Di usia separuh umur, Rasheedan Bibi, merasa tak mungkin lagi dapat mengandung anak. Ketika merasakan perutnya membuncit seperti wanita hamil, dia menyangka dirinya tengah mengandung bayi.
Selang tujuh bulan kemudian, perutnya makin membesar. Tapi dia makin merasa sakit apabila perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi pun cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya memutuskan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun dia hidup dililit kemiskinan. Doktor yang merawatnya lalu memutuskan untuk melakukan imbasan ultrasound.
Dan keputusannya … astagfirullah!
Bukan silap mata bukan sihir, hasil ultrasound menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Dipercayai kejadian aneh bin ajaib ini bermula dari air yang dia minum. Ketika itu Bibi meminum air melalui kendi di rumahnya. Rupanya terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya ketika dia meneguk air.
Keanehan sudah terasa dua bulan selepas itu. Bibi mula merasakan sakit pada perutnya yang mula membesar. Nafsu makannya pun melonjak. Dia bahkan sanggup menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor minta dia untuk dibedah. Miskin tak mempunyai wang, Bibi pun meminta pertolongan kerajaan Pakistan.
Mujur kerajaan Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular yang kini bersaiz besar itu pun berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.
JR: Moral kisah benar ini ialah berhati-hati dengan apa yang kita makan dan minum. Sebab itu doktor selalu menasihatkan kita makan dan minum makanan dan minuman yang dimasak. Jika wanita ini minum minuman yang dimasak, pasti dia tak akan termengandung anak ular....
Cuma sesuatu yang aneh dari berita ini ialah mengapa anak ular di dalam perutnya begitu jinak sehingga tak mencuba untuk keluar dari tubuh wanita itu dan tidak bertindak mematuk perutnya....Nasib baik ular yang dikandung begitu sopan santun.....
biar benar cerita nie ...macam tak mungkin jer..yer JR?
ReplyDeleteerrr takut . ade satu lagi kes mandi banjir lintah masuk .
ReplyDeletekeluarga buang sbb ingt 'dia' mngndung anak luar nikah . smpai setahun tak beranak akhirnya mati . bila mati diorg cek cek tgok ade lintah dalam perutt ,
yelah..camne boleh tak gigit lak ek? lama dok situ.
ReplyDeletebetul ke ni? kadang gambar2 ni photoshop je
ReplyDeletehehehe jay ar ooo..jay ar..
ReplyDeleteTa melawat malam..