Masa bercinta sering pasangan mengucapkan untuk sehidup semati. Tapi berapa ramai pasangan yang pernah sehidup semati? Ada????
Bagi JR memang adalah juga pasangan yang sehidup semati. Contohnya Minah Rempit yang membonceng Mat Rempit. Di tengah jalan mereka terlanggar lembu. Tapi lembu tak mati, sebaliknya Mat Rempit dan Minah Rempit itu yang mati. Tapi mereka tak dikebumikan dalam satu lahad. Memang sehidup sematilah, tapi sehidup semati setragis ini tak romantik langsung.
Baru-baru ini pasukan arkeologi dari Instutut Arkeologi dan Sejarah Universiti Cluj Napoca, Romania menemui satu pasangan yang memang layak dipanggil sehidup semati. Pasangan ini dikatakan meninggal antara tahun 1450 hingga 1550. Yang romantisnya ketika ditemui oleh pasukan arkeologi, rangka tulang mereka masih dalam keadaan baik dan dikuburkan dalam keadaan berpegangan tangan. So sweeeeetttt....
Mungkin semasa hidup mereka adalah pasangan yang romantis dan akhirnya Tuhan mentakdirkan mereka meninggal juga dalam keadaan begitu romantis, masih berpegang tangan....
JR pernah beritau isteri masa zaman bercinta bagai nak rak dulu bahwa JR tak mau kami sehidup semati. Kalau salah seorang dari kami mati, biarlah seorang lagi hidup. Kalau kedua-duanya mati serentak bagaimana dengan anak-anak, sapa nak membesarkan mereka??
(Sumber foto: merdeka.com)
JR,saya pun begitu...tak sanggup membayangkan anak2 kehilangan mak ayah sekaligus..
ReplyDeleteIM tak pernah berjanji dengan ibu_suri mahu sehidup semati sebab IM tahu masa hadapan adalah ketentuan Allah...
ReplyDeleteperlu teruskan kasih sayang.Kasih sayang harus dipupuk agar sentiasa segar Jay...
ReplyDeletesalam jay ar
ReplyDeleteTak semati , hanya kekal abadi.nice post jay ar
kalau dah semua mati....sian lah kat anak2...sapa plok nak jaga nyer
ReplyDelete