»

15 November 2012

Terbaik Dari Dapur: Kerabu Jantung Pisang


Hari ni isteri JR dan anak perempuan kami mengikut rombongan pejabatnya bercuti ke Pulau Pangkor. Beberapa harilah juga mereka tak ada di rumah. Yang ada di rumah cuma JR dan anak-anak lelaki kami. Bila isteri tak ada, terpaksalah JR jadi Mr Mama - tukang masak. Biasalah, kadang-kadang seronok juga tunjuk bakat masak yang tak sesedap mana ni...

Tapi hingga sekarang dah pukul 1.00 JR belum masuk dapur lagi. Tak apalah makan lewat sikit hari ni. Lagi pun hari ni anak-anak breakfast lambat, makan tengahari pun lambatlah juga. Hari ni pukul 10.30 pagi baru breakfast, kerana pagi-pagi tadi JR ke market beli beberapa barang basah untuk dimasak.

Jadi apa nak masak untuk anak-anak bujang JR tu? JR dah plan nak masak yang mudah buat dan cepat siap aje, jimat masa. Lagi pun dah terlewat ni... Biasanya anak-anak lelaki JR cuma makan yang simple-simple aje. Yang pertama, ayam goreng wajib ada. Yang kedua, mesti ada sambal tumis, tak kiralah sambal tumis daging, ikan bilis, telur dan lain-lain. Itu sudah cukup bagi mereka. Kalau nak perlengkapkan meja makan boleh tambah telur goreng dan sambal belacan. Cukup..

Selera anak-anak lelaki JR seperti JR juga: sangat mudah. Kalau kawin nanti, mereka pasti akan jadi seperti JR yang tak pernah merungut apa isteri masak: cuma ada sedikit lauk dan kuah sudah boleh makan sampai kenyang...

Anak perempuan JR yang ikut ibunya ke Pangkor tu selera makannya lebih rencam sikit, tapi masih tak pernah menyusahkan ibu bapanya..

Minggu lepas ketika balik ke Penang, JR dihidangkan dengan satu makanan yang dah lama JR tak rasa: kerabu jantung pisang. Adik perempuan JR yang masak. Sedapnya kata orang sampai menjilat jari (menjilat jari pun sunnah Rasul...). Rasa kerabu jantung pisang yang adik perempuan JR buat tu sebiji macam masakan aruah ibu JR dulu. Itu yang menyebabkan sampai menjilat jari tu..sedap sangat.

Sayang sekali masa pergi market tadi JR lupa beli jantung pisang dan bahan-bahan untuk buat kerabu jantung pisang. Kalau beli bolehlah try buat tengahari ni.

Sebentar tadi JR tengok-tengok kat internet resepi kerabu juantung pisang. Akhirnya JR terjumpa resepi yang bagi JR paling mudah membuatnya dari blog Damai Qalbu


KERABU JANTUNG PISANG


Bahan-bahan:(5 orang)

Bahan A:
  • 1 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 1sm belacan siap dibakar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji lada hitam

*tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
  • 1/2 biji jantung pisang awak (saiz besar, kalau kecil guna 1 biji)|buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam bewarna cerah
  • 1 biji tomato | dihiris nipis (saya buang empulurnya)
  • 1/2 labu bawang besar | dihiris nipis
  • 1 ekor ikan senangin/kembung/sardin | gaul garam & kunyit, goreng separa garing 

      (resepi asal ikan kembung direbus) | ambil isinya sahaja dan
                                                                carikkan dengan tangan
                                                         
  • 2 sudu besar santan pekat/ pati santan
  • 1 biji limau nipis | diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1.Didihkan air dalam periuk.Jantung pisang dibelah dua dan dicuci  dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit.Angkat dan toskan.Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.Masukkan bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.Gaul rata, rasa masin dan manisnya.Jika cukup bolehlah dihidangkan.Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki yang belum dihidang lagi.

***tips sedap:kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tetapi bagi yang 'perut nipis' boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya.

***kerabu ini boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.


(Maaf tuan blog...pinjam resepi tanpa keizinan terlebih dulu!!!)

Permisi.....JR pergi dulu ke dapur ye, bye-bye.....

21 comments:

  1. hah sedapnyer tengok gambar dah terliur nih...lama dah tak buat...nanti keluar nak belilah..NSK ada rasanya jantung pisang nih...tq kongsi resepi nih.....ada idea nak masak hujung minggu nih....hihi

    ReplyDelete
  2. wlaupun Na mmg tatw ape tu Jantung Pisang..Na bole kata kan mcm sedapp jee tgk gambar yg JR publish tu ;)

    ReplyDelete
  3. jantung pisang buat IM teringat masa kecil. jantung pisang dulu adalah makan orang-orang miskin macam IM....

    ReplyDelete
  4. halamak....dh lama saya tak makan nie...huhuhuu

    ReplyDelete
  5. ta penah makan ! heheh

    amboii JR kemainn masak . hantar le skit kat jiran ni . hewhew
    eh tapikan . lelaki masak serius mmg sdap . macam abah saya . hahaha

    JR superdaddy ni . tapi awat masak lambat ngatt =..=

    ReplyDelete
  6. jantung pisang jantung hati ku suatu ketika dulu..masak tumis kering pun sodap..hehehe.

    ReplyDelete
  7. nmpak gambo memang sedap sangat2...

    ReplyDelete
  8. kira masakan tradisional ni JR, boleh juga terliur ya....)

    ReplyDelete
  9. wahhh... rajinnya JR... sedap tgok gambar kerabu 2 Ahlam pn dah lama xmakan kerabu 2....huhuhu

    ReplyDelete
  10. Oh Nyum lama tak makan kerabu jantung pisang.

    ReplyDelete
  11. tanggungjawab tu JR...nanti anak2 tunjuk muka monyok arh! buka tudung saja tak ada apa2 nak dimakan, anak2 etuza sebenarnya macam anak2 JR jg tak kisah apa maknya masak..cuma yg sulung tu ada ikut sifat maknya dan ayahnya ni..suka masak kuih lenggang.
    Tu sebab saya suka makan masakan anak sulung...Tahniah JR ya..
    Sempurna kuah tu..paptutlah jilat jari..

    ReplyDelete
  12. Ummi pun suka kerabu jantung pisang ni JR, tapi dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  13. Bestnya kerabu jantung pisang. Kesukaan saya tu..
    Bertuah isteri dan anak2 JR yg rajin ke dapur. Isteri nak jalan-jalanpun tak susah hati nak fikirkan soal makan anak2

    ReplyDelete
  14. nmpak pn dah terlior..blum mkn lg..

    ReplyDelete
  15. CP kalaw tgk resepi , CP tak tgk berapa sukatan , CP tgk bahan ape , pastuh , CP memulakan kaedah pencampakan CP :P hehehe ~

    ReplyDelete
  16. wahhhh cam setailo jer.nak merasa nak merasa! meh kita try ramai ramai!!!heeee~

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..mana pegi tuan rumah ni..lama dah tak update..

    ReplyDelete
  18. amboi JR.... sedapnyaa.... dah lama tak makan kerabu sayur2 nih.. biasanya ma deno buat kerabu biasa je, kerabu taugeh^^

    ReplyDelete
  19. Ish, menaikkan nafsu makan ni. Lama dah tak merasa kerabu jantung pisang ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....