»

16 November 2012

18SX: Tragedi Seorang Lelaki Bangang



Entri JR ni sesuai dibaca terutamanya oleh lelaki. Perempuan nak baca juga dialu-alukan. Bukan ada unsur lucah sangat pun. Ia info untuk mereka yang bercita-cita besar, tanpa menyedari tanpa sesuatu yang besar seseorang itu masih dapat hidup sempurna dan bahagia.

Cerita yang nak JR kisahkan ialah mengenai seorang lelaki di Bangkok berusia 50 tahun yang tak berpuashati dengan alat kelaminnya yang ukurannya cuma biasa-biasa aje tu. Lalu dia mengambil keputusan drastik untuk menyuntik minyak zaitun ke dalam alat kelaminnya di sebuah klinik swasta, konon untuk mebesarkannya... 
Akibat suntikan itu alat kelaminnya memang jadi besar. Dia berpuas hati, kerana yakin dengan alat kelamin yang besar dia dapat memuaskan nafsu pasangannya.

Tapi selepas enam bulan dia mula rasa kesakitan apabila buah zakarnya membengkak sebesar buah kelapa!! Bayangkan bagaimana lelaki tu nak pakai seluar jika ada "buah kalapa" dalam seluarnya! (Harap korang tak tergelak bila cuba membayangkannya....)

Akhirnya lelaki bangang itu dikejarkan ke hospital swasta. Doktor yang merawatnya mendapati suntikan minyak zaitun itu menyebabkan alat kelaminnya dijangkiti kanser dan perlu dipotong!! Bagi menjimatkan kos pembedahan, lelaki itu dipindahkan ke hospital kerajaan.

Di hospital kerajaan, doktor mengambil keputusan untuk membuang alat kelaminnya. Sedihnya!! Nak sesuatu yang terbaik dan terbesar akhirnya satu-satunya alat ciptaan Tuhan yang tak dijual di mana-mana kedai spare part itu hilang terus dari tubuhnya.

Dan yang lebih malang kanser akibat suntikan minyak zaitun itu masih ada walaupun alat kelaminnya telah dibuang. Kanser itu menjalar ke saluran kencingnya hingga menyebabkan doktor terpaksa membuat by-pass bagi memindahkan saluran kencingnya ke bahagian dubur.

Itulah balasan Tuhan kepada mereka yang tak bersyukur. Dah dapat yang sempurna, nak yang terbesar pula, akhirnya tak ada apa-apa langsung, tunggul pun tak tinggal....

Kepada lelaki...bersyukurlah dengan apa yang ada. Kepuasan bukan bergantung kepada ukuran, tetapi kepada seni dan teknik ketika bersama..Ada tak para isteri yang tak bersetuju dengan pandangan JR?? Sapa tak setuju angkat tangan!!

Wanita pun begitu juga, tak perlulah membesarkan sesuatu di bahagian atas tubuh tu dengan pelbagai ubat, termasuk ubat yang diiklankan di TV dan akhbar. Memang dah banyak kes wanita yang hilang payudara akibat suntikan pembesaran, malah ada yang meninggal...

Bersyukurlah dengan pemberian Illahi....

(Sumber berita asal: Bangkok Post)

10 comments:

  1. bersyukur laa dengan apa yg telah dikurniakan hhmm..APTB org mcm ni

    ReplyDelete
  2. hehehe... tak bole tahan - nak gelak juga... sbb tiba-tiba terbayang buah kelapa dalam seluar... huhuhu... kesian lelaki malang itu... :(

    ReplyDelete
  3. Malem sobat..
    Waw nice post..
    Yang post sebelum nya juga bagus tapi ini lebih baik dari yang lalu..:)
    terus berkarya ya..
    Haha..:D
    oh ya mampir juga ya ke my blog..:)

    ReplyDelete
  4. padan muka dia ! jyeahh . heheh

    ReplyDelete
  5. simpati kat dia..kesian..sbb dia tak fikir panjang sebelum bt keputusan....mg jdkan kisah ini tauladan....untuk kita mensyukuri apa yg telah diberi....dan jgn sesekali melampaui batas..kan sendiri juga yg tanggung bahananya...

    ReplyDelete
  6. Allah sudah bagi yg terbaik...mujurlah bukan kat Malaysia, malulah macam tu. Betul kata JR seni jg tu kena caranya. Kesian kan..di uji tambah lagi ujian. Lelaki kena baca ni...

    ReplyDelete
  7. aiyaaa....manyak kesian...kan suda kena potong....kecik x pe...janji ada...hehehee

    ReplyDelete
  8. Itulah akibatnya... Tak reti nak bersyukur dengan apa yang ada...

    ReplyDelete
  9. tak tahu nak tulis dan komen hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....