»

30 October 2012

Sampai Hatimu Sandy Buat Aku Begitu.......


Mengapa kau lakukan itu Sandy?? Cukup dengan hanya satu dengusan kencang, kau berlari, memecut laju  mengalahkan  Michael Schumacher. Aku  cuba mengejarmu Sandy tapi tak berjaya. Bagaimana dapat ku kejarmu Sandy kerana lebuhraya Malaysia hanya membenarkan kelajuan maksimum 110 km sejam, sedang kau memecut 144 km sejam.

Dan apa saja yang kau temui di depanmu, kau hancurkan. Bangunan runtuh, pokok tumbang, kereta kau terbangkan, jambatan kau runtuhkan. Dahsyatnya kau Sandy!!

Kau kejam Sandy, bukan sedikit yang telah kau bunuh dalam pelarianmu yang amat kencang itu, hingga kini sudah 14 yang mati. Kau bunuh mereka Sandy...mengapa kau sekejam itu Sandy??

Jika korang tengok TV, korang tau kan sekarang Amerika sedang dilanda taufan Sandy. Taufan itu kini sedang membadai timur laut Amerika dengan kelajuan 90 batu (144 km) sejam. Antara yang terkena amukannya termasuk New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina hingga ke Kanada. Setakat ini 13 orang disahkan telah mati di Amerika dan seorang lagi di Kanada. Seramai 10 juta warga New York yang dulu berbangga dengan kehidupan serba canggih dan mewah kini tidak tentu arah mencari perlindungan dan akhirnya mencari Tuhan menadah tangan berdoa agar musibah yang lebih dahsyat tidak menimpa mereka.

Sandy mengamuk...


Di dunia ini banyak taufan dan ribut ganas, dan Sandy adalah salah satunya. Yang mengghairahkan menariknya tentang taufan-taufan ganas ini ialah rata-ratanya diberi nama wanita: Sandy, Katrina,Wilma, IreneAble, Barbara, Carol, Dolly, semuanya nama wanita....

Mengapa taufan dan ribut selalunya mengambil nama wanita??

Mengikut ceritanya taufan dan ribut mengambil nama wanita kerana sifat taufan dan ribut itu sendiri yang dikatakan menyerupai wanita yang mudah mengamuk dan naik  angin.  Sebab tu mat salih ambil nama wanita untuk diberi nama kepada taufan-taufan ganas itu. Mengikut ceritanya lagi ada satu jawatankuasa khas di bawah United Nation bagi menamakan taufan-taufan ini. Walaupun sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemberi nama taufan ini adalah wanita, mereka tetap bersetuju taufan ganas perlu diberi nama wanita. Mengapa? Mungkin hanya wanita yang lebih mengenali wanita...

Bagi pembaca blog ni yang terdiri dari wanita jangan biarkan angin selalu naik seluruh badan, takut nanti ada taufan yang mengambil nama korang...
:) 

12 comments:

  1. tak sangka new york kota mewah tu pun kena .

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kakcik ni berangin juga...

    ReplyDelete
  3. baru jap tadi tgk kat berita tv..dasyatnya....

    alah..kalau nak pinjam nama saya boleh gak....bertaufan gak nih.... :p

    ReplyDelete
  4. dah lma tak tengok berita....

    ReplyDelete
  5. IM baaru sebutkan pada ibu_suri tadi. Taufan Sandy ni kalau melanda Malaysia, habis ghuyup Malaysia...

    ReplyDelete
  6. itu belum taufan nama Karukord jagau lagi tu bang hehehheee

    ReplyDelete
  7. Huh..~~ dah hangen satu badan baca n3 ni.. Tunggu I jadi taufan JR.. Siap you... Huahaha

    ReplyDelete
  8. Jgn lepas ni ada taufan nama LydSunshine sudah. Hehehe..

    Bila jadi mcm ni kat Newyork, teringat filem The Day The Earth Stood Still lakonan Keanu Reeves. Seperti Yang Mentadbir alam ini mahu semua pembangunan dihentikan.

    ReplyDelete
  9. Nasib la Malaysia ni terlepas daripada bencana alam sebgitu rupa.. Tak dapat bayangkan kalau malaysia kena taufan puting beliung ni,

    ReplyDelete
  10. kalau pernah rs angin taufan nie yang lebih dari 70km/jam barulah tau boleh tutp ker tak pintu pagar rumah..

    ReplyDelete
  11. deno jarang naik angin... hehe

    ReplyDelete
  12. Perempuan setuju dengan perempuan, bagus ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....