»

08 January 2013

Herbalife Yang Aku Tak Paham...


Kadang-kadang seorang lelaki gempal bersama pasangannya seorang wanita yang agak slim.
Kadang-kadang seorang lelaki slim bersama pasangannya seorang wanita gempal.
Kadang-kadang seorang lelaki gempal bersama pasangannya seorang wanita yang juga gempal.
Tak pernah tengok lagi lelaki slim dan pasangannya seorang wanita slim (mungkin JR yang tak nampak??)

Itulah yang JR selalu saksikan sejak 3-4 minggu ni di Taman Rimba, Alor Setar  ketika JR berjoging. 

Ada satu payung besar diletakkan berdekatan tempat parkir kereta. Di bawah payung besar itulah pasangan gempal & kurus atau gempal & gempal cuba memasarkan produk Herbalife kepada jogger yang melaui kawasan itu:



Seorang lelaki gempal pernah meminta JR singgah sekejap di bawah payung untuk mereka terangkan produk Herbalife ketika JR melintas di depan payung besar mereka. Tapi JR yang ketika itu kesuntukan masa cuma menggeleng kepala sambil menepuk-nepuk perut menandakan mahu ke tandas (sebenarnya tipu sunat aje..)

JR tak paham mengapa penjual ubat yang menghadapi masalah berat badan menjual ubat pelangsing badan? Kalau orang tanya mengapa you tak cuba kuruskan badan sendiri dulu sebelum mencadangkan orang lain menguruskan badan, apa mereka nak jawab??

Lagi pun Taman Rimba Alor Setar adalah tempat orang ramai berjoging dan majoriti jogger tegar tak pula kelihatan ada menghadapi masalah berat badan. Jadi mengapa promoter Herbalife ni nak cuba jual produk pelangsing badan kepada orang yang kebanyakannya tak menghadapi masalah berat badan? 

Tak paham la aku....

6 comments:

  1. Yelah..silap marketing strategy. Yg mkn herbalife ni sbb tak rajin/tak smpt nk jogging. Dia kena g tmpt lain..mall.

    ReplyDelete
  2. suami saya beli tp hanya dia yg makan hehe..saya tak boleh makan...minum teh nya tu sakit kepala sepanjang hari sbb berkafien...

    anak2 pulak,dgr ayahnya blend/shake...masing2 masuk bilik..takut kena suruh minum hehe

    ReplyDelete
  3. klw boleh nak diet dgn exercise jew.. bahaye makan obat2/minuman slim ni =='

    ReplyDelete
  4. Nanti dia akan jawab, ini bukan utk kurus semata2, tapi utk kesihatan. Ataupun nanti dia akan tunjuk gmbr dia masa dia lagi gempal daripada waktu skrg. Hehehe..

    Saya paling menyirap kalo penjual kosmetik Dempo Snow tahan2 org suh cuba produk dia. Padahal yg jual tu pun serius kulit muka tak cantik langsung.

    ReplyDelete
  5. kalau bab jual menjual ni..langsung tak layan..
    menipu je keje..

    nak2 kalau bab kosmetik..
    dah ambik yg lawa memang lah muka orang tu lawa..
    nak pasar apa lagi..
    langsung tak cayer

    ReplyDelete
  6. hahahahaha ketawa dulu.ketawakan jay ar.
    Jay ar kira berhati mulia dan baik.walaupun tipu sunat jay ar tetap melayan kerenah mereka.support mereka walau x beli atau join..
    Sokongan moral yg jay ar berikan pdnya pun dah kira ok.tq bg pìhak mereka..dia tgah bersemangat tu nak sale..layan je.....

    Ps/ta selalu kena dgn sale marketg sebegitu,seksi dan manis kata2nya lg..ta layan jap je..pastu tolak dgn baik..dan ada yg tarik muka dan ada yg ok..ta paham mereka cari rezeki tu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....