Ni yang nak marah ni. Dah kali kedua kena tipu. Pisang dah berbuah 2 kali, cissssss.......
Kali pertama lebih kurang 3 tahun dulu. Anak pertama JR kena tipu. Ada orang gunakan namanya untuk mendapatkan 4 simkad Celcom. Dia pun tak tau ada 4 simkad Celcom kerana dia cuma pakai satu talian maxis (prepaid). Bila Celcom telefon minta settle hal ini baru dia tau ada orang guna namanya untuk beli 4 simkad Celcom, kemudian lanyak cakap sebanyak-banyaknya. Campur-campur jumlah 4 talian yang memakai namanya itu digunakan untuk bercakap dan SMS hingga mencecah lebih RM2,000!
Bila dia pergi ke pejabat Celcom, mereka nasihatkan buat laporan polis, kemudian isi borang. Agaknya dah settle kot isu ni sebab lepas serah laporan polis dan isi borang yang diberi oleh Celcom, perkara itu pun senyap sampai sekarang...
Tapi hari Khamis lepas Celcom menelefon anak nombor tiga pula yang kini sedang bercuti panjang semester 2. Kes sama seperti anak nombor satu berulang lagi - ada orang guna namanya untuk beli simkad Celcom kemudian pakai talian itu (postpaid) untuk bercakap dan SMS sebanyak mungkin.
Petang semalam JR bawa anak nombor 3 ke Celcom. Pegawai Celcom beritau ada seseorang menggunakan namanya untuk membeli simkad Celcom di Kuala Lumpur pada Ogos tahun lepas. Ketiga-tiga bil Celcom yang menggunakan nama anak itu berjumlah lebih kurang RM500.
Anak JR tidak pernah ke KL pada tahun lepas kerana dia sedang belajar di UTeM Melaka. Kali terakhir dia ke KL ialah lebih 2 tahun lepas ketika kami menghantar abangnya belajar ke UTHM Johor.
Bagaimana mereka boleh menggunakan namanya?
Kata anak nombor 3 JR dia pernah dapat simkad percuma Celcom ketika bekerja sementara dengan ejen Celcom masa tunggu SPM bulan Januari hingga Mac tahun lepas. Biasalah sebelum dapat simkad kena isi borang, beri IC dan lain-lain. Mungkin butiran peribadi anak JR digunakan oleh mereka yang tak bertanggung jawab untuk memohon simkad baru, bukan 1 tapi 3 simkad serentak! Dalam kes anak pertama JR dulu pun lebih kurang sama juga, dia mendapat simkad percuma Celcom dari seorang agen Celcom, tapi butiran peribadinya kemudian digunakan untuk mendapatkan 4 simkad Celcom atas namanya.
Seperti kes pertama, pegawai Celcom nasihatkan anak JR pergi ke balai polis untuk buat laporan polis. Kemudian balik isi borang aduan Celcom dan lepas itu serah laporan kepada Celcom. Celcom kemudian akan menyiasat kes ini.
Leceh betul bila perlu buang masa untuk settle benda-benda yang bukan salah kita...
Tapi yang herannya mengapa cuma Celcom saja yang jadi kes penipuan seperti ini? Maxis dan DiGi, ada kes-kes penipuan seperti ini juga ke?
Apa pun, korang perlu berhati-hati ketika mengisi borang maklumat peribadi kerana di zaman ini ramai orang tak takut neraka berada di sekeliling kita.....
Berat jugak ni...zaman skrg ni mmg byk hal yg kena isi info peribadi. Teraniaya sungguh..
ReplyDeletetu tkut tu . haishh
ReplyDeletelaporan cuma tinggal laporan. kita tak nampak pun tindakan proaktif oleh pengendali talian ni (maxis pun ada) sampai kes macam ni dah banyak kita dengar.
ReplyDeletekalau kena sampai 2k..mau berapi marah...kalau saya ,rm10 pun saya tak akan bayar jika saya tak mengunakannya..
ReplyDeleteSaya pun tak habis2 dihubungi pihak celcom menuntut bayaran sebab kawan serumah saya dulu curi2 guna nama saya utk simkadnya dan sekarang dia pun entah di mana.... Cis sungguh....
ReplyDeletebuat aduan ke TTPM. Borang B1 tu post kat celcom dan ejen2nya. Minta penguatkuasa KPDNKK ambil tindakan. cikda pun geram bila dgr byk kes celcom ni. nak ambik tindakan takde locus standi pulak..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebro saya pernh terkena sekali masa tu saya kerja kat kl.waktu itu saya nak balik kg so sy kena duduk kt perhentian sementara tunggu bas sy mari.
dtg sorng budak llki. cam bro cakap tu le..isi borang bagai pastu dia bg sim kt sy.
sy tak guna..tahu2 3 ke 4 bulan cma tu sy dpt surat dr celcom.sy terkejut bila masa saya guna..pastu sy pi bandar melaka.yang pelik depa kata sy kena bayar dlm rm400 lebih klu tak sy kena bt laporan polis..
pastu buat laporan polis kes tu diam jerlah.tapi yg sy agak geram surat celcom blh dtg balik kt alamt kg saya.
mmg saya benda tu still berjalan.sy pun malas nak layan.klu dpt surat celcom paling kuat sy bt laporan sb sy tak pakai..bukan sy berdaftar,depa kata tak berbayar.mustahil sy pakai celcom sb setahu sy sy mmg setia dg talain yg lain, yg lebuh di percayai.smapi skrg sy band celcom bab2 nak bli krdit ke , prepit ke sim kad ker...
sy pelik bila kes masih lagi berlaku.sy pikir sy sornag sahaja yang terkena..
Budak Kilang buat RM48,500 Part-Time!
ReplyDeleteMungkin anda tidak percaya, begitu juga dengan saya pada
mulanya. Mana mungkin budak kilang boleh buat duit sebanyak
itu dengan internet? Tapi...
Selepas beliau tunjukkan sendiri bukti akaun bank, saya
sendiri terpegun bagaimana seorang cikgu mampu menjana
RM48,500 dari rumah secara part time hanya dengan menggunakan
sistem yang sungguh luar biasa ini.
Apa?? Rupanya ramai lagi yang buat duit...
Hisham (RM107,850 +)..cikgu!
Nuraimi (RM25,50 +)... penyelia!
Norazlina (RM28,000 +).. kerani!
Akmar (RM38,000 +)..surirumah!
Masrule (RM48,500 +)..IT!
Syed (RM17,000+).. pensyarah!
Nazrim (RM10,500 +)..nurse!
Ramzi (RM5000+)..JKR!
Kamil (RM5800+)..pencen!
Purnama (RM8500+)..surirumah!
Zahid (RM8000+).. pensyarah!
Adizakry (RM4000+)..budak pejabat!
Fazlisyam (RM8000+)..pelajar!
Shamsul (RM4000+)..koje gomen!
Faiz (RM10,000+).. student kat Ireland!
Syahmi (RM4000+)..budak cyber!
Syahrul (RM4000+)..budak kilang!
Safian (RM2000+)..usahawan!
Anda boleh lihat keajaiban sistem PERCUMA disini:
--> http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/paisa
Bukan itu sahaja, anda tentu akan terperanjat apabila melihat
bukti Mr. X menjana RM217,72.15 pada bulan Mei 2009 sambil
melepak di Starbucks dengan menggunakan sistem yang sama!