»

11 December 2012

Farid Kamil..Jangan Malukan Orang Kedah Lagi!!


Esok 12.12.12 kan? Dan esok, pada tarikh yang sangat cantik itu, pelakon hensem Farid Kamil dan Diana Danielle akan mengadakan satu lagi majlis resepsi perkahwinan mereka. Majlis sambut menantu tersebut akan berlangsung esok di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Kebetulan isteri JR yang pernah bekerja dengan ayah Farid, Datuk Dr Zahari Che Dan, turut menerima kad jemputan kahwin. Cuma JR kemungkinan besar tak pergi majlis yang pastinya sangat grand itu sebab ada urusan lain yang tak dapat dielakkan..

Harap-harap majlis resepsi di Jitra nanti tak akan menimbulkan kontroversi lagi. Majlis resepsi Farid-Diana di Putrajaya pada 1 Disember lalu menimbulkan kontroversi apabila Farid mengenakan pakaian tentera, sedang dia bukan seorang tentera. Farid
 memakai pakaian tentera berpangkat Mejar Jeneral iaitu lambang dua paku satu mahkota bersama pin payung terjun yang tersisip di dada. 

Gosip bertiup kencang sejak beberapa hari lepas bahwa ada kalangan dalam Angkatan Tentera Malaysia bersedia untuk mengheret Farid Kamil ke mahkamah kerana kesalahan memakai pakaian tentera.



Mengikut undang-undang memang salah besar jika orang awam meniru  atau menyamar pangkat dengan memakai pakaian berpangkat tentera. Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.

Kalau korang rajin baca akhbar, sebelum ni dah ramai dah orang awam yang kena hukum sebab memakai pakaian polis dan tentera. Mungkin ada yang kata, mereka yang kena hukum tu bukan selebriti dan VVIP, tapi Farid Kamil adalah seorang selebriti manakala ayahnya pula seorang Timbalan Naib Canselor Allianze University College of Medical Sciences bergelar Datuk. Tak kan selebriti sepertinya nak kena hukum pulak?


Apapun bagi JR, sebagai pelakon dan pengarah muda bebakat, Farid perlu berhati-hati dalam apa jua tindakannya. Dalam lakonan bolehlah Farid memakai pakaian tentera, tapi perkahwinan Farid-Diana bukan satu lakonan....

Kepada Farid (ada ka Farid nak baca apa yang JR tuleh ni??), harap esok (12.12.12) hang jangan buat silap lagi..jangan pakai lagu tu lagi..cukuplah sekali buat silap. 
Jangan malukan orang Kedah lagi, jangan nanti orang kata orang Kedah tak tau undang-undang....

8 comments:

  1. dia punya wedding planner yang tersilap kot...

    ReplyDelete
  2. tak habis2 dgn kontoversi...perkahwinan yg sepatutnya memberi ketenangan...menjadi bualan org...

    ReplyDelete
  3. Heheh. Kita tengok kebal atau tidak orang-orang kenamaan ini dengan undang-undang di Malaysia. Memang elok heret ke mahkamah. Baru ada hormat.

    ReplyDelete
  4. terkejut juga baca kisah dia kena masuk mahkamah dan penjara. Hairan, mengapa tak usul periksa dulu, undang2 bukan untuk dipermainkan..tak percayalah jika Farid tak terkesan hal yg timbul ni, malu tetap malu tapi apa nak buat..masa tengok kat tv etuza memang terkejut..

    ReplyDelete
  5. Saya rasa kalo pakai macam ni tak perlu denda kot. Sbb bukan pakai untuk menyamar dan menipu org ramai. Yang ini kes teringin je kot. Tapi apa-apa pun, baju farid kamil masa nikah pun nampak tak kena.

    ReplyDelete
  6. Dah agak dah mesti tak kena tindakan punya si Farid Kamil ni. Patut kenakan je tindakan. huhu

    ReplyDelete
  7. dah..FK dah terlepas sbb bj dia carca merba jer tak betol..cara baju dia..fuhh selamat..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....