»

04 June 2013

Misteri Korek Tahi Hidung


Terlebih dulu JR minta maaf jika entri ini mematikan selera korang yang sedang nak mengadap makanan. Maaflah ye....Kalau ada yang rasa tak selesa, simpanlah dulu entri JR ni, baca lain kali....




Korang pernah korek tahi hidung? Soalan bodoh kan...mesti semua orang pernah membuang sisa-sisa kotoran di hidungnya, tak kira dia VVIP atau cuma seorang pengemis jalanan. Betul kan apa yang JR kata, ada yang tak setuju??

Seorang doktor yang terlebih rajin bernama Dr Victor Laslo telah membuat satu kajian terhadap mereka yang sering mengorek tahi hidung. Berdasarkan kajian ilmiahnya seperti yang termuat di dalam  Journal of Psychiatric Development, bertajuk "How You Pick Your Nose Ditermines Your Personality" keperibadian seseorang itu boleh diukur menerusi cara dia mengorek tahi hidung:

1. Korek-korek Sendirian 




Menurut Dr Lazlo, mereka yang suka mengorek hidung secara diam-diam atau mengorek di tempat tertutup, mereka adalah jenis pemalu, kurang terbuka, konvensional, suka menghindari imaginasi asing, kurang kreatif dan kurang imaginatif.

Banyaknya perkataan kurang....


2. Korek Di Depan Umum 






Mereka yang berani mengorek hidung di depan umum tanpa rasa bersalah dan malu pula mengikut Dr Lazlo adalah tanda-tanda orang yang memiliki sikap berani, terbuka, imaginatif, kreatif, suka berterus terang, tidak hipokrit, tidak suka menyimpan rahsia dan artistik. 


3. Membiar Hidungnya Dikorek Oleh Orang Lain 



Mengikut Dr Lazlo, orang yang suka membiarkan hidungnya dikorek oleh orang lain (ada ke orang macam ini?)  adalah dari jenis manusia yang paling keji di muka bumi ini. Mereka adalah  tipikal orang yang suka bermanja-manjaan, pemalas, egois, suka memaksakan kehendaknya dipenuhi oleh orang lain, mementingkan diri sendiri dan yang paling buruk mereka jenis yang suka bahagia di atas penderitaan orang lain.


4. Mengorek Hidung Orang Lain 




Orang yang suka mengorek hidung orang lain (ada ke orang macam ini?) adalah tipikal orang yang sangat-sangat egois, pengotor, ingin menang sendiri, impulsif dan tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki dan tanpa rasa bersalah sentiasa tergamak merampas hak-hak orang lain yang bukan hak mereka.


5. Salah Korek



Biasanya orang mengorek di hidung tapi jenis ini pula suka mengorek matanya. Jika ini terjadi pada diri korang, ini menandakan korang jenis manusia mudah lupa, sering salah persepsi, tidak konsisten dan suka menyakiti diri sendiri.


6. Mengorek Secara Lahap Ala Aksi Pencari Harta Karun 



Seperti pencari harta karun, mereka memiliki sikap mudah cemas, gelisah, tidak yakin dengan kerjanya, selalu merasa tidak tenteram, emosional, dan suka memberi idea-idea yang tidak realistik.

Ada 6 cara mengorek tahi hidung. Korang suka cara mana????

9 comments:

  1. ya tuhannnnnnnnn

    pening kepala baca dan tgk , x reti nak komen ! muhahaha

    ReplyDelete
  2. Hahaha.... Saya seboleh2nya takkan korek hidung depan orang walaupun adik beradik sendiri...... :D

    ReplyDelete
  3. hahahaa... mujur saya jenis jarang makan tengahari.

    korek hidung ni sama nikmat macam korek telinga...

    ReplyDelete
  4. hihihi...tak pernah korek depan umum...malu..

    ReplyDelete
  5. ada lelaki selamba ja korek hidung kat public...lagi satu yg suka buang kahak..eiii...pengotor betul..

    ReplyDelete
  6. hahahaha bolat penah buat korek hidung depan umum . tpi pakai tisu lah -,-

    ReplyDelete
  7. JR buat IM tak lalu nak telan nasi laa...

    ReplyDelete
  8. bahaya nyer yang salah korek tu..

    ReplyDelete
  9. hahaha..makin lama makin dasat cara org korek hidung.. cara 1 dan 2 tu biasala kan.. yg seterusnya tu.. adehhhh...!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....