Petang ini programme nak keluar ke pusat bandar dibatalkan kerana adik ipar (adik lelaki kepada isteri) dijangka datang rumah.
Tapi akhirnya yang nak datang tak jadi datang. Tak apalah, bukankah kita cuma merancang tapi Tuhan jua yang Maha Perancang?
Adik ipar JR (lelaki) biasanya datang bertiga - adik ipar, isteri dan seorang anak lelaki mereka. Anak itu pula bukan anak kandung, tapi anak angkat berusia 7 tahun.
Kesian mereka, kawin dah 10 tahun tapi belum dapat anak. Akhirnya terpaksa ambik anak angkat bagi memeriahkan rumah tangga. Dugaan Tuhan kan...
Teringat JR masa mula-mula kawin dengan kakaknya (isteri JR) dulu. Dua tahun kawin belum dapat anak. Hati dah risau takut ada yang tak kena. Manalah tau aku ni lelaki mandul yang ada masalah.. Tapi bila check di LPPKN kedua-dua kami suami isteri subur. Pakar di LPPKN minta bersabar dan minta memahami waktu subur isteri dan di kala waktu subur suami-isteri perlu rajin-rajinkan diri untuk buat projek lakukan hubungan intim.
Tapi begitulah jika Tuhan nak menguji, ikut semua nasihat pakar pun masih tak membuahkan hasil. Perut isteri masih tetap ramping macam anak dara Tingkatan Empat.
Ada seorang kawan nasihatkan tukar posisi tidur yang menjadi kebiasaan kita di atas katil. Yang selesa tidur di sebelah kiri dinasihatkan tukar ke kanan dan begitu sebaliknya. Entah apa hubungan tukar posisi tidur dengan dapat anak entahlah.
Seorang rakan lagi nasihatkan ketika mengadakan hubungan intim lapik punggung isteri dengan bantal dan lepas "selesai" isteri jangan bergerak setengah jam. Teori ini jika difikir ada juga logiknya.
Seorang rakan lagi nasihatkan ketika mengadakan hubungan intim lapik punggung isteri dengan bantal dan lepas "selesai" isteri jangan bergerak setengah jam. Teori ini jika difikir ada juga logiknya.
Sebenarnya banyak lagi teori dan nasihat-nasihat yang sesetengahnya sangat mengarut. Ada yang JR dan isteri cuba tapi yang tersangat mengarut (seperti jumpa bomoh) minta ampun...tak nak..
Tapi agaknya begitulah kot...buatlah apa pun - sama ada yang ada logiknya atau yang seperti mengarut - semuanya tak menjadi jika tanpa izinNya. Bertahun menunggu perut isteri masih tak mau gemuk-gemuk!
Tapi agaknya begitulah kot...buatlah apa pun - sama ada yang ada logiknya atau yang seperti mengarut - semuanya tak menjadi jika tanpa izinNya. Bertahun menunggu perut isteri masih tak mau gemuk-gemuk!
Yang paling tak seronok ialah bila sesekali balik kampung (masa tu JR kerja di KL). Soalan wajib aruah mak dan bapa ialah, "Hang ni bila lagi??"
Selalunya nak sembunyikan rasa tak senang, JR akan buat keloloh (dialek Utara bermakna buat lawak), "Bila lagi apa mak...bila nak makan ka? Bukan ka kami dah makan, tapi kalau mak nak masak sekali lagi boleh juga kami makan sekali lagi!"
"Tengok dia pandai kona nooo..." Kona bermakna tukar tajuk (berasal dari perkataan corner)
Satu lagi yang tak seronok bila berada dalam majlis-majlis yang ada ramai orang. Soalan kejam yang paling JR tak selesa ialah "Bila lagi nak dapat...." atau "Mai berdua saja ka..bila nak bertiga??"
Adoiiiiii, ketika itu rasa macam nak curi sayap burung garuda, pasang di badan dan terbang tinggi-tinggi meninggalkan majlis. Benci betul...soalan yang sangat tak lucu dan sangat menyinggung!
Tapi begitulah takdir Tuhan. Lambat bermula tak bermakna lambat selamanya....
Akhirnya lepas 3 tahun kawin dapatlah juga anak lelaki. Selang setahun seorang lagi anak lelaki lahir.
Kemudian bermulalah kes tak sempat brek...
Korang tau apa makna "tak sempat brek"?
Maknanya JR dan isteri tiba-tiba menjadi TERSANGAT-SANGAT SUBUR. Pantang bersentuh dengan izin Allah terus jadi anak!! Pada hal dulu bersentuh habis-habisan masih tak mau jadi anak...hihihi..
Maka itulah yang jadinya anak ketiga, keempat dan kelima lahir setiap tahun berderet-deret. Semuanya lelaki.
Lepas itu lahir pula anak keenam...seorang perempuan.
Lepas dapat enam anak JR dan isteri buat keputusan untuk berhenti melahirkan anak. Kalau nak diikutkan hati agaknya boleh dapat 4 anak lagi kata isteri, tapi JR dah tak larat berjaga malam untuk buat susu bayi. Six is enough...
Kepada yang lewat dapat anak harap bersabar. Selain dari berikhtiar dengan teori sains dan teori orang tua-tua, yang paling penting ialah berdoa kepada Dia Yang Maha Mendengar. Ini kerana dalam Islam sendiri terdapat beberapa doa untuk diamalkan yang moga-moga akan diperkenankan Allah.
Antara doa yang disyorkan dibaca ialah berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Kedua, berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat, semoga doa kita dimakbulkan Allah...
Dan doa adalah tips yang paling mujarab. Manakala teori sains dan teori orang tua-tua serta sahabat cuma sebahagian dari ikhtiar...
Dan doa adalah tips yang paling mujarab. Manakala teori sains dan teori orang tua-tua serta sahabat cuma sebahagian dari ikhtiar...
ibu_suri pula subur tak dan brek. Anak pertama lahir 7 bulan. lepas pantang tu cadang nak ke LPPKN kononnya nak minta nasihat merancang keluarga.
ReplyDeleteHuu.. tak jadi pi sebab tau-tau dah lekat satu lagi.
Lepas tu mula merancang keluarga. Amik kau... sampai sekarang tak dapat sebab asyik gugur.
Last sekali ambil anak angkat.
Nasihat IM... kalau nak merancang jangan sekali-kali ambil pil perancang. ianya akan melemahkan sistem peranakan...
kita xdpt puaskan hati suma org...msa blum dpt ank org kn tnya bila mo dpt anak? bila uda dpt tnya yg ke-2 plak bila???
ReplyDeletehttp://jumnutriblog.blogspot.com/2013/06/meal-shakes.html
semuanya perancangan Allah kan?shbt saya 11 tahun kahwin baru dapat anak, setahun setengah kemudian dapat sorang lagi..Alhamdulillah..setiap sesuatu ada hikmahnya..
ReplyDeletemasalah keturunan juga jd penyebab... dan masalah dalaman juga berisiko... so kalau nak anak ,..kesihatan luar dalam kena tip top...ehe....saya dl berpengalaman tahan panas telinga jiwa dan raga 9 tahun di tanya bila nak beranak...akhirnya keluar juga mia setelah 9 tahun kawen...fuhhh..lega... sekarang ditanya pulak...bila nak bg mia adik ?...adusssss..... rasa nak pinjam sayap sayap garuda gak ni,...tapi...tklah perasaan tu seteruk ditanya bila nak dapat anak....ehe.... sesungguhnya,..Allah punya perancangan ..kita pasrah dan berdoa sajalah...kalau tak usaha manakan dapat hasil...kan..
ReplyDeletedari pemerhatian cikda - manusia ni ada je la yg tak puas hatii, lambat kawen tanya bila nak kawen, dah kawen tanya bila nak dapat anak, dah dapat anak tanya bila nak menambah.. dah tambah tanya pulak..asik beranak je kerja kau ye.. hahahhaha...
ReplyDeletesyukur JR ada 6 rezeki cikda cuma 4 setakat ini..
Saya dah berkahwin 1 tahun 5 bulan, belum dikurniakan anak..February aritu mengandung tapi ectopic pulak..belum rezeki agaknya. Harap-harap ada la rezeki zuriat buat saya nanti, Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari semua perancangan kita..harap waktu itu cepat tiba..
ReplyDeleteada jugak ke yang tak sempat brek..
ReplyDeletehehehhehe