Ketika joging di Taman Rimba, Alor Setar, pagi tadi JR ternampak sesusuk mayat bangkai di pinggir jalan. Bila JR amati ia adalah bangkai kucing. Ada kesan darah berdekatan kepalanya, mungkin kucing itu kena langgar malam atau awal pagi tadi.
Mereka yang berjoging hanya memerhati dan melangkah jauh dari bangkai kucing itu. Agaknya jijik dengan bangkai?
Jika dibiarkan di situ mungkin nanti ada kenderaan yang lalu akan melanggar bangkai itu sekali lagi. JR rasa walaupun ia cuma bangkai kucing, bangkai makhluk Allah juga perlu dihormati. Nasib baik kira-kira 3 meter di depan ada bungkusan plastik. JR ambil bungkusan plastik itu, mencapai kaki bangkai kucing dan meletakkannya di tempat yang lebih selamat dan tak di langgar oleh kereta lain. Lepas ini jika orang Majlis Bandaraya Alor Setar datang (JR nampak mereka selalu ronda di sekitar kawasan itu, maklumlah ada kediaman keluarga Diraja dan VVIP di situ) mereka pasti akan mengambil bangkai itu...
Lepas joging, pergi kedai mamak beli roti. Di kedai mamak ni ada juga jual paper. Nampaknya paper kita masih dengan cerita pencerobohan "pengganas Sulu":
Tu dia hebat tajuknya, nak buru "pengganas Sulu" sampai ke lubang cacing!!
Ketika terbaca tajuk akhbar tu, teringat pula JR tentang bangkai kucing yang terjumpa di trek joging tadi. Bangkai kucing pun perlu dihormati, bagaimana pula dengan jenazah "pengganas Sulu"?
Dah kira-kira dua minggu pertempuran terjadi di Lahad Datu dan Semporna, bagaimana dengan keadaan jenazah 62 orang "pengganas Sulu" yang berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan kita?
Adakah mayat mereka telah dikebumikan mengikut ajaran Islam? Mengikut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam akhbar semalam kerajaan Filipina diberi masa tiga hari untuk menuntut balik mayat "pengganas Sulu".
"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," kata Datuk Hamza.
Jadi maknanya hingga sekarang jenazah "pengganas Sulu" itu masih belum dikebumikan.
Sebagai seorang Islam, JR rasa sangat sedih bila mengingatkan selepas dua minggu jenazah saudara seagama kita masih belum dapat disempurnakan pengkebumiannya. JR pernah terbaca tentang pendapat ulamak dan sarjana fiqah seelok-eloknya urusan berkaitan dengan jenazah perlu disegerakan, jika boleh jangan lebih daripada 2 waktu solat. Tapi jenazah "pengganas Sulu" ini belum dikebumikan, bukan dah lebih dua waktu solat, tapi dah masuk dua minggu belum dikebumikan lagi.
Walaupun mereka musuh politik kita, digelar "pengganas" pula, tapi mereka masih orang Islam. Malah mengikut sejarah kaum Sulu seperti masyarakat Islam di selatan Filipina yang lain sangat kuat pegangan agamanya. Sudah lebih dari 160 tahun mereka berperang, mula-mula berlawan dengan orang Sepanyol yang cuba mengkristiankan mereka, kemudian berlawan dengan orang Amerika dan sekarang mereka berlawan dengan pemerintah Filipina yang dikuasai kaum Kristian yang sentiasa menindas kaum minoriti Islam di selatan Filipina. Dengan tekanan yang begitu kuat dari pemerintah-pemerintah Kristian dari dulu hingga sekarang, tetapi "penggnas Sulu" ini masih tetap teguh memepertahankan agama mereka (Islam).
Jika yang mati itu kucing seperti yang JR jumpa pagi tadi pun tak sanggup kita tengok mayatnya terbiar begitu, apa lagilah manusia, manusia yang beragama Islam pula tu. Lupakan sekejap soal politik, lupakan soal mereka menceroboh Sabah, negeri yang mereka yakin kepunyaan Sultan Sulu. Lupakan sekejap bila akhbar dan TV menggelar mereka sebagai "pengganas Sulu".
Memang kita patut marah kepada mereka kerana menceroboh Sabah dan menyebabkan 10 anggota keselamatan kita meninggal. Tapi sekarang mereka yang menceroboh ini sudah meninggal.
Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah dan wajib atas orang Islam yang hidup menguruskannya. Jika tidak seluruh masyarakat setempat akan menanggung dosa.
Apa yang perlu difikirkan sekarang ialah jenazah orang Islam perlu disempurnakan mengikut hukum Islam. Full stop.
"Hendaklah kamu segera menguruskan jenazah,sekiranya jenazah itu terdiri daripada orang-orang yang baik, seolah-olah kita sebenarnya telah menyegerakannya ke arah kebaikan, jika sekiranya jenazah tersebut terdiri daripada orang yang kurang baik seolah-olah kita telah melepaskan tanggungan ke atas jenazah itu"..
(hadis riwayat Bukhari)
Nota Kaki: JR sebenarnya kurang selesa bila pengikut Sultan Sulu ini digelar "pengganas Sulu". Di Sabah sendiri ramai orang berketurunan Sulu dan mereka yang berasal dari selatan Filipina. Apa perasaan mereka bila saudara-saudara yang berasal dari kaum yang sama dengan mereka digelar sebagai "pengganas"? Seperti apa perasaan kita orang Islam bila ada media Barat memanggil orang Islam yang mempertahankan agamanya sebagai "pengganas Islam"? Ganas sangatkah orang Islam???
betul tue jr....saya pun sokong...
ReplyDeletetadi msa gi kje ada kucing mampus jugak...
ReplyDeleteklu masih x di kebumi kn.mna diorang letak myat tu...?
Walaupun kucing tu hanya haiwan, tak payahlah guna perkataan mampus.
Deletemayat2 masih dalam karung plastik hitam..berlongok kat hospital...
ReplyDeleteJR baru baca maklumat ini sebentar tadi:
ReplyDeleteKetua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.
Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.
Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.
(Sumber: mountdweller.blogspot.com)
JR: Harap semua kita akan berjiwa besar seperti OCPD Lahad Datu ini, insyaallah...
kalau mereka berpegang teguh dgn Islam,..mereka tak sewenangnya menceroboh tempat orang JR...
ReplyDeletememang di Sabah ni banyak suku kaum, hal suku ni sekarang di Sabah sensitif..kena hati2 sebab mana tahu di sebelah kita duduk sembang tu rupanya ...suku sulu yang baik, kerana berpegang pada agama Islam yg sebenar. Sejak anak nabi adam dah ada pembunuhan JR...
ReplyDelete