02 October 2012

Sajian Selasa: Hati Kucing Goreng + Tikus Panggang


Bagi korang yang menjadi suri rumah dah ada cadangan ke nak masak apa tengahari ni? Bagi yang bekerja pula bagaimana: nak makan kat kantin yang menu nya hampir sama setiap hari atau nak makan di luar tengahari ni?

Jika susah sangat nak cari idea nak makan apa, apa kata cuba masakan ini:

-  Hati kucing goreng
- Tikus panggang

Sebelum korang marah kat JR dan rasa macam nak pulas telinga dan cium tumbuk muka JR yang tak ensem ni...JR nak pohon maaf....joke aje bro,  joke aje sis, jangan ambik hati, tak kan nak suruh korang makan kucing pula!!


Sebenarnya JR nak tulis pasal menu masakan berasaskan kucing dan tikus ni kerana semalam JR terbaca artikel mengenai hal ni di Sinar Harian (SH). 

Ia mengenai seorang warga Myanmar yang tinggal kat Malaysia bernama Nay Maung yang suka makan hati dan jantung kucing.

Isu kucing
Nay Maung suka makan kucing...wajahnya comel macam kucing tak??

“Hati dan jantung kucing sangat lazat dimakan apabila digoreng,” kata Nay Maung kepada wartawan SH.

Pemuda berusia 34 tahun itu seterusnya memberitau dia sangat menggemari daging kucing goreng yang dimakan bersama nasi putih.

“Bukan susah sangat nak buat daging kucing goreng. Saya ketuk kepala haiwan itu hingga mati. Ia tidak susah menemui ajal. Tidak perlu hendak dicederakan dengan teruk. Kadang kala saya hanya ketuk kepalanya dengan pisau. Kemudian saya siat bulu, belah perutnya dan keluarkan semua organ dalaman. Hanya hati dan jantung kucing itu saya ambil untuk dimakan manakala organ lain dibuang” katanya menceritakan pengalaman memasak daging kucing.

Kata Maung, selepas dibersihkan, barulah daging kucing direbus, jika tidak akan susah digigit kerana liat. Kemudian, daging itu dipotong berbentuk lebih kecil sebelum digoreng.

“Seperti memasak makanan lain, saya tumis bawang dahulu sehingga naik bau, masukkan cili dan kemudian tuang daging kucing ke dalam kuali. Beginilah juga cara memasak hati dan jantung kucing,” ujar Maung yang sudah lebih dua tahun bekerja di Malaysia.

“Keenakan daging kucing selepas digoreng sama seperti daging lembu tetapi sememangnya berlainan rasa. Namun, saya lebih suka daging, hati atau jantung kucing kerana lebih lazat".

“Selain untuk lauk, golongan lelaki di Myanmar memakan kucing untuk tenaga dalaman, wanita di sana pula memakan kucing untuk mengubat penyakit berkaitan hati,” ujarnya yang bekerja di sebuah kilang. Apa yang diketahuinya, dia tidak geli memakan kucing kerana itulah lauk tradisinya di kampung.

Walaupun daging kucing memang sedap tapi mengikut Nay Maung daging tikus panggang yang dibuat sate lebih sedap dari daging kucing.

“Daging kucing hanya sedap digoreng. Ia kurang sedap dipanggang. Rasanya tidak seperti tikus (panggang),” katanya yang juga gemar memakan tikus, kura-kura, kelawar, lipas dan anjing.

“Lebih mudah memasak tikus. Tangkap dan mudah disiang. Cuma belah perutnya dan kemudian bersihkan,” ujar Maung.

Isu kucing
Daging tikus panggang...kata mereka sedap. iya ke?

“Apa pun caranya, saya hanya suka kedua-dua makanan ini (kucing dan tikus) digoreng dengan bawang dan memakannya dengan nasi putih,” kata Maung lagi.

Bagi pencinta kucing (JR juga suka kucing!) jangan ingat orang yang makan kucing seperti Nay Maung boleh didakwa di mahkamah kerana memakan kucing. Ini kerana memakan kucing bukan satu kesalahan di negara ini. 

“Memakan kucing bukan satu kesalahan mengikut undang-undang negara. Justeru pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan ke atas individu yang memakan daging haiwan tersebut,” kata Pengarah Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Mohamed Radzuan Malek.

Malah kata Datuk Mohamed Radzuan, pelakuan memukul, mencucuk atau menyembelih kucing untuk dibuat lauk juga bukan satu kesalahan.

"Adalah tidak salah  perbuatan seperti itu dilakukan sekiranya untuk penyediaan makanan. Sama juga seperti kita mengetuk kepala ikan keli ketika menyiangnya,” ujar Mohamed Radzuan.

Oleh itu jika korang memelihara kucing di rumah dan kebetulan penempatan warga asing berdekatan rumah korang, berhati-hatilah. Jangan biarkan kucing korang merayau. Sebab jika kucing korang ditangkap untuk dibuat lauk ia bukan satu kesalahan mengikut undang-undang di negara ini.....

4 comments:

  1. Kalau mereka bekerja di restoran, tangan itulah yang menyediakan pesanan pelanbgan. Jangan2 peluh mereka pun menitis ke dalam hidangan... Yerk!

    ReplyDelete
  2. Meremang bulu roma saya baca. Kembang tekak! :(

    ReplyDelete
  3. aiyaa....tak lalu...
    saya suka kucing....mujur tempat saya ni x de yg jenis makan daging kucing.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....