Kejadian yang nak JR ceritakan ini berlaku ketika JR belajar di sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang berpuluh tahun dahulu.
Ketiga itu JR di Tingkatan 3. Kebanyakan pelajar lelaki kelas kami nakal-nakal sikit. JR rasanya tak lah begitu nakal, tapi kadang-kadang nakal la juga. Maklumlah ketika itu hormon seks baru nak berkembang, nak ambil perhatian budak-budak perempuan dalam kelas kenalah tunjuk sifat 'hero' sikit...
Guru geografi kami ketika itu bernama cikgu Hashim (maaf, nama ayahnya dah lupa!!). Dia terkenal dengan suara ketawanya yang sangat kuat.
Suatu hari cikgu Hashim mengajar tentang peredaran musim di negara-negara beriklim sederhana. Lalu cikgu menulis di papan hitam tentang empat musim di negara beriklim sederhana:
~ musim panas
~ musim bunga
~ musim luruh
~ musim sejuk
Lepas itu cikgu Hashim melukis peta tentang negara-negara yang ada empat musim itu.
"Cikgu nak pergi tandas sekejap. Kamu salin apa yang cikgu tulis di papan hitam tu.." kata cikgu Hashim sambil berjalan keluar kelas.
Bila saja cikgu keluar kelas, kami pelajar lelaki mula buat bising. Ada yang menyakat sesama sendiri, ada yang menaikkan kapal terbang kertas ke udara, ada yang berada di depan kelas membuat lawak bodoh..
"Hoooiiii duduk...cikgu Hashim dah balik!!" tiba-tiba terdengar jeritan amaran seorang murid perempuan.
Semua murid berlari dan duduk di kerusi masing-masing.
"Dah habis salin yang cikgu suruh tadi?" tanya cikgu Hashim.
"Belum habis cikgu..." terdengar suara ramai yang hampir serentak.
"OK salin cepat" arah cikgu.
Semua murid diam, mata memerhati papan hitam sambil tangan melakar peta dan menulis tentang empat musim iklim sederhana di dalam buku latihan.
"Cikgu, nak tanya sikit" tiba-tiba seorang murid perempuan bersuara.
"Tanyalah.." kata cikgu Hashim.
"Pasal apa musim luruh tu pelik sikit bunyinya?" sambil jarinya menunjuk ke papan hitam.
Semua mata pelajar dan guru tertumpu ke arah tulisan di papan hitam:
"Empat Musim Di Negara Iklim sederhana:
1. musim panas
2. musim bunga
3. musim luruh daun-daun berguguran ke tanah
4. musim sejuk"
Satu kelas ketawa bila terbaca tentang "musim luruh daun-daun berguguran ke tanah". Musim luruh memang ada, tapi mana pula ada "musim luruh daun-daun berguguran ke tanah"?
"Sapa pandai tambah-tambah 'musim luruh daun-daun berguguran ke tanah ni'? Sapa??" tiba-tiba cikgu Hashim bercakap kuat macam petir membelah kelas.
"Sapa tulis cikgu minta mengaku cepat!!" kata cikgu sambil menarik rotan dari dalam laci mejanya, "Mengaku cepat!!"
Tapi tak ada siapa yang mengaku. Macam mana nak mengaku, tengok rotan tu pun dah kecut perut!
Cikgu Hashim meminta lagi sesiapa yang menconteng papan hitam itu membuat pengakuan. Selepas kira-kira 10 minit tak siapa mahu buat pengakuan cikgu Hashim berkata, "OK...kamu tak mau buat pengakuan sekarang tak apa. Hari ini cikgu tak mau ajar kamu, cikgu nak boikot kelas ni sampai salah seorang kamu mengaku. Sebelum kamu balik rumah nanti cikgu nak orang berkenaan datang jumpa cikgu di bilik guru."
Cikgu Hashim keluar kelas, walaupun masih ada masa setengah jam untuk kelas geografi habis. Merajuklah tu!
Murid-murid dalam kelas saling tuduh menuduh sapa yang buat kerja tak senonoh tu hingga cikgu Hashim memboikot kelas.
Esoknya (hari Jumaat), cikgu Hashim tak masuk kelas georafi langsung. Nampaknya cikgu Hashim masih merajuk kerana tak ada seiapa yang mahu buat pengakuan.
Hari Sabtu dan Ahad seperti biasa sekolah cuti. Hari Isnin tak ada kelas geografi.
Hari Selasa tiba-tiba cikgu Hashim masuk kelas. Satu kelas lega kerana Cikgu Hashim tak boikot kelas kami lagi. Dia pun dah tak cakap lagi tentang catitan nakal di papan hitam "musim luruh daun-daun berguguran ke tanah".
Lama-lama apa yang berlaku itu semua kami satu kelas dah lupa, seperti juga cikgu Hashim yang tak pernah mengungkitnya lagi.
Lebih kurang lapan tahun lepas itu, suatu hari JR yang ketika itu dah bekerja di sebuah pejabat di Jawi, Pulau Pinang bertemu secara tak sengaja dengan cikgu Hashim di atas feri Pulau Angsa yang ketika itu sedang bergerak dari Butterworth ke Pulau Pinang. Lama juga JR mengingatkannya tentang siapa JR, maklumlah dah lapan tahun tak jumpa menyebabkan cikgu Hashim tak berapa ingat lagi tentang JR. Fizikal JR yang kurus kering di Tingkatan Tiga dah berubah sikit (mula ditumbuhi isi), muka licin baby face dah dipenuhi misai dan jambang, ia menyebabkan cikgu Hashim mengambil masa untuk mengingati siapa JR.
Kami berpelukan selepas itu. JR mencium tangannya dan mengucapkan terima kasih kerana tanpa dia dan guru-guru lain tak mungkin JR berjaya memasuki menara gading dan mendapat pekerjaan yang agak baik.
Kami berborak panjang atas feri. Sehingga JR terlupa nak menyatakan sesuatu kepadanya....
Lepas itu JR tak pernah berjumpa dengan cikgu Hashim lagi.
Sehingga sekarang JR tak tahu sama ada cikgu Hashim yang mesti sudah lama bersara itu masih hidup atau tidak. Jika dia masih hidup, semoga dia sentiasa sihat sejahtera...
Kepada cikgu Hashim (jika masih hidup) JR ucapkan SELAMAT HARI GURU.
Satu lagi JR nak minta maaf kepada cikgu Hashim.....
Maafkan saya cikgu, kerana sayalah murid nakal bertangan gatal yang pernah menconteng papan hitam hingga membuat cikgu pernah merajuk dan boikot kelas kami. Maafkan saya cikgu kerana pernah menyakiti hati cikgu tapi tak sempat memohon kemaafan ketika itu....
Maafkan saya......
bila baca n3 JR ni otomastik cikda pulak teringat kenakalan cikda time sekolah dulu.. huhuhu.. tak tau la pengawas ke..penganas ke..mawas ke aku ni..
ReplyDeletehahahha...dah jiwang jadinya musim luruh tu...
ReplyDeletejr..ko tahu tak ada orang mengaku dia yang tulis bende tu pada hari isni, jadi masuk lah cikgu pada hari selasa..
ReplyDeletesiapa? forever unknown..ahaks
IM pasti guru itu dah memaafkan anak muridnya yang 'baik' itu...
ReplyDeleteLawak becampur sedih pulak entri ni. Hehe.. biasa la zaman zaman sekolah mesti nakal sikitkan
ReplyDeletehaha..comel, cikgu pun mesti dah maafkan anak-anak muridnya itu..
ReplyDeleterajinnya jay ar menulis..
ReplyDeleteBudak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
ReplyDeleteMungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!