01 October 2012

Alhamdulillah..Hilang RM50 Dapat Balik RM30...


Semalam JR ada buat entri mengenai mesin ATM yang menelan duit JR semalam.

Tengahari tadi JR pergi ke bank cap kepala rimau untuk mengadu mengenai kehilangan duit tu. Harap-harap pegawai bank yang handle kes ni tak ketawakan JR. Maklumlah duit JR yang disedut mesin ATM tu cuma RM50, bukan RM5,000, RM50,000 atau RM50 juta pun... 

Bila sampai ke bank terus isi borang aduan berwarna kuning. Petugas kat situ mengarahkan untuk kemukakan borang kepada pegawai wanita Cina di kaunter 5. Masa itu cuma ada seorang pemuda Melayu yang menunggu giliran di depan kaunter 5. Yang sakit hati ada seorang pak cik yang datang selepas JR potong 'Q' dengan selamba saja. Dia pergi duduk di depan meja pegawai wanita itu, walaupun sepatutnya masa tu giliran pemuda tersebut. Pemuda di sebelah JR nampak macam tak senang duduk dan mula berdiri untuk ke kaunter, mungkin nak tegur pak cik tu..

"Duduk dik...bertenang...mungkin pak cik tu tak nampak kita sedang menunggu. Biarlah dia dilayan dulu, mungkin dia mai dari jauh..." pujuk JR

"Saya juga mai dari jauh juga bang...dari UUM Sintok. Mana boleh macam ni...ikut suka dia saja, ikutlah 'Q'..." kata pemuda itu agak kuat (mungkin nak bagi pak cik tu dengar)

Nasib baik urusan pak cik tu tidak lama sangat, lebih kurang 10 minit saja. Lepas urusan pemuda itu selesai tiba pula giliran JR.

Pegawai wanita itu membaca laporan JR yang disertakan dengan dua slip pengeluaran wang sebelum dah sesudah kehilangan wang.

"Maaflah puan, duit yang hilang tu tak banyak, cuma RM50 aje. Tapi jika saya tak tuntut balik susah pula bank masa nak buat penyelarasan nanti.." kata JR cuba buat lawak.

"Eh...sapa kata RM50 tak banyak...banyak tu...cukup untuk breakfast saya selama 20 hari!!" kata pegawai wanita itu sambil ketawa kecil.

Breakfast selama 20 hari...biar betul?? 

"RM50 mana cukup untuk breakfast 20 hari?" sanggah JR.

"Cukup laaa..perempuan bukan makan kuat sangat...breakfast nasi lemak sama milo cuma baru RM2.50..."

Betul juga..kos sara hidup di Alor Setar bukan tinggi sangat. Nasi lemak ayam baru RM1 sebungkus, milo ais RM1.50 segelas, teh ais baru RM1.20 segelas. Memang RM50 tu cukup untuk breakfast selama 20 hari...

Selepas memeriksa akaun dalam komputer wanita itu menyatakan semuanya selesai...

"OK encik, kami akan masukkan balik wang encik dalam akaun encik petang ini..jangan lupa RM50 itu cukup untuk breakfast 20 hari..." katanya melawak...

JR meninggalkan bank cap kepala rimau tu dengan tersenyum...akhirnya dapat balik duit aku..dan hahahha...cukup untuk breakfast selama 20 hari!!

Tapi senyuman JR hilang bila tiba berdekatan kereta. Di cermin kereta terlihat sehelai 'surat cinta'  dari Majlis Bandaraya Alor Setar...JR disaman kerana meletakkan kereta di luar petak parkir yang dibenarkan. Salah JR juga...kerana petak parkir dah penuh JR meletakkan kereta di lorong belakang yang tak ada petak parkir. Mengikut jadual yang ada di belakang surat saman, jika bayar dalam tempoh 14 hari saman yang dikenakan ialah RM20, jika bayar lepas itu kadarnya RM30, RM40 dan seterusnya.

Begitulah kisahnya..wang RM50 yang  hilang dapat balik tapi kena bayar saman RM20 pula...akhirnya yang tinggal cuma RM30. Apa pun, syukurlah...kerana RM30 itu cukup untuk breakfast selama 12 hari!!!

8 comments:

  1. Nice story...

    Lain Kali letak kereta di parkir yang betul ok.. :)

    ReplyDelete
  2. Setiap kejadian ada pengajarannya...

    ReplyDelete
  3. syukurlah masih berbaki lagi.. cobaann..

    ReplyDelete
  4. jgn tak tntt dari bank brapa jmlah skli pun sbb mrk akan tntt lek brapa byk yg tlh mrk berikan pd kita

    ReplyDelete
  5. berlapang dada dengan apa saja musibah yang menimpa itu lebih baik dan mendamaikan hingga boleh tersenyum.

    ReplyDelete
  6. Dpt balik cukop tuk sarapan 12 hari tu kira ok bang :)

    Kira murah jugak tu teh ais RM1.20 kalau sini RM1.50-RM1.80

    ReplyDelete
  7. haha. kesudahan yang menarik. bersyukur ye JR. lain kali parkir tempat elok sikit. jauh pun tak apa. heh

    ReplyDelete
  8. pengajaran tuu...ehe..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....