»

19 November 2012

Tips Dapat Anak Perempuan: Senduk


Malam tadi JR ada buat entri mengenai keputusan UPSR 2012 yang telahpun diumumkan pagi tadi. Nampaknya tahun ni keputusan UPSR kurang memberangsangkan. Cuma 45,054 calon UPSR atau 8.94 peratus telah berjaya mendapat 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu. 

Kepada ibu bapa yang anak mereka kurang cemerlang, teruslah berusaha kerana esok masih ada untuk membaiki masa depan, insyaallah...

Dalam entri malam tadi  JR ceritakan kisah debaran menanti keputusan UPSR anak perempuan JR pada tahun lepas. Sebenarnya anak bongsu JR tu adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga besar kami. JR mempunyai enam anak, lima lelaki dan cuma yang bongsu perempuan.

Korang tau mengapa JR mempunyai anak yang agak ramai?? Selain dari anugerah Illahi yang sangat disyukuri, ia ada cerita tersendiri...

Masa mula-mula kawin JR cuma mahu sepasang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Paling ramai pun kalau boleh cuma tiga anak, yang penting mesti ada campuran anak lelaki dan perempuan.

Tapi ditakdirkan Tuhan anak pertama kami lelaki. Lepas saja habis pantang, isteri dah bercakap nak anak lagi sebab anak kedua katanya mungkin perempuan. Tak sabar-sabar!! Lalu isteri mengandung lagi. Tapi anak kedua masih lelaki. Dan anak ketiga yang lahir selang setahun juga lelaki!!

Begitulah seterusnya anak keempat dan kelima masih anak lelaki. Isteri sudah agak kecewa, bukan tak bersyukur dapat anak lelaki, tapi dia nak seorang putri penyeri hidup. Bagi JR jika semua dapat anak lelaki JR tak kisah, yang penting sempurna dan sihat. Tapi isteri beriya-riya nak juga anak perempuan, walau cuma seorang. 

Kerana terlalu seronok nak memburu kelahiran seorang anak perempuan, tiga orang anak kami lahir berturut-turut setiap tahun. Habis saja tempoh pantang isteri termengandung lagi, habis saja tempoh pantang isteri termengandung lagi, tapi semuanya anak lelaki setiap tahun. 

Bagi mendapatkan anak perempuan, JR dan isteri mengikuti pelbagai petua yang sebahagiannya agak melucukan. Apa saja petua yang orang bagi kami cuba ikut. Yang penting tak patah semangat nak dapatkan anak perempuan. Hingga isteri pernah kata jika anak ke dua belas masih semuanya lelaki, dia masih akan mencuba agar anak ketiga belas perempuan. Tu dia....hebatnya!!!

Kalau dari segi pemakanan memang kami dah ikut semua petua orang. Kononnya untuk dapat anak perempuan suami kena banyak makan bahan beralkali seperti sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan lain-lain. Isteri pula kena banyakkan makanan berasid seperti daging, makanan laut dan buah-buahan tertentu. Tapi makan macam mana pun bila bersalin dapat anak lelaki juga!!

Itu belum masuk cerita petua apa yang patut dibuat ketika bersama isteri atas katil. Macam-macam petua, setengahnya sangat lucu lagi lucah!! Tapi bab petua atas katil ni tak payah JR ceritakan di sini kot....malu!! Apa yang penting, sebut saja petua, semua kami cuba ikut. Malangnya bila lahir anak, tetaplah juga lelaki. Walaupun bersyukur dapat bayi baru, tapi dalam hati berkata jika dapat perempuan lagi la seronok!

Tapi antara banyak-banyak petua ada satu petua dapat anak perempuan yang JR tak dapat lupakan: CURI SENDUK!! JR cuma tau petua tu lepas kelahiran anak lelaki kelima, apabila isteri minta JR pulangkan senduk ke rumah pengasuh anak kami. Rupanya lepas saja mengetahui dia mengandung, satu hari ketika berada di rumah pengasuh anak kami, isteri JR secara diam-diam pergi ke dapur dan menyembunyikan senduk nasi ke dalam pakaiannya dan membawa balik ke rumah. Kata isteri JR mengikut petua orang tua-tua kalau nak dapatkan anak perempuan, ibu atau bapa diminta mencuri senduk di rumah orang lain. Kalau pinjam tak boleh, kena curi juga, maknanya ambil senduk tu tanpa kebenaran pemiliknya. Mengikut isteri JR itulah kali pertama dia mencuri barang di rumah orang...hehehehe..

Bila senduk itu dikembalikan kepada pengasuh anak kami, satu keluarga mereka ketawa berdekah-dekah bila diceritakan isteri JR telah mencuri senduk itu dari rumah mereka. "Patutlah dah lama tak nampak...ingatkan senduk tu jatuh kat mana-mana" kata Mak Cik Sariah, pengasuh anak-anak kami.

Tapi begitulah, bila Allah nak anugerahkan anak, sama ada lelaki atau perempuan, Dia akan anugerahkan tanpa apa-apa petua pun. Dan akhirnya Allah mengurniakan anak keeenam kami seorang perempuan:

[a.jpg]
Anak perempuan bongsu kami...Sha..

Anak perempuan bongsu kami tu dipanggil Sha. Sekarang dia di Tingkatan Satu, tahun depan masuk Tingkatan Dua. 

Dan selepas mendapat anak perempuan, isteri JR mengisytiharkan 'persaraan'nya dari mengandung...lega hati JR kerana tak perlu 'kerja keras' lagi...hehehehhe..

Agaknya kalau anak keenam juga lelaki, kami mungkin mempunyai lebih dari enam anak, sebab lepas tempoh pantang isteri pasti nak seorang lagi!!!

10 comments:

  1. jr seorang jer anak perempuan...hihihi nasib baik dapat jugak ya...

    ReplyDelete
  2. isteri JR mmg subur..hihi..ada yg berusaha bertahun2 nak dapatkan anak hingga sanggup curi lesung batu dari rumah orang yang ramai anak sebab nak mengandung tau JR...hihihi...syukurlah dapat jg anak perempuan yaa...comel/..

    ReplyDelete
  3. hehehe...sy plak planing nak anak lelaki sekarang ni..ngeeee.

    ReplyDelete
  4. hehehee .
    ramainya anak lelaki .
    tapi nnt dapat menantu perempuan .
    jangan risau .

    *ehem ehem anak lelaki ye JR . kenal2 lah . haha

    ReplyDelete
  5. curi senduk haha..mesti tuan rumah tercari2...ni kalau ada senduk hilang kat rumah saya,maybe ada biras atau jiran2 yg nak anak pompuan punya keje hehe....

    anak sulung saya lelaki,setahun kemdian dapat perempaun...
    7 th kemudian baru dapat anak perempuan...dan 7 th lagi baru dapat anak perempuan..
    4 org..cukuplah..:)

    jarak yg jauh2...cantiknya aturan ALLAH...kerana tidak semua anak akan 'keluar' rumah sekaligus...

    ReplyDelete
  6. Mmg dah ditakdirkan Allah anak JR cuma 6. Sbb tu Dia izinkan JR dpt anak perempuan utk anak yg ke 6 tu. Senduk tu JR pulangkan selepas anak tu lahir ke?

    ReplyDelete
  7. Che Rosliza: memang nasib baik

    izan: alhamdulillah

    Arina: Kalau nak pompuan curi senduk, kalau nak anak lelaki curi ape...curi telur ayam?

    cek bolat: boleh..mai la rumah pakcik!!

    Kamsiah: memang cantik aturan Tuhan

    Lyd: Kejadian itu berlaku masa isteri mengandung anak kelima..tapi anak tu lelaki juga...

    ReplyDelete
  8. La..mcm kisah mak ayah saya! Adik beradik saya 1 lelaki & 8 prmpn. Yg sulung lelaki. Sbb nk gak lagi anak lelaki, mak tak putus mengandung. Lastly, dh masuk anak ke-9, stop atas faktor usia.

    ReplyDelete
  9. rezeki kan...
    anak sedara ita kawen dah 2 tahun tapi masih takleh jugak..


    hhahahhaha...sampai tahap curi senduk tu...

    ReplyDelete
  10. Comei anak pompuan JR..sihat lagi ka mak cik Sariah..namanya macam nama mak saya

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....