»

13 November 2013

Kad Pengenalan Bermutu Tinggi Ler Konon....


Sebentar tadi JR tengok berita di TV tentang 20 warga Filipina termasuk 6 wanita ditangkap selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu. Mereka yang ditangkap ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang.

Kelmarin pula tengok berita di TV tentang pengawal keselamatan warga India yang juga memiliki kad pengenalan palsu Malaysia.

Esok dan lusa tak tau pula berita tentang pengawal keselamatan warga apa pula yang ditangkap kerana memiliki kad pengenalan palsu Malaysia. Mungkin warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Nepal atau Iran pula kot...

Itu yang ditangkap baru setakat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan memakai kad pengenalan palsu Malaysia. Belum lagi di sektor lain. Mungkin juga ada warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai jurutera, doktor,  ahli perniagaan, polis atau tentera? 

Sijil dan ijazah seperti kad pengenalan juga boleh dipalsukan. Jika kad pengenalan yang dikatakan bermutu tinggi dan mustahil boleh dipalsukan itu pun masih mudah dipalsukan, apalah ada pada ijazah dan sijil yang cuma diperbuat dari sekeping kertas untuk dipalsukan? Tahun lepas 3 pelajar USM telah ditahan polis kerana didapati menjual ijazah palsu dari beberapa universiti terkenal luar negara. Harga ijazah palsu ini adalah cuma RM6,500 bagi degree, RM8,500 untuk master dan RM10,500 untuk Ph.D. 

Tapi yang paling ditakuti sekarang ialah bila ramai warga asing memiliki kad pengenalan palsu Malaysia. Mereka boleh gunakan taraf kewarganegaraan mereka itu untuk buat banyak perkara seperti membeli tanah dan bangunan-bangunan di sini. Selain dari itu mereka juga mungkin boleh mengundi bagi menentukan kepimpinan negara. Bahaya sungguh!

Kononnya kad pengenalan bermutu tinggi, tak sangka bermutu tinggi pun mudah dipalsukan...

5 comments:

  1. musim, tak lama karang senyap la isu ni. tapi kebiasaannya yang ditangkap cuma orang yang membeli je, pihak yang sebetul-betulnya bertangjunggjawab entah ke mana...

    ReplyDelete
  2. yg dikhuatiri,dalang dlm kes ni org2 yg berpengaruh...kenapa dgn begitu murah dan senang mykad palsu diperolehi...

    ReplyDelete
  3. dah berapa kali tukar jenis kad pengenalan kan..ingatkan dah bertambah praktikal, masih lg mampu dipalsukan..penat2 jer beratur tunggu gilirn, orng yg buat palsu takyah tunggu pun..

    ReplyDelete
  4. selagi ianya buatan manusia, secanggih mana pun pasti boleh ditiru. Melainkan ciptaan Allah. Cuba tiru buat seekor lalat kalo terer?

    Mmg bahye la utk negara kita kalau kad pengenalan palsu ni. Part mengundi tu paling takut. Tapi, kalo bab mengundi tu ramai rakyat asing dpt ic yg sebenar kan? Bukan yg palsu.

    ReplyDelete
  5. Kad pengenalan palsu...beras palsu,telur ayam palsu,kurma palsu....apa lg yg palsu..?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....