Hmmm...Nampaknya bahang pilihanraya semakin memanaskan iklim Malaysia yang sememangnya sudah sedia panas ini. Punyalah panas bahang pilihanraya sampai ada yang dah boring tengok TV sebab dipenuhi kempen dan propaganda pilihanraya...
Antara yang paling panas dua tiga hari lepas ialah berita penyanyi yang popular dengan lagu "Janji Manismu", Aishah akan bertanding pilihanraya di bawah tiket PAS untuk kerusi Parlimen Jempol. Aishah penyanyi yang berkelulusan dari University of Aucland, New Zealand dalam bidang Political Sciense memang sesuai menjadi ahli politik kerana bidang kelulusannya juga adalah sains politik.
Tapi malam tadi ada satu lagi berita panas: seorang lagi penyanyi dikatakan akan mencuba nasib untuk menjadi Yang Berhormat (YB). Dia ialah Awie, penyanyi rock yang begitu kontroversi dengan imej samseng dan suka bertumbuk. Awie dikatakan akan dicalonkan oleh BN untuk bertanding di Bukit Bintang, kawasan hitam Kuala Lumpur yang banyak kelab malam dan jenayah. Awie dikatakan sesuai bertanding di kawasan Bukit Bintang kerana latar belakang kawasan itu sendiri.
JR sendiri tak pasti sama ada berita dari sumber Erapasca seperti di bawah ini memang benar atau cuma satu jenaka?
Gempar! Maklumat Bocor, Artis Awie Calon Boleh Menang P 120 Bukit Bintang!
Tuesday, April 9, 20139 341 comments
0 0Delicious0 New
Kuala Lumpur - by @tiewnama
mendapat dari maklumat sulit dari wisma putra, calon Barisan Nasional untuk
parlimen P 120 Bukit Bintang. awie atau nama sebenarnya ahmad azhar yang popular
dengan lagu ''hidup umno'' akan di berikan kerusi itu.
kerana secara kajiannya, awie adalah seorang artis dan calon boleh menang di bukit bintang
yang mempunyai ribuan PUB PUB dan KELAB MALAM bertaraf seperti siam, sudah
pasti awie akan di sokong di sana.
mendapat dari maklumat sulit dari wisma putra, calon Barisan Nasional untuk
parlimen P 120 Bukit Bintang. awie atau nama sebenarnya ahmad azhar yang popular
dengan lagu ''hidup umno'' akan di berikan kerusi itu.
kerana secara kajiannya, awie adalah seorang artis dan calon boleh menang di bukit bintang
yang mempunyai ribuan PUB PUB dan KELAB MALAM bertaraf seperti siam, sudah
pasti awie akan di sokong di sana.
Abby Abadi tak terpilih jd calon ke..:)
ReplyDeletehahaahhahh....gelak dululah.... penyanyi dah nak jd YB pulak....
ReplyDeleteAwie mesti boleh menang di bukit bintang kerana hanya gangster yg akan pilih gangster sbg wakil mereka. Awie juga pemilik beberapa kelab malam di Ipoh dan KL dan kaki2 kelab malam pasti seronok jika taukeh kelab malam jadi YB...
ReplyDeleteHadoiiii takda org lain yg lebih layak ka? Ishk2....
ReplyDeleteiyalah...awie2...biar betul. apapun tengoklah bagaimana...
ReplyDelete