»

26 November 2012

AFF Suzuki: Sapa Yang Perangai Macam Anjing?


Ada ke patut tetamu yang datang ke rumah kita dipanggil 'anjing'? Ada ke patut kita hina orang, buat lagu khas "Singapore Itu Anjing" kepada tetamu negara kita? 

Kalau kita pergi negeri orang, orang buat lagu "Malaysia Itu Anjing" hati korang tak terbakar ke?? Kalau JR, JR sanggup sepak muka orang yang hina Malaysia begitu, walaupun badannya sebesar Undertaker jaguh wresling tu!!




JR sebenarnya sangat sedih dengan kelakuan mereka yang kononnya terlalu patriotik hingga memalit tahi di muka sendiri itu. Memalukan negara saja!!  Orang lain pun patriotik juga le bro, tapi kalau dah patriotik tahap tahi anjing militan, ia memang tak boleh diterima.

Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia (Ultras Malaya) sepatutnya jaga kesantunan penyokong Malaysia, jika ada yang berkelakuan keterlaluan, mereka boleh tolong neutralisasikan, tapi apa yang Ultras Malaya lakukan sebaliknya: menaruh minyak dalam api. Memalukan ibu bapa saja!

Dulu semasa AFF 2010 di Jakarta, pasukan bolasepak Malaysia telah dilayan oleh penyokong Indonesia dengan teruk. Semua media Malaysia dan penyokong Malaysia mengutuk perbuatan penyokong Indonesia yang keterlaluan itu. Tak sangka pula bila tiba pula giliran Malaysia jadi tuan rumah, penyokong kita juga  2x5 dengan penyokong Indonesia. Mengata dulang paku serpih, mengata orang engkau yang lebih

Yang paling sedih wajah-wajah yang menyalak lagu "Singapore Itu Anjing"  tu majoritinya berwajah macam orang Melayu, agama tak tau lagi agama apa, kerana tak kan orang Islam tergamak kurang ajar sampai begitu? Pemain-pemain Singapura juga sebahagiannya adalah orang Melayu beragama Islam, apa hukumnya memanggil mereka sebagai 'anjing'?

Patutlah Singapura menang malam tadi 3-0 pun, semangat pemain mereka membara untuk membalun Malaysia selepas negaranya dihina sebegitu rupa, digelar anjing.....Mereka nak balas dendam atas penghinaan itu dan akhirnya dendam mereka tertunai, mereka menang 3-0. Siapa yang malu bila kena belasah 3-0, Ultras Malaya tak malu ke? 

Kepada Ultras Malaya pada hari Rabu nanti bila Malaysia melawan Laos harap-harap jangan korang buat perangai tak senonoh menyalak-nyalak macam tu lagi...jangan memalukan negara lagi. Biarlah sifat menyalak itu cuma ada pada anjing dan bukannya manusia...

OK, JR agak emo dalam isu-isu kelakuan budak-budak kecik yang memalukan negara ni. Sori....

6 comments:

  1. dah la frust tengok bola... tengok fan pun frust dgn perangai macam tu...

    ReplyDelete
  2. Memang memalukan perangai rakyat Malaysia yang macam tu. Patut la rakyat negara jiran tak suka dgn rakyat Malaysia. Perangai tah hapa2.

    ReplyDelete
  3. Ini game bola jew... tak perlu over sgt... tak salah nak sokong negara tapi tak perlu sampai menghina... Allah tu balas cash jew skrg itu la sebab kita gagal kot...


    p/s: kualiti pemain dah down.. aku x slaahkan harimau malaya... tapi kelemanan itu dtg dari pengurus dan pemain.. harap maklong harimau malaya tak bersalah

    ReplyDelete
  4. huh..nak tengok bola,..tengok sajalah...dok bt perangai pelik2 tu bt apa..ntah apa-apa ntah...

    ReplyDelete
  5. Memalukan la dorang ni.. Tapi yang pelik dorang pertahankan lagi tu lagu anjing ni. Siapa kata anjing tu salah satu binatang yang masuk syurga sbb kisah Ashabul Kahfi tu. Tu sekor je anjing. Anjing2 yang lain dapat ke masuk syurga.

    ReplyDelete
  6. kenapalah fanatik sangat.....tak ada semangat kesukanan langsung....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....