Jika korang lelaki bujang sedang mencari pasangan
Jika korang ada abang atau adik lelaki yang belum ada calon isteri
Jika korang isteri misali yang bercadang nak dapatkan madu yang sungguh comel
Apa kata korang pinangkan seorang gadis yang sungguh comel kepada dia yang korang sayangi. Hadiahkanlah dia seorang gadis yang peramah, cute, sentiasa merendah diri, senang dibawa ke mana-mana dan tak kuat makan, seperti ni:
Nama gadis yang sungguh cute di atas ialah Jyoti Amge, 19 tahun, dari Nagpur, India. Dia adalah pemegang Rekod Dunia Guinness wanita terpendek di dunia.
Dilahirkan pada 16 Disember, 1993, Jyoti cuma memiliki ketinggian 62.8 cm (2 kaki 0.7 inci) menjadikan Jyoti lebih pendek daripada purata kanak-kanak normal berusia dua tahun. Berat badannya pula cuma 12 Ib (5.5 kg)...lebih ringan dari sekampit beras cap Rambutan 10 kg yang selalu JR beli di supermarket.
Jyoti menghidapi sejenis penyakit kerdil dipanggil achondroplasia yang menyebabkan dia tidak akan lebih tinggi daripada ketinggiannya sekarang. Disebabkan saiznya yang amat kecil itu, semua pakaian dan barang kemas yang dipakainya dibuat sendiri. Malah pinggan mangkuk dan perkakas dapur juga perlu ditempah khas untuknya.
Jyoti telah menghadiri sekolah biasa seperti gadis lain. Dia dilayan seperti murid-murid lain di sekolah walau cuma menduduki meja dan kerusi khas yang sangat kecil.
Sama seperti kebanyakan gadis remaja lain, Jyoti suka berfesyen, memakai make-up dan berchatting. Cita-citanya ialah untuk menjadi aktres terkenal India dan berlakon di samping aktor yang diminatinya, Aaron Aziz Salman Khan.
Dan satu lagi berita baik untuk mereka yang sedang mencari calon isteri...gadis ini belum berpunya!!
Amacam..jika berminat bolehlah melamar gadis kecil molek ni...jangan tunggu lama-lama nanti dia dikebas orang...
Sumber: pelbagai..
ada story dia.ta cari kat wiki tadi.
ReplyDeleteAllah itu maha berkuasa... mmg comel dia tu ^_^
ReplyDeleteDia tetap menyerikan persada Dunia.JR aku dah ada...syyukran atas kesempuraan kita. Dia tetap hambaNya..Allah tu maha tahu dan berkuasa.Inilah keajibanNya boleh cipta sesuatu yang ganjil pelik\. namun usah kita persedakan..entry JR memukau kali ni...
ReplyDeleteComelnya dia...
ReplyDeleteAllah maha besar....setiap kejadian ada hikmahnya
ReplyDeletemmg cumel...boleh pakaikan baju anak patung kat dia hehe
ReplyDeletesaya lama takleh update blog gara2 kabel usb dslr takleh connect kat pc...:(