»

05 October 2012

Noraniza Idris Dipenjara..Menangis Teresak-Esak


Siapa tak kenal Noraniza Idris ratu lagu-lagu berirama etnik itu. JR juga meminati lagu-lagunya kerana bukan senang nak cari seorang penyanyi yang berani mengetengahkan irama tradisional-pop yang masih digemari hingga kini. Penyanyi ini boleh dianggap penyanyi evergreen sebaris dengan Jamal Abdillah, M.Nasir dan lain-lain kerana walau dah berpuluh tahun berkecimpung di bidang seni masih popular hingga sekarang..

Oleh itu terkejut beruk juga JR membaca tajuk berita di UtusanOnline hari ni. Mana tak terkejut, Noraniza Idris mengikut berita itu menangis terisak-isak selepas dihukum penjara selama 80 tahun hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. Apa salahnya hingga dipenjara??

Baca selanjutnya berita yang mengejutkan dunia seni tanah air itu: 

Noraniza Idris dipenjara 80 hari





Noraniza Idris menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 4 Okt. - Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.

Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.

Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.

Hahahaha...tersilap orang rupanya!! Noraniza Idris penyanyi lagu berirama etnik tu dah berusia 44 tahun, tapi yang dihukum penjara 80 bulan ni baru saja berusia 25 tahun.

Nama sama tapi jasad lain-lain..

Siapa pun yang bernama Noraniza Idris itu diharap dia dapat menjalani ujian hidup ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran...

6 comments:

  1. ha ha ha JR berita ni betul2 buat PPP terkejut badak... rupa2nya tipah teripu ha ha ha >..< tapi apapun pecah amanah tu tak elok... elakkan la :P

    ReplyDelete
  2. huhu,,tertipu daku...!!!

    ReplyDelete
  3. haha terkejut gak td bila bc tajuk entry nie... tp bila tgk gambar ehh cam kt paper metro pg td baca je gambar nie... hahaha buat suspen je ..

    ReplyDelete
  4. Sblm ni penah dgr..masa tu tgh mula bicara kes dia ni. Mula tu mmg terkejut..sekali nama je yg sama daa..

    ReplyDelete
  5. haaa len kali jgn pecah amanah :))

    ReplyDelete
  6. mmg terkezut berok pun...hehe..jgn bikin panass..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....