»

02 October 2012

Tersalah Pintu Hampir Jadi Hantu


Korang pernah mengalami peristiwa tersilap masuk pintu?? Ada seorang kawan JR yang tinggal kat flet menceritakan dia pernah tersilap masuk pintu rumah. Dia tinggal di tingkat tiga tapi dia tersilap masuk ke tingkat empat. Dia yang tinggal bersama rakan bujang agak terkejut kerana yang membuka pintu adalah seorang wanita, sedang semua yang menyewa rumahnya adalah lelaki. Sangkanya ada rakan yang membawa balik perempuan, tapi rupanya dia tersilap tingkat. Tapi tersilap tingkat itu ada hikmahnya, kerana awek yang membuka pintu itu kemudian menjadi isterinya!

JR pula ketika bermalam di sebuah hotel di Pulau Pinang bersama keluarga beberapa tahun dulu pernah juga tersilap masuk bilik kerana terlupa nombor bilik. Ketika itu JR turun membeli makanan di bawah. Bila naik semula ke hotel dengan yakin JR mengetuk pintu bilik, tapi yang buka pintu bukan isteri JR tapi seorang wanita mat salih yang berpakaian macam orang tak berpakain.  Tersilap bilik!! Kantoi betul....

Sebelum itu JR pernah cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang sama model dan sama warna dengan kereta JR yang kebetulan di letak di tempat berdekatan. Selepas didapati gagal membuka pintu kereta itu baru JR terperasan no pletnya...Ya Allah...tersilap kereta rupanya!!

Tapi setakat tersilap masuk bilik masih OK lah juga, sekurang-kurangnya cuma kantoi sekejap sambil mulut tak habis-habis mengucapkan "sori..sori..sori". Semalam JR terbaca dalam paper mengenai seorang lelaki yang menaiki pesawat penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke Hongkong tersilap buka pintu pesawat yang sedang berada di udara. Lelaki 52 tahun itu hendak ke tandas, tapi "pintu tandas" yang cuba dibuka sebenarnya adalah pintu kecemasan kapalterbang. Nasib baiklah pintu itu gagal dibukanya! Bayangkan jika pintu kecemasan itu terbuka...pasti lelaki itu jatuh dari pesawat yang sedang terbang. Bukan saja dia yang jatuh, tekanan udara dari luar pasti akan menyebabkan ketidak seimbangan pesawat dan jika berlaku mungkin pesawat terbang itu akan jatuh terhempas ke bumi. Dan jika pesawat terhempas, banyaklah nanti cerita hantu di tempat pesawat itu jatuh seperti cerita hantu di Tanjung Kupang, Johor tempat kapalterbang MAS  yang pernah jatuh 30 tahun lalu yang menyebabkan 100 orang terbunuh. 

Dalam kes yang berlaku atas pesawat penerbangan Bali ke Hongkong itu, nasib baiklah ada kru pesawat yang nampak lelaki itu cuba membuka pintu kecemasan. Kru kabin dengan pantas menghalangnya daripada meneruskan niatnya itu. Bila ditanya lelaki itu berkata dia  menyangka pintu kecemasan itu adalah pintu tandas kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dia menaiki pesawat terbang.

Hihihihi..kelakar pun ada, kesian pun ada....

5 comments:

  1. Hahaha... Untung juga silap pintu, dapat isteri..

    JR pulak nasib baik x kena hambat salah bilik..

    Pakcik 52 tahun tu mungkin dah hampir nak nyanyok..

    Tragedy tanjung kupang tu bukan pesawat MAS ke? Yang terhempas pada 6 disember 1978. ( kalau x silap) sbb salah sorang pramugari yang terkorban tu kazen kakya.

    Lama juga cerita hantu tanjung kupang tu kan!

    ReplyDelete
  2. alamak..macam2 lah kan JR. seram jg ni ..membayangkan lelaki tu, takkan nak paksa buka, nak buka juga ..mujurlah ada pramugara prmugari, time saya naik flight ada tau taklimat keselamatan semua tu...

    ReplyDelete
  3. Cemasnya kalo betul2 terbuka pintu kecemasan tu. Setakat ni alhamdulillah saya belum pernah tersalah masuk pintu. Tapi yg kawan JR tu, best la. Dpt jodoh. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. pernah jugak cr salah naik dan salah masuk....kalau ingat balik kelakar....

    ReplyDelete
  5. hiihhiih..kelakar laa pulok

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....