeli tak perlu dipasang grill. Ini kerana video Jabatan Bomba yang pernah JR saksikan sebelum itu meninggalkan kesan trauma yang sangat lama untuk dihapuskan dari ingatan. 

Bila rumah baru kami siap, ketika semua jiran-jiran memasang grill di rumah mereka, tinggallah rumah kami tanpa grill. Kadang-kadang rasa ganjil rumah baru tanpa grill, tapi demi keselamatan, itulah pilihan terbaik pada masa itu.

Tapi suatu hari rumah JR dimasuki penyamun melalui tingkap yang tak dipasang grill. Bukan sekali rumah yang sama dimasuki penyamun, tapi dua kali dalam seminggu! Mungkin penyamun yang sama?? Kerugian tak payah dicerita di sini. Yang pasti semua barang kemas isteri yang dibelinya sejak zaman anak gadis hingga beranak 6 orang habis semua kena kebas. Itu tak masuk henset, kamera dan lain-lain lagi..Tapi syukurlah tiada antara kami yang cedera, alhamdulillah....

Lepas peristiwa 2 kali kena samun dalam seminggu, kami terus pasang grill. Tapi JR telah meminta tukang grill membuat grill lock di beberapa bahagian tingkap yang boleh dibuka jika berlaku kecemasan. Jadi jika berlaku kecemasan di dalam rumah (minta dijauhi Allah), grill tingkap masih boleh dibuka untuk kami menyelamatkan diri....

Sebenarnya bukan tak boleh pasang grill, tapi seeloknya sebelum pasang, mintalah tukang grill membuat grill lock di beberapa bahagian tingkap  yang boleh dibuka dari dalam jika berlaku kecemasan...

16 comments:

  1. Replies
    1. Semoga Allah melindungi kita selalu...

      Delete
  2. Bahayanya . tambah tambah skrang trend grill kat dlam . takut jugak ni . thanks info Jr psal grill lock

    ReplyDelete
  3. grill lock tu cemana. mmg 2-2 bahaya jr. kalau tak pasang bahaya, kalau pasang pon bahaya. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grill lock ialah grill yang dipasang di tingkap rumah yang mempunyai pin pengunci yang mudah dibuka dari dalam rumah utk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Grill ini tak boleh dibuka dari luar, jadi pencuri tak boleh masuk rumah, ia cuma boleh dibuka dari dalam rumah degan menekan pinnya...

      Delete
  4. seram baca..pasang salah tak pasang salah.
    dulu pun cikda tak nak pasang grill bila nak pindah rumah tapi bila semua org pasang tetiba rasa tak selamat pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah bersama kita selalu...

      Delete
  5. Betul tuh ..antara keselamatan harta dan nyawa....sy oun serik rumah takder grill..itu dok apartment..pencuri masuk ikut rumah sebelah ikut suka hati dia jer tgk keta sy takder..bila hilang notebook barulah rs ade pencuri besar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan Fiji lebih selamat dari Malaysia...

      Delete
  6. tak nak pasang gril tapi kes kecurian tu makin hari makin bertambah...
    nyawa pun sayang harta benda pun sayang...

    ReplyDelete
  7. Memang kena ambik langkah tengah, iaitu pasang grill,yang ada lock tu..

    ReplyDelete
  8. Setiap sesuatu tu ada baik buruknyakan...?penyamun tu kalau nak masuk rmh,yg bergrilpun depa masuk,apalagi yg tkde gril....

    ReplyDelete
  9. Asalkan keluarga selamat..

    ReplyDelete
  10. beli fire extinguisher la letak dlm rumah... beli 10 bijik..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....