Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai (kata pepatah lama).
Kalau takut difitnah dan dimalukan jangan masuk politik (kata pepatah rekaan JR)
Itu sebab kot JR tak aktif dalam politik. Sebab JR penakut! Orang takut tak layak masuk politik. JR memegang janji dengan allayarham ayah JR dulu yang tak suka anak-anaknya bergiat dalam politik.
"Di Malaysia bukan macam negara orang putih" masih terdengar kata-kata allayarham ayah JR. "Di sini politik itu dah jadi poli-taik (poli-tahi). Politik di sini kotor macam tahi, bukan politik, tapi poli-taik..."
Menjelang PRU-13 ni makin terserlah gaya politik kotor pemain-pemain politik kita. Memang betul seperti kata allayarham ayah JR, bukan politik tapi poli-taik...
Dua hari lepas sedih bila baca berita tentang seorang penyokong parti politik (PKR) di Terengganu yang dibelasah oleh anggota parti satu lagi hingga dia cedera parah. Punca dia diserang cuma kerana berebut tempat letak bendera. Perkara kecik sangat bagi JR soal tempat letak bendera tu. Tak patutlah mereka memukulnya sampai separuh mati hanya kerana bendera. Sekarang kes pukul sampai cedera parah kerana politik (poli-taik) itu dah jadi kes polis, 4 orang dah kena tangkap polis.
Dua hari lepas sedih bila baca berita tentang seorang penyokong parti politik (PKR) di Terengganu yang dibelasah oleh anggota parti satu lagi hingga dia cedera parah. Punca dia diserang cuma kerana berebut tempat letak bendera. Perkara kecik sangat bagi JR soal tempat letak bendera tu. Tak patutlah mereka memukulnya sampai separuh mati hanya kerana bendera. Sekarang kes pukul sampai cedera parah kerana politik (poli-taik) itu dah jadi kes polis, 4 orang dah kena tangkap polis.
Sebelum itu baca di internet kisah penyokong-penyokong sebuah parti sedang giat menyebarkan video seks menyerupai seorang pemimpin tertinggi Pas (Datuk Mustafa Ali). Sebelum itu juga pernah diedarkan video seks menyerupai dua orang pemimpin tertinggi PKR (Anwar Ibrahim dan Azmin Ali). Selain itu ada juga terbaca video seks menyerupai Nurul Izzah Anwar sedang disunting dan akan diedarkan tak lama lagi.
Yang terbaru kabarnya mereka nak keluarkan video seks Nik Aziz dengan seorang wanita Arab di Mekah pula. Beritanya di sini...
Masyaallah, apa nak jadi dengan Malaysia ni???...Memang poli-taik!!!
Yang terbaru kabarnya mereka nak keluarkan video seks Nik Aziz dengan seorang wanita Arab di Mekah pula. Beritanya di sini...
Masyaallah, apa nak jadi dengan Malaysia ni???...Memang poli-taik!!!
Dan hari ini JR terbaca pengakuan Aishah, bekas penyanyi band Fan Club dari New Zealand yang popular dengan lagu "Janji Manismu" dan lagu raya "Pulanglah" menyatakan dirinya juga hampir-hampir menjadi mangsa fitnah.
Aishah pernah menjadi penyanyi band Fan Club dari New Zealand
Aishah yang kini menjadi ahli Pas berkata rumahnya pernah ditebuk atap untuk dipasang kamera CCTV. Baru-baru ini Aishah yang berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand telah diumumkan sebagai calon pilihanraya Pas untuk Parlimen Jempol Negeri Sembilan.
Nasib baiklah atap rumah Aishah bocor dimasuki hujan dan dia menemui kesan-kesan tebukan untuk memasang CCTV.
“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita.." kata Aishah.
Bayangkan jika pihak itu berjaya memasang CCTV dan mengambil gambar Aishah atau anak-anaknya dalam keadaan memalukan dan kemudian video itu diedarkan....
Jika korang berminat nak tahu cerita Aishah selanjutnya mengenai hal ini boleh baca di sini...
JR: Tiba-tiba rasa nak muntah dengan cerita video-video seks ini....Tak ada cara lain ke nak jatuhkan orang? Teringat cerita The Boy Who Cried Wolf...bila diulang-ulang skrip yang sama masihkah orang nak percaya?
tak baik tau main taktik kotor gini...
ReplyDeletesalam abang Jay Ar...
ReplyDeleteerm......hahahahhaha dah dah tgok...macam macam dunia politik nie....
ramai yang komen anom kat blog tu jay ar....
ada sorang tu pakar hackkers TA dapat ditect bila masuk blog tu...cepat2 tutup sebab dia nak tres IP TA..adoi..nak baca pon tak senang...
Bagi earning Jay Ar naik sikit......1 buat abang Jar Ar....
ReplyDeleteMacam-macam ragam politik Malaysia sekarang ni. Nasiib la tak berapa minat politik ni.
ReplyDeletekotor dan jijik...
ReplyDeletekerana politik,..yg cerdik pun makin tak berakal...semua nak dirakam..sampai bilik tido org...menci tol....tak malu agaknya...
ReplyDeleteSbnrnya...kalau mana2 parti nak menang sng je, jangan timbulkan hal yg tak elok mcm video seks ni. Tonjolkan imej bersih, baru org suka.
ReplyDelete