Saya tertarik dengan komen "mahu doktor wanita" oleh seorang pembaca Sinar Harian dalam ruangan interaktif baru-baru ini. Saya sokong komen beliau.Untuk pengetahuan pembaca Sinar Harian, saya seorang suami dan bapa kepada tiga anak. Saya teraksa tanpa rela bila aurat isteri saya diperhatikan dan disentuh doktor lelaki setiap kali kelahiran anak-anak saya. Betapa luluhnya hati saya dan jatuhnya maruah sebagai suami mendengar keluhan isteri dalam menanggung kesakitan semasa melahirkan terpaksa lagi menanggung malu kerana doktor-doktor lelaki yang menyambut kelahiran. Jururawat wanita hanya membantu. Apakan daya dengan pendapatan yang kecil tak mampu untuk ke hospital swasta yang menyediakan doktor wanita. Andai kata khidmat bidan kampung masih dibenarkan seperti dulu, saya lebih rela menggunakan khidmat mereka. Malaysia adalah negara Islam tapi pelaksaannya bagaimana? Kementerian Kesihatan tolong ambil perhatian masalah ini - SUAMI YANG DIDAYUSKAN, BAKAR ARANG SP.
Sebenarnya apa yang diceritakan oleh pembaca Sinar Harian yang menamakan dirinya sebagai Suami Yang Didayuskan itu bukan cerita baru. Rasanya berjuta-juta suami di Malaysia (termasuk JR) yang pernah mendengar cerita itu dari isteri mereka. Kisah doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka, kisah doktor-doktor pelatih lelaki dan perempuan yang memerhatikan proses kelahiran isteri mereka, melihat anggota sulit isteri mereka bukan cerita baru. Ia cerita yang wujud sejak hospital kerajaan wujud di Malaysia berpuluh tahun dulu.
Jumlah suami yang 'terpaksa tanpa rela' membenarkan aurat isteri mereka diperhati dan disentuh oleh doktor-doktor lelaki agaknya berjuta-juta orang, JR sendiri salah seorang darinya. Jika suami yang menulis dalam Sinar Harian hari ini itu menamakan dirinya sebagai Suami Yang Didayuskan, dia bukan satu-satunya suami yang didayuskan di Malaysia. Ada berjuta-juta orang lagi suami yang didayuskan di Malaysia, JR salah seorang darinya kerana semua keenam-enam anak JR lahir di hospital kerajaan.
Tapi mengikut isteri JR yang juga berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, tidak semua kelahiran menggunakan khidmat doktor lelaki. Dalam kes-kes kelahiran biasa cuma jururawat wanita yang menyambut kelahiran bayi. Cuma dalam kes-kes kecemasan saja barulah doktor lelaki yang menyambut kelahiran. Tapi dalam keadaan sekarang di mana doktor wanita di wad sakit puan & perbidanan (O&G) semakin ramai, seberapa boleh doktor wanita akan menyambut kelahiran bayi.
Apa pun bagi JR sepatutnya ada peraturan khas yang cuma membenarkan doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi seperti yang diamalkan di beberapa negara Islam seperti Arab Saudi dan Iran.
Malaysia selalu berbangga kita adalah negara Islam contoh, sepatutnya sebagai negara Islam contoh kes doktor lelaki menyambut kelahiran wanita yang bukan muhram mereka tidak berlaku di negara ini. Jika pun ada masalah kekurangan doktor wanita di wad O & G, tidakkah ia masalah yang tak dapat diatasi???
tau takpe....
ReplyDeletewalaupun waktu darurat tapi perasaan malu tu memang menebal..
tu komen kawan2 ita yang dah bersalin...
Nampaknya, semakin ramai doktor perempuan akan mengisi kekosongan ini kerana pelajar U sekarang ini khabarnya lebih dimonopoli oleh mereka.
ReplyDeletemudah2an kerajaan pandang serius jugak perkara ni. tapi bila dah kecemasan, kepakaran doktor lelaki diperlukan. pengalaman cikda ada seorg pakar perbidanan di putrajaya, dia tak masuk labour room kecuali ada kecemasan, dia hanya monitor dari luar sahaja..
ReplyDeleteMasa saya bersalin dulu mmg doktor pompuan yg sambut sbb saya request. Doktor tu pun pelatih. Tak kisah la janji pompuan. Cuma yang takbestnya, bila doktor pelatih lelaki berbangsa cina pun still ramai lalu lalang di dalam labour room check heart beat la, check ntah apa benda lagi. Org tengah sakit nak bersalin, terpaksa jugaklah pakai tudung dengan serabai dan serabutnya sbb lelaki2 tu ada.
ReplyDeleteCEO wanita..sibuk dilatih bagai. Katanya kita kurang ceo wanita. Tapi doc bersalin wanita tak pulak dibuat usaha utk tambah...pdhal ini lagi penting. Keliru mungkin?
ReplyDeletekalau bersalin kat spital kerajaan...pesakit mcm bahan ujian doktor2 pelatih...
ReplyDeletetak tercapai ta nak up date blog ta.
ReplyDelete