»

05 November 2013

PBS Sistem Haram Ja***??


Jika korang cikgu, jika korang ada anak-anak yang belajar di sekolah, korang pasti tau apa itu PBS (Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah). JR sendiri pernah menulis entri mengenai PBS ini.

Dua hari lepas JR ada baca tulisan Datuk Prof Dr Muhammad Agus Yusoff mengenai PBS seperti di sini... Ia suatu tulisan yang sangat menarik.

Secara ringkasnya Prof Agus kata PBS satu sistem yang baik. Yang tak baiknya ialah sistem yang tujuannya baik itu tak disokong oleh fasaliti yang baik. Kerana waktu siang sistem PBS selalu hanged, guru terpaksa masukkan data cuma pada waktu lewat malam, kadang-kadang pukul 3.00 pagi (guru di sekolah anak JR pernah mengadu hal yang sama).

Kesimpulannya mengikut Prof Agus, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita. Dia memberi perumpamaan tentang anggur yang sesuai ditanam di Perancis tapi belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands. Oleh itu jika kerajaan mahu meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya guru-guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna itu.

Tulisan Prof Agus ini mendapat banyak komen dari pembaca yang mungkin kebanyakannya guru. 

Ramai yang marah:


Tapi ada yang bukan saja marah, tapi sangat-sangat marah, sampai kata PBS sistem haram ja***



Bukan saja cikgu yang tertekan dengan PBS ini, tapi suami cikgu juga tertekan. Katanya isterinya (cikgu) terpaksa berjaga malam dan cuma dapat tidur dekat-dekat masuk waktu Subuh:

 Malah ada cikgu yang mengadu dia pernah beberapa kali kena serangan jantung kerana stress dengan PBS:



Betul juga kata kebanyakan cikgu yang JR kenali, PBS satu sistem yang cukup bagus. Yang jadi masalahnya dan tak bagusnya ialah  data yang dimasukkan sukar diakses kerana sering hanged, menyebabkan mereka selalu tak cukup tidur dan stress..Seperti kata seorang guru perempuan, dia pernah cuba memasukkan data PBS sebelum waktu masak makan malam, tapi lepas waktu makan malam pun sistem masih hanged. Tunggu sampai nak tidur pun masih susah akses, lalu dia terpaksa melakukannya pada awal-awal pagi ketika ayam jantan belum berkokok dan ketika semua orang (termasuk Pengetua Sekolah) sedang nyenyak tidur atas katil empuk.

Dulu bolehlah kita kata cikgu banyak cuti
sekarang jadi cikgu kena sanggup berjaga hingga pagi

3 comments:

  1. Kakak saya cikgu, juga ada rungutan walau pun belum sampai tahap maksimum. Masalahnya sekarang, adakah pihak kenterian akan ambik tindakan secepat mungkin? Kalau ada, adakah bertambah baik? Adakah sebelum sistem ini dilaksanakan, satu tempoh ujian tidak dijalankan? Dulu pelajar jadi mangsa eksperimen (isu PPSMI), sekarang cikgu pulak...

    Betul, beli kereta kat mudah.my lagi senang. Sekarang ni mudah.my pun dah ada aplikasi untuk android!

    ReplyDelete
  2. Kakak ipar saya pun komplen...

    ReplyDelete
  3. Patut la kwn2 sy di fb dr kalangan guru selalu online sampai lewat mlm....ada yg sampai pukul 3 4 pg...pernah juga sepupu sy tulis hal ni di status fb dia...tp adik sy tu relax je x ckp apa...maybe kalau dia citepun kami tk akan faham...haha...sekarang baru sy tau serba sedikit...tq...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....