»

10 November 2012

Kosmo Kena Kencing Hantu


Beberapa hari lepas Kosmo ada keluarkan satu artikel yang agak menyeramkan: kisah hantu di sebuah hospital swasta di Melaka. Bagi yang dah membacanya tentu dah tau ceritanya. Bagi yang belum membacanya, ceritamya begini:


NEGARA

Jururawat rakam imej hantu

IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta
di Melaka baru-baru ini.


MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.
Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.
Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.
“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





Satu masa dulu JR juga suka baca Kosmo dan Metro. Tapi lama-lama naik boring sebab sebahagian artikel di dalamnya cuma berkisar tentang kematian, kemalangan, pembunuhan, rogol, seks bebas dan melampau dan cerita pelik-pelik termasuk hantu. Ada rakan JR kata cuma budak-budak bengap saja suka baca akhbar-akhbar seperti tu. Masa mula rasa terpukul juga sebab JR juga masuk kategori bengap bila satu masa dulu suka baca dua akhbar ni. Tapi bila dah selalu sangat baca cerita "bengap" (meminjam istilah kawan JR) dalam akhbar-akhbar tu, JR pun boring juga dan sekarang dah jarang-jarang baca dua akhbar tabloid tu lagi.

Mengenai hantu yang ditemui di Hospital swasta Melaka tu, JR terbaca entri di blog mrsamad. Korang baca apa yang mrsamad tulis:


Bila tengok je imej hantu ni,
aku rasa cam familiar je.
Sangat familiar..cam kenal je hantu ni..




Pic kat atas ni sume aku amek dr google.
Adakah beliau hantu yang sama?
Sama kan?
Kan kah?
Hahahahah...wallahu'alam.
Aku mmg hafal sgt muke hantu ni
sbb masa aku pakai tepon SII dulu,
mmg dalam fon tu ada application CAMERA 360.
Application ni mmg boleh edit mcm2 effect.


Bila JR cakap hal ini dengan anak perempuan JR yang kini dalam Tingkatan Satu, dia kata pernah  ada imej hantu yang hampir serupa dengan hantu di hospital Melaka tu dalam hensetnya yang berdiri di belakang gambarnya. Rupanya imej hantu di belakang gambarnya tu dimasukkan oleh abangnya yang kini sedang belajar di UTEM Melaka. Jadi apa yang dikatakan oleh mrsamad itu betullah,hantu yang serupa pernah muncul dalam banyak gambar sebelum ini....

Itulah Kosmo, selalu sangat memburu cerita ngeri dan pelik hingga akhirnya kena kencing dengan hantu yang diburunya. Lawak sungguh....

Terima kasih mrsamad kerana pendedahan ini.....

8 comments:

  1. heheh..ramai yg kena tipu sebab obses sgt ngan hantu nie....

    ReplyDelete
  2. saya baca utusan,BH ..anak pulak suka the Star...dia kata utusan dan BH mengampu kerajaan hehe...tak kisah la..saya tak baca pun berita politik...

    ReplyDelete
  3. hahaha taw xpe..terang2 n edit..tp mcmne dyeorg bole caye?? klakar

    ReplyDelete
  4. saja je tu propaganda...

    ReplyDelete
  5. wallahualam...tak dapat nak kata apa selain Allah maha mengetahui apa yang terjadi di dunia ini. Apapun syaitan laknatullah boleh menyamar pelbagai rupa. Marilah basakan bibir dengan kalimah Allah..sekalipun keluar rumah doalah mulakan dengan bismillah...dan auzubihimnassyaton nirruazim...

    ReplyDelete
  6. ekekkee saya dh tau dah....hehhehe
    adobe photoshop mcm2 boleh buat.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....