»

18 November 2012

Hukum Memakai Inai Bercorak Di Tangan: Haram, Makruh Atau Harus?


Kadang-kadang tak kira tempat - di kedai makan, di supermarket, di pejabat,  di klinik, di rumah kenduri (sekarang musim kenduri!), terlihat tangan wanita dan gadis kecil dilukis dengan pelbagai corak menarik. Bukan saja ada yang memakai di tangan, tapi dikaki pun turut dilukis dengan corak-corak tertentu:



Masa JR kecik-kecik tak pernah pula tengok budaya melukis inai pada tangan dan kaki macam ni. Dulu yang ada cuma celup inai di tangan dan kaki masa nak sambut raya atau ada kaum keluarga nak kawin. JR masih ingat pada malam Raya atau malam sebelum kenduri kawin keluarga terdekat, ibu sibuk menginaikan jari jemari adik beradik perempuan JR. 

Tapi itu dulu. Sekarang wanita lebih kreatif, mereka memakai inai bercorak pula. Sebagai penggemar seni kadang-kadang mata JR mengambil masa yang agak lama juga untuk merenung tangan-tangan halus kaum hawa, bukan kerana runtunan nafsu, tapi kerana menghayati nilai seni yang tercorak di dalamnya. Tapi lepas itu rasa pula berdosa kerana merenung sesuatu yang tak wajar ditenung....

Tapi apa hukumnya memakai inai bercorak seperti ni? Haram? Makruh? Harus? Yang jelas ia bukan sesuatu yang wajib atau sunat. Jika ia wajib atau sunat nenek dan ibu JR dah lama pakai sejak berpuluh tahun dulu!!

Jadi apa hukumnya? Jom kita berkongsi maklumat mengenai hukumnya mengikut Islam: 

Home


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jadi bagi wanita mereka diharuskan memakai inai bercorak. Korang tentu faham dengan hukum harus kan? Harus bermakna  buat atau tak buat tak dapat apa-apa - tak dapat pahala dan tak dapat dosa. Lantak koranglah nak pakai atau tak pakai, tepuk dada tanya inai...

Untuk wanita: selamat berinai!

8 comments:

  1. Perempuan belum khwin klau selalu sgt pakai inai nnt kahwin tak seri tok saya cakap lah .

    jarang pakai ini , tapi kalau ada orang offer nak bubuh kat jari buat apa nak tolak . haha :)

    ReplyDelete
  2. dulu masa kecik2 dulu ada lah pakai..
    sekarang dah jadi warga mas..malas nak layan semua ni..
    ..

    bukan lawa pun buat corak..takde seni inai dah..

    ReplyDelete
  3. Sampai pergelangan tangan. Hmmm.. Cuba tengok-tengok balik. Rasanya dah sampai lengan.

    ReplyDelete
  4. ada yang kata haram..ermm...dah lama tak berinai sebab takut haram pakai corak2 gitu..terima kasih..sekurang2nya dapat satu ilmu =)

    ReplyDelete
  5. kadang2 saya tenok seperti tatu dah tu JR, rasanya tak perlu terlebih2 cantik dah kalau sekadar jari2 ja..tupun masa Nikah..kata orang tanda dah kahwin...apapun kepada wanita hati2 lah..bacalah info JR kita ni terbaik...

    ReplyDelete
  6. nak pakai la ...hihihi~

    ReplyDelete
  7. mmg suka berinai...rasa cam br kawen.hihi

    ReplyDelete
  8. elok pakai inai nie...kalau terlebih corak tak cun jugak...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....