»

09 November 2013

i-Phone Huru-Harakan Hidup Manusia?


Bukan JR jealous kerana tak mampu memiliki i-phone. Bukan JR nak menyindir anak lelaki JR yang masih belajar di sebuah IPTA di Johor tapi sudah mampu memiliki i-phone. Bukan. 

Cuma JR kurang senang dengan cara orang kita berfikir yang suka menggunakan kecanggihan teknologi untuk mengenakan orang lain:

                                   (sumber di sini...)

Mungkin apa yang berlaku di Sungai Limau, Kedah baru-baru ini adalah sebahagian dari kejayaan penggunaan teknologi canggih ini.

Dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Limau baru-baru ini, pihak-pihak yang ada kepakaran menggunakan teknologi penyamaran nombor SMS telah menggunakan nombor telefon bimbit pemimpin-pemimpin sebuah parti politik tertentu dengan menghantar teks fitnah kepada pihak-pihak lain. Bukan seorang pemimpin parti politik itu yang kena, tapi ramai yang kena, nombor  telefon mereka digunakan untuk menghantar SMS memfitnah. Malah isteri Allayarham Ustaz Azizan pun kena, apabila ramai yang menerima SMS menggunakan nombor telefonnya yang meminta orang ramai jangan mengundi parti suaminya pada hal dia sendiri berkata tak logik dia menghantar SMS memburukkan parti yang disokongnya.

Sebenarnya i-phone tidak membahayakan kehidupan manusia, begitu juga telefon pintar lain. Yang membahayakan kehidupan manusia ialah manusia itu sendiri yang demi sesuatu tujuan dan agenda sanggup menjadi ajen iblis untuk merosakkan nama baik orang lain...

Aplikasi tiger text ini pun tak bahaya, ia dicipta dengan tujuan baik, tapi kemudian ia disalahguna, seperti juga ramai pengguna FB dan twitter yang menyalahgunakan laman sosial itu untuk agenda masing-masing.

Nasib baik JR cuma memiliki telefon pintar yang taklah sepintar mana, banyak aplikasi tak boleh masuk, tiger text lagi lah tak boleh.....

6 comments:

  1. Salam blogging...dahsyatnya manusia ini..

    ReplyDelete
  2. IM pun ntah kenapa tak minat smart phone. Lebih suka guna laptop.

    ReplyDelete
  3. penyalahgunaan ni la yg selalu merosakkan tujuan asal aplikasi tu dicipta. yg pasal sg limau tu, yg sangkut patung tanpa kaki tu paling kuang hajar.

    ReplyDelete
  4. bahaya juga kan.. deno pakai ASHA.. takde smartphone.. huhu

    ReplyDelete
  5. makin pelik dan jelik teknologi skrg ni...

    ReplyDelete
  6. Ciptaan manusia byk merosakkan manusia itu sendiri sbb tak ikut undang2 yg Allah cipta utk kita...menebar fitnah tu satu dosa....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....