»

14 November 2013

Misteri Tanglong Aka Penanggal...Apakah????


Ini semua facebook punya pasallah tu. Entah betul atau tidak! Entah-entah gambar yang mereka tengok tu cuma lakonan?

Petang tadi dua orang anak JR - yang lelaki 18 tahun dan yang perempuan 14 tahun - asyik bercerita tentang hantu penanggal yang gambarnya dikongsi oleh seseorang dalam facebook.

"Tak macam hantu penanggal pun" kata JR bila ditunjukkan imej 'hantu penanggal' tu.

"Pasal apa abah kata tak sama? Abah pernah tengok?" tanya yang perempuan.

"Memang abah pernah tengok. Bukan sekali, banyak kali, sampai tak ingat berapa kali" jawab JR.

Apa yang JR cakap tu bukan joke, memang itulah realitinya - JR dah banyak kali ternampak apa yang orang panggil penanggal tu...

Di Utara, penanggal itu lebih dikenali sebagai hantu tanglong. Masa JR kecil-kecil kat kampung dulu kerap sangat JR, adik-adik dan ibu bapa JR tengok makhluk bernama tanglong tu.

JR berasal dari sebuah kampung di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Kampung kami terletak di tepi kawasan bendang yang agak luas, berpuluh kilometer jugalah besarnya. Malangnya sekarang ini bendang tu dah tak wujud lagi, dah jadi kawasan perumahan. Dulu, di belakang bendang ada satu kawasan yang agak berbukit dan hutan (sekarang bukit dan hutan itu pun dah jadi kawasan perumahan).

Jika ada hujan pada waktu petang, satu fenomena biasa yang kerap ada pada waktu malam ialah kemunculan makhluk bernama tanglong aka penanggal itu. Makhluk itu kerap terbang dari arah bukit menuju ke bendang. Kata orang tua-tua tanglong menuju ke arah bendang untuk mencari katak. Mudah sangat mengenali makhluk itu yang bergerak bersama satu cahaya besar, mula-mula berada di paras tinggi melebihi paras pokok kelapa, kemudian ia akan turun ke bawah, kononnya mencari katak. Lepas beberapa ketika berada di dasar sawah, makhluk bercahaya besar itu akan bergerak naik ke angkasa, menyelinap ke arah bukit dan kemudian hilang di celah kegelapan malam..

Bila makhluk itu nampak muncul pada malam-malam tertentu, kami adik beradik akan ramai-ramai keluar dari rumah untuk melihatnya. Walaupun ia kerap muncul setiap kali waktu malam di musim hujan, tapi kami rasa macam tak jemu untuk melihatnya.

Cuma kalau orang tanya bagaimana rupa sebenar tanglong atau penaggal itu JR sendiri tak boleh jawab. Ini kerana jarak tanglong yang biasa kami tengok  itu dengan rumah kami bukan dalam jarak 3-4 meter, tapi agaknya 300 meter lebih..Ya lah, walaupun rumah tepi bendang, tanglong tu biasanya bukan terbang di tepi bendang tapi di tengah-tengah bendang yang terbentang luas itu. Jadi yang cuma kami nampak ialah satu cahaya besar yang beterbangan, kononnya  tanglong sedang mencari katak, seperti kata orang tua-tua.

Malangnya pada zaman itu kami tak ada kamera, henset pun belum wujud di Malaysia tahun 1970an dan 80an. Kalau tidak bolehlah agaknya ambil gambar. Tapi kalau guna henset cap ayam yang yang JR pakai sekarang agaknya gambar tanglong tu tak lekat pun, maklumlah jarak pun lebih 300 meter...

Ada satu kali tu JR pergi mandi di telaga di hujung kampung kami lepas waktu maghrib, kira-kira pukul 7.45 malam. Telaga tu sebenarnya jarang-jarang digunakan, kecuali waktu-waktu kecemasan. Telaga itu terletak benar-benar di pinggir sawah. Di sebelah telaga ialah jalan masuk ke kampung kami, ketika itu masih jalan tanah merah (sekarang dah jadi jalan tar). Kerana hari itu adik JR menggunakan bilik air dalam rumah, JR tiada pilihan selain menggunakan telaga itu. Dan di situlah tercatat satu misteri yang JR masih ingati hingga kini.

Ketika sedang asyik menjirus air  ke tubuh, JR terperasan seperti ada lampu besar di tepi jalan bergerak mendekati JR. JR ingatkan ada kereta memasuki kampung kami dan cahaya lampunya yang menyuluh JR. Ketika berpaling ke belakang, tiba-tiba terlihat satu cahaya seperti gumpalan bebola besar yang sangat terang sebesar 3 atau 4 meter berada 8 hingga 10 meter di sebelah JR. JR sangat terkejut dan lari lintang pukang balik ke rumah. Tapi bebola cahaya itu tak pula mengejar JR. Lagi pun jika ia tanglong, makhluk tu pun bukan makan orang, dia cuma makan katak...

Walaupun berada dalam jarak yang agak dekat, tapi JR sendiri tak dapat pastikan apa sebenarnya bebola besar bercahaya yang JR lihat itu. Tak nampak pula imej berkepala dan isi perut berjuntai seperti yang selalu orang gambarkan tentang tanglong. Apa yang JR nampak sekilas lalu cuma bebola bercahaya besar, itu saja...

Oleh itu bila ada orang kata rupa makhluk penaggal tu macam ni, JR tak boleh sahkan:


Kononnya lebih kurang beginilah rupa tanglong mengikut khayalan dalam google..
 
JR tak pasti sama ada tanglong atau penanggal itu sejenis jin, syaitan atau iblis atau spesis lain yang sejenis dengannya seperti ramai orang kata. Tapi kadang-kadang JR hairan juga, tak kan pula jin, syaitan atau iblis makan katak? (Tapi kalau benar spesis jin ni makan katak bagus juga, sebab di depan rumah JR sekarang banyak katak, kadang-kadang masuk rumah...)

Atau mungkin tanglong aka penanggal itu sejenis haiwan seperti kunang-kunang besar yang menjadikan katak sebagai makanannya? Mungkin orang Melayu sengaja mereka-reka cerita menukar watak haiwan itu menjadi hantu?

Kalau mengikut cerita orang tua-tua tanglong dikatakan asalnya seorang wanita yang menuntut ilmu hitam bagi mengekalkan kecantikannya. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Empat lima tahun lepas JR pernah tonton satu filem Thai. Tak sangka pula, bukan saja orang Melayu, tapi makhluk ini juga wujud dalam kepercayaan  orang Thai hingga cerita seram mengenainya difilemkan...

4 comments:

  1. Ushh ush ushhh....tgh mlm buta ni terbaca plak kisah hantu penanggal...nasib baik cara penulisan JR takdelah menyeramkan...hehe

    saya baru tau yg penanggal ni juga adalah hantu tanglong.siap mkn katak lagi..baru ini sy tau...apa yg sy tau,hantu penanggal ni perempuan yg menuntut ilmu salah tu dn gmbarannya sama mc yg tertera di atas...taliperut yg terkeluar tu..ishhh...seram la plak....

    Untung jugalah JR dpt tgk cahaya tu...nasib bkn UFO...hehe

    ReplyDelete
  2. singgah sini..menarik untuk dikongsi

    zaman kecil2 dulu, heran kita tak takut hantu...zaman la pulak berbeza.

    agaknya zaman kita kemudahan letrik kurang, dah biasa dengan kegelapan malam.zaman la, petik suis keluar cahaya, bila gelap mula gelabah. tu yg takut2..

    ReplyDelete
  3. hantu makan katak..:)

    yg saya dok tgk kat tv..penanggal akan cari rumah org2 yg baru beranak..tu kat tv lah...:)

    ReplyDelete
  4. tak pernah dgr plok hantu mkan katok...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....