Apa kabar murid-murid sekelian? Semalam nampaknya cikgu JR tak dapat hadir untuk kelas 1H1DU (1 Hari 1 Dailek Utara). Apa nak buat kadang-kadang ada urusan lain yang lebih mustahak, maklumlah dah dekat pilihanraya kena pi jenguk kawasan ....
OK lah, tanpa membuang masa untuk malam ni JR nak perkenalkan korang dengan dua perkataan Utara:
i) Cemuih (ce-muih)
ii) Tegheyak (te-ghe-yak))
Makna perkataan cemuih ialah jemu.
Makna perkataan tegheyak pula ialah menangis
Contoh ayat cemuih: Kami dah cemuih tunggu bila Pedana Menteghi nak bubaq Parlimen (Kami dah jemu tunggu bila Perdana Menteri nak bubar Parlimen)
Contoh ayat tegheyak: Bini dia tegheyak teghisak-isak sebab laki dia menikah lain (Isteri dia menangis terisak-isak sebab suaminya kahwin lain)
Atau kita boleh gabungkan dua perkataan ni dalam satu ayat: Cemuih la aku jaga budak ni, haghi-haghi tegheyak...(Jemu la aku jaga budak ni, hari-hari menangis)
Itu saja kelas 1H1DU hari ini. Harap-harap hangpa tak cemuih dengan JR....
cemuih laa depa ni dok hingaq pasai pilihanraya..biaq pi depa laa..kikikikii..hang dok tegheyak pasai pa pulak..awat cek...hang dok ligan nak p mana tuu...naik gherek p loq staq..kaa
ReplyDeletetuu dia habaq hang,..setahun dok jitra...kenangan tuu belajaq cakap kedah...dgn adanya segmen 1H1DU ni,..cam membangkit kenangan laa ..
klu kt ita jemuh tu hmpir sama lh..
ReplyDeleteteriyok tu pun bolh fhm..
lmbt nyer nk mgundi..tk sabar nk bertanding
salam jay ar
ReplyDeleteMoga jay ar tak cemuih menulis lg.tq sharing..
1 hari 1 dailek.....bagus ni...
ReplyDeleteoo..eh,budak! kenapa kamu tegheyak tepi parit tu?saya dah cemuih tengok dari tadi.
ReplyDeletebetul tak ayat saya cikgu? hahaha.
bagus..ada sudut bahasa di blog JR..share..memang dengar ni pasti tak faham..dah baca makna baru tahu
ReplyDelete