Tentu korang tau kan 5 Mei 2013, tarikh keramat PRU-13 itu jatuh pada hari Ahad. Korang di negeri lain tak apalah, Ahad memang hari cuti, tapi bagi mereka di Kedah, Kelantan dan Terengganu, Ahad hari bekerja.
Susah sikitlah hari bekerja nak pergi mengundi. Tak kan nak pergi buang undi lepas balik kerja pukul 5.00 petang. Kalau pergi pukul 5.00 petang bukan saja tak boleh buang undi, tong undi pun dah tak ada lagi sebab telah dibawa ke dewan pengiraan undi. Ini kerana waktu mengundi cuma dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kalau sampai tempat mengundi dekat-dekat pukul 5.00 petang mungkin petugas SPR boleh benarkan mengundi, tapi kalau sampai pukul 5.01 petang, kalau dibenarkan mengundi juga itu dah melanggar peraturan pilihanraya...tak mungkin pegawai tempat mengundi benarkan.
Oleh itu bila pagi tadi MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mengisytiharkan 5 Mei sebagai cuti umum di Kelantan tentu satu berita baik untuk pengundi Kelantan. Menurut Tok Guru, cuti diberi bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat Kelantan yang layak mengundi untuk keluar mengundi pada hari tersebut.
Tapi di Kedah negeri JR tinggal sekarang, tak dengar pengumuman cuti pada 5 Mei pun. Maknanya 5 Mei kena kerjalah. Itu yang susahnya, kalau kerja sendiri lainlah. Tapi bila kerja dengan orang, nak pergi mengundi ia tertaklok kepada kebenaran boss. Boss memanglah akan benarkan pergi mengundi, kalau tak benarkan salah pula mengikut undang-undang. Cuma boss kena pandailah mengatur waktu untuk stafnya keluar mengundi, jangan pula sampai tempat kerja perlu ditutup kerana semua staf keluar serentak untuk mengundi.
Tapi jika kerajaan negeri Kedah isytihar cuti pada hari itu seperti Kelantan lagilah baik. Tak payah pening kepala fikir bagaimana nak mengundi....
kat Trengganu tak umum lagi kot.
ReplyDeletetakpalah..kalau dah menetap...kami ni dr klang nak balik mengundi di Gerik...kalau 6 haribulan isnin tu cuti...bagus gak.... tak pasal2 kena ambil cuti tau 6 hb tuu...
ReplyDeleteharap kedah cuti jugak la...nanti menganggu pulak,sekolah dijadikan tempat mengundi....
ReplyDeleteApa motif buat mengundi hari Ahad? Erm... Faham-faham sendiri la kenapa kan..
ReplyDeletehahaha undi undi undiiii .
ReplyDeletenasib mengundi kat KL :)
ReplyDelete1 undi pun dikira juga
ReplyDelete