»

21 January 2013

Ulu Legong Hot Spring


Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar dah empat hari JR tak bersiaran di blog ni. Ini kerana pada hari Jumaat dan Sabtu JR dan keluarga bercuti di Air Panas Ulu Legong atau Ulu Legong Hot Spring yang terletak di daerah Baling, Kedah. Hari Ahad (kelmarin) pula JR ke Penang, kerana ada kenduri aruah di rumah adik. Ingat malam tadi nak menulis sikit, tapi tiba-tiba rumah JR bergelap hampir 12 jam..blackout!!

Tapi cerita blackout tu cerita kemudianlah. Sekarang JR nak cerita mengenai Air Panas Ulu Legong atau orang Kedah panggil Ayaq Hangat Ulu Legong. 

Korang pernah dengar tentang Air Panas Ulu Legong, Baling?

Air Panas Ulu Legong terletak 22 km dari pekan Baling. Tapi JR dan keluarga pergi ke Ulu Legong tak melalui pekan Baling. Kami mengikuti jalan Alor Setar-Sik-Parit Panjang dan kemudian ke Ulu Legong, jaraknya sejauh lebih kurang 110 km. 

Pintu masuk ke pusat rekreasi

Yang menariknya tentang Ulu Legong ialah ada kolam air panas semula jadi dari bumi dengan kepanasan melebihi 50 darjah celcius. Mengikut sejarahnya Ulu Legong ialah kawasan hutan yang penduduk sekitarnya ialah Orang Asli. Wanita Orang Asli bila lepas bersalin dikatakan sering datang ke kolam air panas Ulu Legong untuk berendam bagi memulihkan aliran darah dan mengecutkan rahim mereka.

Pada zaman Parti Komunis Malaya sedang aktif dulu kawasan ini adalah antara kubu kuat komunis dan mereka sering menyerang hendap trak tentera yang melaluinya.

Tapi sekarang Ulu Legong telah membangun sebagai pusat peranginan yang ramai dikunjungi pelawat, apa lagi ia dibuka 24 jam. Mengikut cerita kolam air panas ini dapat mengubati beberapa penyakit yang ada kaitan dengan masalah pengaliran darah termasuk kebas-kebas kaki tangan, sakit lutut, sakit kaki dan saraf.

Kami tiba di Ulu Legong kira-kira pukul 3.30 petang dan terus check-in di resort yang harga satu bilik agak murah iaitu cuma RM100 untuk bilik standard dan RM120 untuk bilik deluxe. Kalau nak bilik VIP sewanya RM300. 

Terdapat beberapa kolam yang dibina di kawasan seluas 3.5 hektar ini. Kolam yang paling panas dan sumber bekalan utama air panas terletak di bahagian paling atas di sebelah resort tempat kami menginap. Kepanasan kolam ini melebihi 50 darjah celcius. Kata penjaga kolam kalau masukkan telur tak sampai seminit, telur tu akan masak. 

Air kolam utama ni sentiasa berasap, pengunjung tak dibenarkan mandi sebab tu kolam ni berpagar. Ketika berbual, ada seorang bekas komando dari Baling beritau JR, sepupunya (juga seorang komando) pernah tunjuk terrer dengan menyelam ke kolam tu. Tak sampai seminggu sepupunya meninggal selepas paru-parunya rosak akibat kemasukan air panas yang keterlaluan:


Kalau nak rasa kepanasan yang 'boleh tahan' boleh cuba berendam di kolam nombor dua yang kepanasannya ialah 45 hingga 48 darjah celcius:


Walaupun tak sepanas kolam utama, tapi kolam kedua ini waktu petang boleh tahan juga kepanasannya dan berasap, tapi tak setebal asap kolam utama...boleh masak badan, mungkin sebab di atas ada cahaya matahari, di bawah pula mata air panas mengalir. Waktu petang kerana sangat panas cuma mampu letak kaki, letak kaki pun kena ada caranya - letak perlahan-lahan dan kemudian cuba bertahan kepanasannya. Selepas kulit dapat suaikan diri, rasa tak berapa panas lagi. Tapi bila angkat kaki, warna kaki yang direndam kemerahan seperti udang bakar!

Paling best waktu malam. Waktu malam kolam ini tak berapa panas, sekitar 37-40 darjah celcius saja kot. Boleh berendam satu badan. Ada beberapa orang pelancong asing (mungkin Arab) berenang sambil menyelam di celah air yang berasap itu...

Selain dari kolam untuk orang dewasa ada juga kolam khas untuk wanita dan kolam untuk kanak-kanak.

Bila semakin malam, pengunjung semakin ramai pula. Kami sekeluarga tidur pukul 2 pagi, ketika nak masuk tidur nampak masih ada pengunjung yang baru tiba untuk berendam dalam air panas itu. Ada yang tak menginap di chalet, mereka membawa khemah untuk tidur di pinggir kolam. Pengunjung yang tak menginap di chalet cuma perlu bayar RM4 hingga RM6 seorang, jika bawa khemah perlu sewa tapak khemah (dah tak ingat kadarnya..tapi jika tak silap di bawah RM10).

Pagi Sabtu lepas solat Subuh, terus masuk kolam lagi. Bila dah puas berendam baru breakfast..

Pukul 12.30 tengahari kami sekeluarga balik ke Alor Setar. Bye bye Ulu Legong Hot Spring....

8 comments:

  1. patutlah tak on..ingatkan dah lupa blog Pesona...
    Bahaya pula kalau mandi di kolam air panas tu Jay R..tq share

    ReplyDelete
  2. Tapi ramai orang jadi tak best plak nak bermandi manda dengan gembiranya. Malu. Huhu. Kat kampung saya pun ada hot spring tapi kecik je. Kalo nak pegi situ kena masuk dlm utan, jauh. Sbb tu dia tak femes.

    ReplyDelete
  3. patut senyap, pergi berendam...

    ReplyDelete
  4. seronok jugak...tapi ramai sangat orang...

    ReplyDelete
  5. pergh,.......................fatut la sepi
    -............beriadah rupanya.

    ReplyDelete
  6. bestnyer depa mandi ayaq hangat

    ReplyDelete
  7. bestnya JR.. deno belum pernah ke sana lagi..

    ReplyDelete
  8. bestnya....jauh pulak nak pegi..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....