Sesekali bila tertonton drama Melayu ('tertonton' kerana tak sengaja menonton, kerana JR bukan peminat tegar drama Melayu), ada sedikit rasa bangga bila melihat ramai pelakon wanita yang memakai hijab ketika berlakon. Tak seperti drama-drama Melayu zaman dulu, semua watak wanita free hair, maklumlah ketika itu zaman jahiliyah..
Tapi anak perempuan JR selalu kata pelakon wanita si-anu, si-ini dan si-itu sebenarnya cuma memakai hijab ketika berlakon. Di luar set penggambaran mereka londeh habis kepala mereka. Bukan saja pelakon muda yang melondeh kepala, yang sudah berumur pun begitu juga. Walaupun bukan semua begitu, ada yang berhijab ketika berlakon dan di luar set penggambaran pun masih kekal berhijab tanpa melondeh kepala, tapi majoritinya cuma menganggap berhijab cuma sekadar untuk memenuhi skrip lakonan.
Cuma kadang-kadang JR terfikir, tidakkah pelakon-pelakon ini sedar wajah mereka kelihatan lebih manis dan jelita ketika bertudung berbanding ketika rambut perang terselak mengerbang? Juga kadang-kadang terfikir apa perasaan pelakon-pelakon itu sebaik saja membuka hijab, tidakkah mereka rasa bersalah kepada Tuhan kerana menganggap perintah Allah untuk berhijab cuma sekadar lakonan? Atau mereka cuma menganggap diri mereka sebagai robot yang cuma bekerja untuk wang dan berhijab dalam lakonan adalah cuma demi wang, wang dan wang?
Robot?
Tiba-tiba JR teringat tulisan seorang ustaz (tak ingat di mana terbaca artikel itu) yang berkata dia diberitahu oleh seorang kru ada pelakon (lelaki dan wanita) yang berlakon solat dan berdoa cuma untuk babak itu saja. Maksudnya mereka cuma berada atas sejadah untuk melakukan babak tahyat akhir (itu pun cuma untuk mengalih muka ke kanan dan ke kiri) diikuti dengan berdoa (dengan suara yang kuat!). Kata ustaz itu apa salahnya jika mereka benar-benar melengkapkan solat mereka dari takbiratul ihram hingga ke tahyat akhir (jika mereka dah melakukan solat fardhu, tidak salah mereka melakukan solat sunat). Ketika itu krew bolehlah ambil gambar, ambil gambar dalam keadaan mereka bersolat yang sebenar-benarnya dan bukan cuma berlakon. Sekurang-kurangnya pelakon dan kru yang terbabit dapat juga pahala untuk babak itu...
Sekian saja untuk celoteh tengahari Jumaat hari ini...JR nak pergi mandi kerana sebentar lagi nak ke Masjid Al-Bukhary untuk tunaikan solat Jumaat.....
Pada saya mereka lakukan semua tuh kerana kejahilan..tak tahu erti atau tuntutan sebenar berhijab,dlm hati masih sayang lg tuk menayang rambut..tuntutan skrip kena ikutlah pd mereka..kang pernah ade artis indo n yg balik haji bukak tudung sbb nak penuhi kontrak berlakon
ReplyDeletesemoga perbuatan mereka diberkati Allah. Amin.
ReplyDeleteBiasa la tu pelakon malaysia. penuh dengan lakonan.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSayapun bkn peminat drama melayu jd tak kenalpun mana2 artis..yg sy kenal arwah tan sri p ramlee n saloma dn seangkatan dgnnya sbb mak abah suka tgk filem lama...(al fatihah utk yg dh arwah)
moga mereka yg dikatakan itu dpt hidayah satu masa nanti...
Kadang-kadang saya terfikir, lakonan yg mereka buat itu adalah sebuah cerita yg penuh dgn pengajaran, tapi di luar penggambaran, tak sama langsung dgn lakonan mereka. Macam tak amik iktibar dari lakonan yg telah mereka buat.
ReplyDeleteEntah, saya tidak berada di situasi mereka, mungkin saya ada terlepas pandang kot.
Saya cuma tertanya2 yg wanita bertudung tu masa berlakon pakai tudung, takde rasa lain ke? Yg skrg femes i love u mr arrogant tu. Heroin tu tak pakai tudung pon kat luar. Tapi ye... hidayah Allah tu kita tak tau. Sedangkan mizz nina pon dah bertudung skrg.
ReplyDeletenama pun pelakon
ReplyDeleteRamai yg begitu. Teringat kata2 ustaz Azhar perihal aurat ni. "ingat masuk neraka tu sekejap2 je ke"
ReplyDelete