Hari ini seperti rutin hujung minggu yang lain, JR ke Pasar Besar Alor Setar untuk membeli bekalan bahan basah untuk seminggu. Hari ini pergi berseorangan, tanpa isteri yang ada urusan di Hadyaii, selatan Thailand.
Sebelum keluar rumah, anak perempuan JR yang bongsu berusia 14 tahun tu dah berpesan agar JR pulang ke rumah segera sebelum pukul 10.30 pagi kerana dia nak ke Perpustakaan Awam Alor Setar. Kononnya dah janji dengan kawan untuk sama-sama habiskan homework di sana.
Lepas beli bahan basah (ayam, ikan dan lain-lain), pergi pula ke bahagian bawah supermarket yang berkembar dengan market kerana di sana ada dijual bahan-bahan dapur dengan harga yang secara relatif lebih murah dari harga di market. Lalu capai plastik masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, halia dan beras yang dah hampir habis di dapur.
Ketika itu terlihat jam dah hampir pukul 10.30 pagi. Pasti anak sedang gelisah menanti di rumah - janji nak bawanya ke Perpustakaan pada pukul 10.30 perlu ditepati!
Ketika sampai di kaunter bayaran...alahai ramainya orang, 9 orang sedang beratur dengan wajah stress. Bila tiba giliran JR tengok jam dah pukul 10.45 pagi. Nampaknya janji dengan anak tak dapat dapat ditepati pada waktunya!
Lepas bayar kira balik plastik bungkusan...tapi mengapa ada empat bungkus saja, mana pula perginya bawang besar?
Lepas tu baru perasan bungkusan yang berisi bawang besar belum dibayar kerana tertinggal dekat raga! Macam mana boleh terlupa nak bayar ni...anak sedang menunggu dan kini perlu beratur panjang sekali lagi cuma untuk membayar harga sebungkus bawang besar yang tak sampai RM3 tu! Alamak, malasnya kena queue sekali lagi!!
Tiba-tiba....
Iblis: Tak payah pi bayarlah bawang tu. Anak dok tunggu di rumah tu, balik cepat kesian dia! Bukan ada sapa tau pun hang tak bayar!
Hati: Allah tau, Allah nampak..
Iblis: Eleh...barang RM2.40 saja, bukan supermarket ni boleh rugi pun dengan RM2.40 hang tu...Yang untung tokeh Cina tu, cukuplah, dia dah kaya raya..
Hati: Tokeh Cina atau tokeh Melayu, menipu tetap berdosa.
Iblis: Bukan masalah berdosa, yang penting anak sedang menunggu di rumah, kesian kat dia, rugi masa saja beratur di kaunter bayaran...
Ah, iblis ni tak habis-habis menggoda! Dengan cepat JR bawa plastik berisi bawang besar ke kaunter bayaran. Long queue, tapi apa nak buat, sabar ajelah...
Lepas buat bayaran hati rasa lega kerana menang dalam pertarungan dengan iblis sebentar tadi...
Bila sampai ke rumah dah pukul 11.10 pagi. Anak sedang menunggu dengan muka masam. Tapi biarlah mukanya masam macam cuka, yang penting abahnya tak dapat dosa percuma....
Queue panjang tu yang paling tak tahan haha.
ReplyDeleteAlhamdulillah, iblis kalah. Huhu.
hahaha sempat lagi bersembang dgn jin . ngahahaha
ReplyDeleteeh silap . iblis -,-
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga JR melawan bisikin Iblis durjana tu yer..bagus²..hehe
ReplyDeletekena bayar..tak baik klu tak bayar..nanti allah hitung jugak amalan kita..:-)
ReplyDelete