»

24 November 2012

Migrain...

MIGRAIN




Ia datang bersama sebuah penukul
menyelinap di celah-celah saraf
memukul-mukul dinding kepala kiriku
menyiat-nyiat daging dan saraf

Kepala sakit dan perit
saraf tegang berdenyut
tekak loya dan payau
mata pedih ditikam kilau cahaya
pening..pening..pening..

Tuhanku
terima kasih menghadiahkan ujian ini
keterbaringan ini peluang muhasabah diri
menilai kealpaan dan kesilapan
betapa kadang-kadang aku terlupa kehadiranMu
Kaulah penganugerah kesakitan
Kaulah penyembuh kedukaan

5 comments:

  1. JR ada migrain? get rest ya.

    sakit itu penghapus dosa. sakit itu membuat kita kembali mengharap pada-Nya. Allah suka dan rindu pada yg mengharapkan-Nya.

    ReplyDelete
  2. cb ini,..

    al-fatihah - 1x
    ayatul Kursi -3x
    al-Falaq -1x
    al-Ikhlas -3x
    an-Nas -1x
    surah Yaasin ayat 58- 3x
    selawat 3x

    semasa membaca,..letak dua-dua tapak tangan atas kepala,..terutama bahagian yg sakit....
    In sha Allah...yakin pada Allah...

    cubalah nnt..ya..hrp cepat mereda..

    ReplyDelete
  3. kalau dan dia datang menyerang xleh nak buat apa dah....
    memang rasa macam ada bom kan dalam pala

    ReplyDelete
  4. cr datang bulan baru pening..

    ReplyDelete
  5. ada petua dlm blog TA tu cubalah.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....